Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 22, 2011

HASIL EKSPERIMEN & EKSPERIMEN 6 ILMU

JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 TAQWA

Dah menjadi-jadi tumbuhnya pokok toge tu....ni kalau tanam kat tanah boleh jadi pokok kacang hijau dah ni....senang nak buat bubur kacang......




Macam hutan dah.......






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 AMAL



Dah tumbuh tunas........






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 4 MULIA






Pandai anak-anak murid teacher bercucuk tanam...baru 4 tahun.....





Dah tinggi.....






JUMAAT = 6 ILMU






Murid 6 Ilmu baru nak buat eksperimen hari ni.....pukul 9.15 pagi pegi kantin.....awal sikit sebab diorang ramai.....pagi-pagi lagi dah sibuk tanya kat saya....jadi ke hari ni nak buat eksperimen....tak sabar-sabar dah gayanya.....



Tengah tunggu teacher bagi bekas.....bagus murid 6 tahun ni...dah faham apa yang kita cakap.....tupperware tu kebanyakannya diorang bawak sendiri.....cuma lebih kurang 10 orang je yang tak bawak.....yang tak bawak ni mungkin masa teacher pesan suruh bawak tupperware tu ada yang tak datang.....





Gambar ni kita fokus pada burung-burung tu ye....tengah budak-budak tu riuh rendah nak buat eksperimen tadi banyak pulak burung-burung gagak tu datang......




Burung gagak pun nak belajar sains sekali.....tak terbang pulak tu masa saya halau tadi....khusyuk mendengar penerangan teacher za......




Ramai pelajar lelaki.....berpeluh tau nak kawal diorang ni....budak lelaki ni ligat....kalau budak perempuan senang sikit nak dengar cakap......



Cepat la teacher.....tak sabar dah ni.....ini geng budak-budak perempuan yang sentiasa bersemangat kat dalam kelas.....





Disebabkan diorang ni dah besar....air letak sendiri.....






Wan Hawani Aqilah....susun biji benih tu satu persatu.....apa-apa je la Hawani.....






Yang ni pun sama......teacher tak suruh pun buat macam tu....tapi diorang cakap "nanti kalau susun macam ni boleh tumbuh cantikkan teacher"......teacher jawab "ye la, tak de la bersepah tumbuhnya nanti"....







JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 5 TAQWA




Sebelum balik hasil tanaman yang dah tumbuh subur diserahkan pada murid untuk di bawak balik......





Sayur-sayur.....tersipu-sipu malu pulak teacher za.......






Panggil nama.....sorang demi sorang datang ambil......






Ada jugak yang buat muka kecewa sebab tak dapat pokok tu.....tak dapat sebab masa buat eksperimen hari Isnin lepas diorang tak datang.....





Fatin Aliya....Wah gayanya macam terima anugerah kecemerlangan pulak.....




Semua bangga dengan hasil tanaman masing-masing......










Budak baik 2 orang ni tengah belek pokok.....yang sebelah kanan tu Aiman...yang sebelah kiri Iman....nama dah dekat-dekat...tersasul-sasul saya kalau nak memanggil budak bedua ni.....




Kakak Aiman tu tahun lepas pelajar terbaik tadika ni......Pelajar Terbaik Tahun 2010......Harap-harap Aiman pun boleh jadi macam kakak Mashitah Huda juga ye tahun depan.....




JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 4 MULIA




Masa ni pas kat teacher Intan bagi pokok tu pada murid-murid.....teacher za tak boleh tinggalkan kelas dia lama-lama....budak-budak tu kalau tak de teacher dalam kelas mula la buat bising....



Balik tanam ye Iffat, nanti senang mama Iffat nak buat bubur kacang.....petik je kat laman rumah....tak payah pegi kedai beli kacang hijau....heheh....



Wah....kagumnya....subur hasil tanaman saya......




Ehhhh....teacher ni....kacau je....orang nak belek pokok pun nak snap gambar.....


Seronok tengok gelagat budak-budak tu tadi......








No comments:

Post a Comment