Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 18, 2011

Gambar Sekitar Hari Sukan

Ahad, 17 Julai 2011...masanya telah tiba....seawal pukul 7 pg lagi kami teacher-teacher dah sampai di dewan....sampai je terus kelam kabut buat apa yang patut...nak sarapan pun tak sempat.....


8 pagi kaunter pendaftaran dah mula sibuk.....makin ramai pelajar yang sampai.....ibu bapa juga diberi peluang untuk mengambil satu nombor cabutan bertuah....tapi pukul 8.30 pg kaunter pendaftaran terpaksa ditutup sebab teacher ada tugas yang perlu dilaksankan.....jadi bila kaunter dah tutup.....balang cabutan bertuah pun tutup la sekali.....mana-mana ibu bapa yang datang lewat tak dapat la nak mencabut nombor....tapi saya sangat-sangat berterima kasih kerana walaupun ada ibu bapa yang datang selepas kaunter pendaftaran ditutup, tapi mereka tetap menyumbang hamper kepada pihak tadika untuk dijadikan cabutan bertuah.....


Murid-murid beratur mengikut rumah sukan masing-masing.......


Ambil kedudukan masing-masing......


Tangan angkat....tangan jatuh......

Bagi memastikan barisan tak bengkang-bengkok.....


Sebelum memulakan sesuatu mesti baca doa dulu....walaupun bersukan....perkara ini sudah kami terapkan dari awal lagi mereka bersekolah di tadika ini.....


Masih baca doa......


Selesai baca doa muzik pun berkumandang dan bermula lah raptai dari kontinjen-kontinjen kecil kita.......


Berjalan dalam barisan....


Hati-hati longkang tu.....


Ketua paling hadapan Muhammad Rayyan Shah mengetuai perbarisan diikuti pemegang sepanduk Muhammad Omar dan Nila Natasya.....pemegang board rumah kuning Abid Muqri, rumah hijau Adam Haiqal, rumah merah Muhammad Ashraf Mohd Safhar dan rumah oren Wan Hawani Aqilah.....

Tapi masa saya snap gambar ni 3 rumah lagi tak sampai.....


Selesai raptai selepas buat tepuk semangat semua murid dan teacher mulakan senamrobik yang dipimpin oleh teacher intan.....


Bukan main semangat lagi si Abid beraerobik pegang pom pom siap dengan mimik muka sekali....


Penuh dengan ibu bapa yang mengambil gambar....


Bersemangat teacher intan.....semua teacher sporting hari tu.....


Qash dengan gaya pemakaian tudungnya yang tersendiri.....reben pada setiap tangan murid mewakili rumah sukan mereka....kalau kuning maknanya mereka rumah kuning.....


Selesai beraerobik murid-murid diarah ke tempat menunggu iaitu di pintu paling hadapan dewan dan acara sukan dimulakan.....

Acara pertama murid lelaki 6 tahun lari kepit belon di kaki.....


Murid 4 tahun...gorila kepit belon.....masa lari ada belon yang terbang pegi ke tempat lain....dalam dewan ada kipas...belon tu ringan...apa lagi terbang tinggi le belon tu bila kena angin kipas....


Masing-masing suka dapat belon...masa ni diorang tak tau lagi yang belon tu kejap lagi teacher mintak balik....bukannya kedekut tapi kalau dah main belon siapa pulak yang nak bersukan nanti.....


Amboi teacher siti macam tengah memeriksa perbarisan kawat tentera je.....


Murid 6 tahun perempuan lari masuk gelung.....ataupun ada yang panggil sukan ni gelung berhalangan.....


Tarik jangan tak tarik.......


Ehhh...macamana pulak gambar ni boleh tersesat kat sini pulak...acara ni acara yang pertama sekali tadi.....


Ni team ke 2....acara tarik bola guna gelung......


Baling bonjot masuk dalam bakul sampah......


Murid perempuan 5 tahun pulak bersedia untuk acara baling bonjot masuk dalam bakul sampah...


Sampai tergolek bakul sampah tu.....tak silap saya Anissa juara dalam acara ni....yang buat bakul sampah jadi tergolek tu la....


6 tahun perempuan susun tin jadi piramid.....mencabar acara ni sebab bila budak-budak tu dah susun tin tu elok-elok tiba-tiba tumbang lepas tu kena susun lagi sekali......


Acara 5 tahun susun tin 3 tingkat....diorang ni tak susun tinggi....sebab susah nak menjadi.....jadi 3 tingkat cukup la.....


6 tahun lelaki susun tin jadi piramid....Iman Asyraf pemenangnya tak silap saya....budak yang dekat sebelah kiri tu....


