Rekod pelajar tak habis update lg....tadi PPD call diorang bg tempoh sampai 1 Mac utk update rekod pelajar & guru tadika....tapi bukannya saya tak nak buat tapi asal masuk je "hang"....letih ngadap komputer ni...tadi dpt la masukkan 5 je....dr pkl 1 - 2 ptg....pukul 2 td dah tak blh masuk langsung....dlm masa sejam blh masuk 5 je....lps ni nak cuba lg...mana la tau mlm kot mudah sikit nak masuk....sebab dah diluar waktu pejabat diorang....sistem dah tak ramai yg guna....
Assalamualaikum W.B.T
Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Tuesday, March 1, 2011
Monday, February 28, 2011
Konsert Maher Zain
Hari sabtu 26 Feb hr tu kami sekeluarga pegi tgk konsert Maher Zain dkt Stadium Malawati Shah Alam. Anak saya yg bedua tu mmg minat sangat2 dgn Maher Zain.
Masa ni dia nyanyi lagu barunya yg tak de dlm CD dia lagi...baru dicipta...tajuk lagunya FREEDOM....
Lepas berpenat lelah menyanyi dgn maher zain tadi.....tak sempat konsert habis lagi dah tertonggeng kat situ tidur....asal boleh ltk kepala je terlelap terus....yg bestnya tak jatuh pulak tu...
Lagu pertama hingga lagu terakhir yg maher zain nyanyi malam tu....
1) Always Be There
2) Ya Nabi Salam Alaika
3) Hold My Hands
4) Insha Allah (Malay Version)
5) Palestine Will Be Free
6) Thank You Allah
7) Allahi Allah Kiya Karo
8) The Chosen One
9) Freedom
10) Open Your Eyes
11) For The Rest Of My Life
12) Barakallah
Tapi ada beberapa lagu yang dia ulang nyanyi untuk memenuhi permintaan penonton...
Friday, February 25, 2011
bIl dAtAnG lAgI
Bulan ni awal pulak rasanya bil2 ni sampai....baru 3 hari lepas bayar bil indah water RM48, ni dah sampai bil2 lain....
Thursday, February 24, 2011
Birthday Aqila Nazeefa
Hari ni ada sorang murid saya sambut birthday kat tadika namanya Nur Aqila Nazeefa kelas 6 Ilmu. Kitorang ramai2 sambut waktu sebelum balik.
Ada urusan part last
Ni masa key in data kat SMKBB Salak Tinggi...Melilau mencari sekolah tu....Ikut signboard tp bila sampai tgk bkn sklh menengah tp sklh rendah pulak....Tanya pak guard dia kt sklh tu kena jln terus lagi. Adoi la hai...nasib baik jumpa...dah la bwk ank dara bedua ni sekali...mula2 tu okey....bila dah lama sikit mula la mcm2...letih la...lapar la....pas tu sampai kat sana lupa pulak nak ambil gmbr masa tgh ramai2 tu....dah nak balik br teringat....kt bwh ni je la gmbr yg smpt diambil.....
Wednesday, February 23, 2011
Ada urusan part 1
Hari ni tak pegi tadika sebab kejap lagi kena pegi PPD Sepang. Minggu lepas pegi juga sebab ada meeting kat sana. Hari ni pegi sebab kena key in data merid & guru pulak. Anak2 terpaksa la angkut sekali sbb ayah diorang tak dapat cuti. Mana blh jadikan asal mama ada urusan je ayah kena cuti. Ingat company sendiri.
Hari ni hari Khamis. Lepas rehat 2 kelas nak buat art. Setiap hari Khamis lepas rehat mmg tak belajar menggunakan buku. Kami adakan aktiviti seperti melukis, menyanyi, latihan solat, ambil wudhuk, bercerita tntg sejarah Islam, fardu ain dan mcm2 lg lah. Asyik belajar je kesian juga kan bdk2 ni kecik lg.
Teacher Siti Dgn Teacher Za nak buat art katanya. Kalau saya ada blh juga tolong2. Teacher Za mungkin tak susah sangat sebab anak murid dia ada 14 org je, tapi sian dgn Teacher Siti mesti kelam kabut dia. Nnt esok nak tgk apakah hasil seni yg diorang dah buat.
Hari ni hari Khamis. Lepas rehat 2 kelas nak buat art. Setiap hari Khamis lepas rehat mmg tak belajar menggunakan buku. Kami adakan aktiviti seperti melukis, menyanyi, latihan solat, ambil wudhuk, bercerita tntg sejarah Islam, fardu ain dan mcm2 lg lah. Asyik belajar je kesian juga kan bdk2 ni kecik lg.
Teacher Siti Dgn Teacher Za nak buat art katanya. Kalau saya ada blh juga tolong2. Teacher Za mungkin tak susah sangat sebab anak murid dia ada 14 org je, tapi sian dgn Teacher Siti mesti kelam kabut dia. Nnt esok nak tgk apakah hasil seni yg diorang dah buat.
Makan-makan
Wajah ceria di pagi hari.
Tgh hari ni dah janji dgn staff saya nak belanja diorang mkn. Disebabkan masing2 tak blh kluar lama sbb ptg nak ambil anak kt sklh jadi saya buat keputusan mkn kt KFC yang berdekatan dgn tmpt kitorang je la. Pkl 3 saya dh kena gerak dr Puchong nk ambil anak yg sulung sklh kt Bangi.
Mari belajar
Di pagi rabu yang indah ini, jom kita tgk apa yg berlaku di tadika.
Kelas Iqra' 8.00 - 8.30 pg
Pukul 8.30 pg. Beratur di halaman tadika sebelum masuk kelas. Masa ni tgh baca doa dan beberapa surah lazim.
Reading. Masa ni lepas waktu rehat.
Tuesday, February 22, 2011
Ada cerita lagi
Saya ni baru je nak belajar berblog ni. Tadi nak masukkan banyak gambar tapi 1 je yang terkeluar. Jadinya kena la buat lg sekali.
Gambar di diambil dari luar pagar tadika. Meriah dengan payung yg bewarna-warni. Senang orang nak cam tadika ni.
Murid2 6 Ilmu tgh tekun buat kerja yg teacher Sha bagi. Tgk tu si Adam. Duduk buat macam kt rumah sendiri je ye.
Uniform dah tukar warna, tahun lepas biru cair baju petak kecik2. Tahun ni kita nak bg ceria sket, jadi birunya dipekatkan dan ada perubahan sedikit pd designyer.
Mata pelajaran bahasa arab di kelas 5 Taqwa. Gigih teacher Iza memadam. Kekadang tu bdk2 ni kita suruh tulis dlm tulisan jawi tp diorang tulis trengkas. Alamatnya kena la padam sbb dah benda lain pulak yg tertulis kt dlm buku tu.
4 Mulia (4 thn). Subject Sains. 4 tahun dah belajar sains. Eeh....ada tak yang perasan....kebanyakan teacher ni membongkok...tu la pasal kami ni yang jadi guru tadika selalu sakit pinggang..kalau tak bongkok macam mana nk bantu murid2 menulis. Pakai kerusi & meja tinggi tak blh pulak sebab murid2 ni kecik2 lg.
Bewarna-warni gambar orang tu Umma....Umma ni baru 4 tahun...sapu tangan letak kat tepi...nanti bila rindu kt ibu...nangis-nangis sng nk lap air mata. Sibuk dok snap gambar je teacher emma ni...tgk jam kt dinding...dah nak rehat rupanya...apa menu kita hr ni...
Hari ni punya cerita
Subscribe to:
Posts (Atom)