Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 18, 2011

Sehari Sebelum Sukan

Hari Ahad tak update blog....sibuk sangat sebab esok dah nak sukan.....siapkan beberapa barang yang masih belum cukup.....pukul 9 pagi dah keluar pegi ambik roti.....driver tu hantar dekat CS jadi senang sikit kerja.....


Dijamin fresh....terus dari kilang.....janji pukul 9.15 pg....nasib baik saya datang pukul 9....rupa-rupanya roti dah sampai lagi awal dari saya......


Ni untuk dimakan pada waktu rehat sukan esok...saja beli lebih kengkadang tu bukan anak murid je yang makan...adik beradik diorang yang lain pun turut serta ambik sebijik sorang.....

Air mineral saya beli 144 botol...tapi ada sorang bapa murid sponsor lagi 72 botol...bukan tak nak bagi air kotak yang berperisa macam air milo ke, air susu dutch lady ke....bukannya tak nak bagi air macam tu tapi dari pengalaman saya sukan pada tahun 2009, air macam tu budak-budak tak minum habis....sebab bila bersukan akan rasa dahaga....bila minum air manis diorang tak rasa puas...akhirnya air mineral teacher jugak diorang kebas....jadi mula dari tahun lepas saya bagi air mineral je...kalau diorang nak air manis boleh suruh parents diorang beli dekat gerai yang ada di luar dewan.....

Petang, hubby pegi hantar kerusi dan meja ke dewan.....kali ni sewa kerusi meja surau dekat sini punya...sebelum-sebelum ni sewa dengan orang yang selalu sewakan untuk kenduri kendara tu....hubby fikir baik sewa surau punya, duit sewa tu disalurkan ketabung surau....lagi bagus kan....tapi kena la angkut sendiri dan susun sendiri...sebab surau tak de service penghantaran......









*

No comments:

Post a Comment