Acara terakhir untuk murid-murid....ini acara yang paling syiok sekali....4 tahun kutip gula-gula......lepas kutip, gula-gula tu boleh ambik terus.....yang best tu, sepatutnya bila bunyi wisel yang ke 2 diorang kena lari ke garisan penamat.....tapi masih ada lagi yang leka kutip gula-gula....diorang buat tak tau dengan bunyi wisel tu....

Tak kisah la...janji semua enjoy.....anak-anak pun seronok.....



Waktu rehat......Ustazah Liza tengah edarkan makanan pada murid-murid.....ustazah ni saya kidnap dari sekolah agama KAFA.....jadi guru bantuan......tak cukup kakitangan...kena ambil tenaga kerja dari luar.....


Lepas rehat selama lebih kurang 30 minit acara guru,ibu dan bapa pun bermula.....


Haahh...amek kau...pijak lagi......


2 finalis sedang bertarung bagi merebut hadiah paling lumayan.....hadiahnya...rahsia.....


Gelung muzikal.....diorang ni mengelat betul tau...permainan ni sepatutnya pusing keliling gelung tu sambil menari...tapi semua pakat tak nak menari.....adooiihh...letih mak suruh menari nak ooiii.....

Ni cuma beberapa gambar dari kamera saya....ntah cemana boleh pulak kehabisan bateri....tak dapat nak snap gambar yang lain-lain.....nanti esok upload gambar dari handphone hubby.....gambar masa penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan pemenang keseluruhan.....masa nak ambik gambar yang penting ni pulak bateri kamera boleh habis....

Tadi ada parent yang email pada saya gambar masa hari sukan tu...nanti esok saya masukkan.....


**Pada ibu bapa yang ada gambar-gambar yang menarik bolehlah email pada saya....boleh kita kongsi gambar sama-sama dan saya masukkan dalam blog ni.....









*

BiLa TaDiKa BuAt SuKaN

Bersantai bersama keluarga......kadang-kadang bila kesibukan kerja melanda disebabkan tuntutan hidup...kita tak perasan yang kita teramat jarang duduk bermesra bersama keluarga.....

Terjumpa jiran yang anak-anak mereka pun bersekolah di tadika yang sama.....sambil duduk sembang-sembang dan makan-makan....mungkin sebelum ni kita jarang dapat bersembang bersama jiran.....bila hari raya ada buat open house baru le dapat jumpa dan menyembang...kadang-kadang tu waktu jiran kita buat open house ada pulak sedara buat open house pada hari yang sama...dah tak dapat pegi.....



Anak-anak bergembira main dengan kawan-kawan........



Bapa-bapa yang sebelum ni asal hari cuti makan dan mengadap tv je, boleh bersukaneka bersama dan keluarlah peluh sikit......



Memberi peluang kepada peniaga untuk mengenalkan produk mereka.....



Mencari pelanggan.......



Menambah duit poket.....



Bermanja dengan ibu.....



Bawa anak kecil melihat dunia luar.....









*


Sehari Sebelum Sukan

Hari Ahad tak update blog....sibuk sangat sebab esok dah nak sukan.....siapkan beberapa barang yang masih belum cukup.....pukul 9 pagi dah keluar pegi ambik roti.....driver tu hantar dekat CS jadi senang sikit kerja.....


Dijamin fresh....terus dari kilang.....janji pukul 9.15 pg....nasib baik saya datang pukul 9....rupa-rupanya roti dah sampai lagi awal dari saya......


Ni untuk dimakan pada waktu rehat sukan esok...saja beli lebih kengkadang tu bukan anak murid je yang makan...adik beradik diorang yang lain pun turut serta ambik sebijik sorang.....

Air mineral saya beli 144 botol...tapi ada sorang bapa murid sponsor lagi 72 botol...bukan tak nak bagi air kotak yang berperisa macam air milo ke, air susu dutch lady ke....bukannya tak nak bagi air macam tu tapi dari pengalaman saya sukan pada tahun 2009, air macam tu budak-budak tak minum habis....sebab bila bersukan akan rasa dahaga....bila minum air manis diorang tak rasa puas...akhirnya air mineral teacher jugak diorang kebas....jadi mula dari tahun lepas saya bagi air mineral je...kalau diorang nak air manis boleh suruh parents diorang beli dekat gerai yang ada di luar dewan.....

