Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, April 11, 2013

Ular Masuk Tadika BSP

Haahhh...biar betul...ular masuk tadika di BSP...

Tak lah...tajuk je bikin gempak...sebenarnya kami di semua cawangan tadika islam nur haziq ada projek untuk pendidikan seni...memandangkan tema untuk bulan tersebut adalah HAIWAN....jadi,  kami buatlah aktiviti seni yang berkaitan dengan tema tersebut...kami buat ULAR....


Tengah warna mewarna...berbelang-belang ular Faris tu...ular batik kot....


Ular ada warna pink ye Aqeel....


"Ni ular belum siap dimekap namanya teacher" Adi....


"Yee...saya punya dah siap...inilah ular saya...ular lidi namanya" Zakwan.....


"Tak de idea la teacher...bantai je la warna pelangi...bolehkan teacher" Nafis...


5 Jujur baru nak start....teacher Zu baru edarkan kertas A4....



"Teacher...ular makan apa ye...ada tak ular makan nasi?"....

"Ular tak makan nasi..ular makan katak, tikus dan haiwan-haiwan kecil yang lain"....


Ular kami dah siap....


Ular belit tangan....


Ular belit leher....


Ular belit tangan juga.....


Ular berjuntai di jeriji besi.....


Lepas selesai buat ular, kita relax dulu sebelum tiba waktu balik.....







*

No comments:

Post a Comment