Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, August 11, 2011

Tadika Islam Nur Haziq 2

Bulan puasa ni waktu nak berblog sedikit terhad.....pasal tu la entry dalam seminggu cuma ada 2 - 3 ketul je......

Ni cerita hari Isnin lepas.....saya dan hubby pegi tengok rumah yang bakal jadi tadika cawangan ke 2 kami...Tadika Islam Nur Haziq 2 di Bandar Saujana Putra......lokasinya betul-betul bersebelahan dengan highway SKVE.....


Ni la tadikanya......pandangan dari sisi....catnya masih cantik lagi.....rumahnya pun besar.....setakat 80 - 90 student masih selesa lagi ni....

Tadika yang ada sekarang kecik sikit pada ni.....ada 80 student.....tapi ruang agak terhad sikit.....


Pandangan dari arah depan........kawasan halaman luas.....senang nak buat perhimpunan dan latihan sukan.....yang saya paling suka adalah kedudukan terbit mataharinya....halaman tepi tadika redup......tak de la panas bila waktu perhimpunan pagi....masa saya snap gambar ni hampir pukul 10.00 pagi......


Nombor tadika.......


Nama jalan.......


Jalan di bahagian kiri tadika......


Jalan bahagian hadapan tadika.....jalannya pun besar.....tak de la berebut parking bila nak ambik anak nanti.....

Memandangkan bulan ni bulan puasa, jadi proses mekap memekap tadika akan dijalankan pada bulan 9 nanti.....bulan 10 dah mula buka....bulan 12 reading class start.....

Pendaftaran kedua-dua cawangan dah dibuka dari sekarang.....kepada ibu bapa yang nak sambung anak belajar di tadika ini untuk sesi tahun 2012, boleh la datang ke tadika ambil borang dan isi borang untuk kemasukan tahun depan.....borang baru kena diisi sebab borang tahun ini tak boleh dibawa ke tahun depan ye.....






*

No comments:

Post a Comment