Petang, hubby pegi hantar kerusi dan meja ke dewan.....kali ni sewa kerusi meja surau dekat sini punya...sebelum-sebelum ni sewa dengan orang yang selalu sewakan untuk kenduri kendara tu....hubby fikir baik sewa surau punya, duit sewa tu disalurkan ketabung surau....lagi bagus kan....tapi kena la angkut sendiri dan susun sendiri...sebab surau tak de service penghantaran......









*

Saturday, July 16, 2011

Plan Tak Menjadi

Minggu ni memang saya kurangkan sikit latihan sukan sebab takut terlampau penat nanti budak-budak tu tak tahan, demam pulak.....teacher pun kalau ikut sama demam berjemaah nanti susah dibuatnya.....tak jadi le sukan......


Tapi tu la kan...kita mana boleh lawan takdir.....manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan....plan tak menjadi....macam tajuk entry saya ni....hari Jumaat tu, dari awal pagi lagi hujan turun dengan lebatnya.....tak terkata la lebatnya....angin pun bertiup kemain kencang lagi....


Tapi persekolahan diteruskan juga seperti biasa....cuma masing-masing belajar dalam kelas....tak de la buat latihan penuh seperti yang dirancang dari awal lagi kononnya hari Jumaat sebelum sukan nak buat latihan bersungguh-sungguh sampai ke titisan peluh jantan....tapi nampaknya tak berpeluh langsung kitorang semua...dah le hari tu hujan lebat...sejuk ade le....jem jugak le tandas tu....saya pun

turut serta juga dengan acara men'jem'kan toilet....tapi acara ni tak dipertandingkan dalam sukan tu nanti......



Tengah hari lepas murid semua dah balik...kami teacher ni keluarkan la segala mak nenek yang nak dihangkut ke tempat sukan tu nanti.....ada sikit perkara kecik yang kami siapkan juga...ni kira kerja last minute la ni.....



Hamper kat hujung meja tu teacher intan balut hari Jumaat.....yang tu memang kena buat last minute sebab hamper makanan yang tak boleh nak tahan lama....


Dalam pukul 12 lebih kami semua pun balik......






*

Thursday, July 14, 2011

Hadiah

Makin dekat harinya, makin rasa tak sabar menanti.....kalau dah selesai senang, tak payah nak pikir dah....macam nak menanti hari bersalin pulak.....

Masuk hari Khamis makin bertambah bilangan hamper.....alhamdulillah....tak sangka juga saya sebab sudi juga ibu bapa menyumbangkan hamper kepada tadika.....budak-budak kat tadika pun bertambah le kelam kabutnya....biasanya kandungan hamper ni kan banyak jajan....ramai le yang mengendeng-ngendeng kat saya dengan harapan saya boleh bagi sikit.....tak dapat la teacher nak bagi sebab hamper tu semua untuk hari sukan nanti....ada jugak yang curik-curik skodeng bilik saya.....



Snap gambar kat dalam kereta mama hafiq irfan....dia sponsor 3 hamper....mekasih.....


Macam ni le keadaan dalam bilik saya...gambar ni diambil pada hari Rabu....masih terkawal lagi keadaannya......yang dalam plastik sampah tu pun hadiah jugak tu.....ni hadiah yang pihak tadika sediakan....hamper letak dekat bahagian lain.....masa ni baru setengah tongkang je yang pecah.....tapi hari ni dah keseluruhan tongkang pecah....nak duduk dekat dalam bilik tu pun dah tak boleh....

Ada juga bapa pelajar yang bagi duit sebab tak sempat nak belikan hamper.....dengan duit tu tadi saya suruh teacher intan buat 4 hamper.....apa pun saya ucapkan jutaan terima kasih pada parents yang menyumbang pada pihak tadika....sama-sama la kita memeriahkan hari sukan tu nanti pada hari Ahad ni.....








*

Wednesday, July 13, 2011

JEREBU

Minggu ni masuk minggu ke 2 latihan sukan tadika.....tengok murid-murid masih bersemangat waja lagi nak berlatih sukan.....


Sampai di tadika pagi tadi terpandang dekat si Annur Fitrisya ni....kemain lagi gayanya mengalahkan teacher.....saya memang dah lama berkenan dekat fesyen tudung yang Annur ni pakai....teringin nak belikan untuk si Qash...tak muat pulak sebab tengok la saiz si Qash tu muka bambam.....nak belikan untuk kakak kecik pulak tudung tu sebab kakak dah besar dah darjah 2......


Kerongsang gayut bawah dagu tu wajib ada....

Cukup la tu cerita pasal Annur nanti jeles pulak anak murid teacher yang lain.....


