Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, April 11, 2013

Kemahiran Psikomotor Kasar

 Kali ni Estetika di Lestari kami buat permainan menguji kemahiran psikomotor kasar...asyik belajar dalam kelas je boring juga kan...hari ni kita main-main kat luar keluarkan peluh....



Dimulakan dengan senaman memanaskan badan....


Lari setempat.....





Bermula lah sudah aktivitinya.....


Belajar menyeimbangkan badan.....


Apa ke hal nya tuuu....


"Eeehhhh...brek tak makan pulak" Ashif.....


Ooooo...main bola rupanya.....


Gayat yeee....takpe meh teacher tolong pegang....


Main tenteng....terbuktilah anak-anak zaman cyber ni asyik main komputer je....nak tenteng pun tak berapa nak tau...tapi tak la semua...ada juga yang pandai bertenteng....

Sebab inilah kami buat permainan Kemahiran Psikomotor Kasar di tadika....nak mengajar anak-anak kecil ni bergerak aktif sikit...macam zaman mak ayah diorang masa zaman kecik-kecik dulu...main tenteng, galah panjang, polis entry dan banyak lagi permainan yang melibatkan pergerakan badan....barulah hidup sihat....


Alia Rosmadi...dia pandai...tak payah teacher nak tunjuk cara...dia sendiri dah lompat....mesti biasa main dengan abang-abang kat rumah yeee....bagus..


Boleh ke tuu...petak tenteng tu lagi besar dari anak muridnya....


Setelah mencuba beberapa kali...mereka dapat menguasainya.....


Yang lelaki kat luar...main kepit bola sambil lompat...eehhh...mana bolanya Nabil...dah tercicir kat belakang....


Ambik balik...sambung semula lompat....


Kat dalam ada permainan kerusi berirama la.....syoknya...saya suka main ni.....


Aqlan punya turn.....




"Pening lalat dah kepala ni....bila teacher nak berentikan muzik ni....kang orang duduk kat kerusi, aku duduk kat lantai pulak"....


"Tadi saya letak bola kat sini teacher...tapi dah hilang...tak tau dah pegi mana".....


Yeaa....semua dah pandai dan tak gayat lagi....teacher dah tak perlu pimpin tangan pun...

Berakhirlah sudah masa main-main untuk hari ni....penat weehh....habis air minum 4 jag besar.....










*

No comments:

Post a Comment