Saya menengok keadaan sekeliling....hhmm...ni mendung ke apa ni....udara yang disedut terasa tak segar walaupun waktu ketika tu baru pukul 8 pagi....bau macam asap pun ada...tercari-cari juga dimana orang yang membakar sampah...tapi tak kelihatan pulak disepanjang perjalanan saya yang kalau orang hisap rokok tak sempat nak habis pun sebatang rokok tu dah sampai tadika dah....(maksud pendeknya tak jauh le tu....saja suka cerita jalan panjang).....

JEREBU....dah sah ni jerebu....cakap dengan semua teacher "hari ni kita tak payah buat latihan sukan....perhimpunan pun buat singkat je la....cuaca tak bagus hari ni....jerebu kuat....tapi macamana pun hari jumaat kita buat latihan penuh....takut budak-budak lupa pulak step raptai nanti".....semua teacher akur dengan arahan saya....ye la sapa berani lawan cakap tokeh kan....heheh.....


Kelas 6 Ilmu belajar dekat lantai....biar la sekali-sekala belajar sambil bersantai.....yang sebenarnya minggu lepas diorang buat latihan susun tin dekat dalam kelas pasal tu la kerusi dan meja ditolak ke tepi....nak susun balik maleh pulak sebab hari jumaat nanti ada latihan lagi.....

Teacher rubi tu terselit dekat celah budak-budak.....saja saya ambil alih mengajar subject BI masa ni.....sambil ajar sempat jugak snap gambar tu.....nak duduk dekat dalam bilik...bilik dah macam tongkang pecah.....



Haaa....tu dia...siapa pulak tu ye yang nak menerap dah tu....tak silap saya Fatin Nisrina kot....sakit tulang belakang nak menulis sambil membongkok agaknye ye....

Dah hampir menjelang petang baru la matahari kelihatan....sidai kain baju dekat balkoni dari pagi tadi nasib baik tak bau asap......






*

Monday, July 11, 2011

Lepas Cuti 2 Hari

Cuti hujung minggu kali ni saya rasa sungguh letih.....rasa macam tak cuti je.....hari sabtu keluar, hari ahad pun keluar...tak lekat di rumah....banyak betul halnya...sampaikan tidur malam tadi tiba-tiba kaki kejang....kena simpul mengkarung.....adussss.....sakitnya tak boleh nak cerita....

Pagi tadi sampai di tadika lewat sikit....pukul 8.30 pg....sampai je murid-murid dah nak beratur.....

Macam biasa terus buat latihan raptai....kali ni barang semua dah cukup....dari bendera sampailah ke sepanduk semua dah siap....cuma nanti nak mintak tolong hubby letak kayu kat bahagian atas dan bawah sepanduk sebab bila budak-budak tu bawak jadi melentur pulak.....



Kali ni teacher senang banyak...tak macam tahun sebelum ni...sepanduk kena buat sendiri pakai kertas warna la, kertas manila bagai.....tahun ni saya tempah je buat macam banner tu.....kesian dekat teacher, dah la nak mengajar lepas tu nak latih murid-murid bersukan lagi...lepas tu balik kena buat sepanduk pulak....jadi tahun ni ringan la sikit beban diorang.....


Pukul 11 pg tadi pegi ambik hadiah sukan....penuh bonet kereta....

Tadi semua teacher saya kerah balik lewat sikit.....nak selesaikan hal hadiah punya pasal la....pukul 1 siap kerja....dah siap balut semua...tapi belum letak sticker tempat 1,2 & 3 lagi....

Petang tadi pulak pegi beli gula-gula dan air dengan hubby.....cuma ada beberapa benda kecil lagi yang nak dibeli.....macam tadi nak beli belon tapi kat tempat tu belon dah habis stok pulak....kena la pegi carik dekat kedai lain esok....belon kena beli banyak sebab nanti ada la yang tukang kutip belon-belon yang dah siap ditiup tu....biasa la kan....masa sukan tu nanti kan ramai budak-budak....yang nak guna untuk sukan dalam 50 biji je....tapi kena standby hampir 100 biji.....kalau tak nanti tak cukup sebab dah banyak yang kena bawak lari dalam diam.....tapi saya tak kisah....lantak la sebab kita nak sukan ni sambil berseronok bukannya nak tension....oohhh....baru ingat....pam pun kena beli jugak ni....tak kan nak suruh teacher tiup kot mau kehabisan oksigen satu badan nanti dibuatnya.....

Hhmm...esok nak berlatih lagi ke?....nampak gayanya budak-budak tu dah cukup handal dah....teacher pulak yang naik semput ni....lagi-lagi teacher emma....kaki yang kena simpul mengkarung tu masih sengal lagi ni.....






*