Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 11, 2011

Lepas Cuti 2 Hari

Cuti hujung minggu kali ni saya rasa sungguh letih.....rasa macam tak cuti je.....hari sabtu keluar, hari ahad pun keluar...tak lekat di rumah....banyak betul halnya...sampaikan tidur malam tadi tiba-tiba kaki kejang....kena simpul mengkarung.....adussss.....sakitnya tak boleh nak cerita....

Pagi tadi sampai di tadika lewat sikit....pukul 8.30 pg....sampai je murid-murid dah nak beratur.....

Macam biasa terus buat latihan raptai....kali ni barang semua dah cukup....dari bendera sampailah ke sepanduk semua dah siap....cuma nanti nak mintak tolong hubby letak kayu kat bahagian atas dan bawah sepanduk sebab bila budak-budak tu bawak jadi melentur pulak.....



Kali ni teacher senang banyak...tak macam tahun sebelum ni...sepanduk kena buat sendiri pakai kertas warna la, kertas manila bagai.....tahun ni saya tempah je buat macam banner tu.....kesian dekat teacher, dah la nak mengajar lepas tu nak latih murid-murid bersukan lagi...lepas tu balik kena buat sepanduk pulak....jadi tahun ni ringan la sikit beban diorang.....


Pukul 11 pg tadi pegi ambik hadiah sukan....penuh bonet kereta....

Tadi semua teacher saya kerah balik lewat sikit.....nak selesaikan hal hadiah punya pasal la....pukul 1 siap kerja....dah siap balut semua...tapi belum letak sticker tempat 1,2 & 3 lagi....

Petang tadi pulak pegi beli gula-gula dan air dengan hubby.....cuma ada beberapa benda kecil lagi yang nak dibeli.....macam tadi nak beli belon tapi kat tempat tu belon dah habis stok pulak....kena la pegi carik dekat kedai lain esok....belon kena beli banyak sebab nanti ada la yang tukang kutip belon-belon yang dah siap ditiup tu....biasa la kan....masa sukan tu nanti kan ramai budak-budak....yang nak guna untuk sukan dalam 50 biji je....tapi kena standby hampir 100 biji.....kalau tak nanti tak cukup sebab dah banyak yang kena bawak lari dalam diam.....tapi saya tak kisah....lantak la sebab kita nak sukan ni sambil berseronok bukannya nak tension....oohhh....baru ingat....pam pun kena beli jugak ni....tak kan nak suruh teacher tiup kot mau kehabisan oksigen satu badan nanti dibuatnya.....

Hhmm...esok nak berlatih lagi ke?....nampak gayanya budak-budak tu dah cukup handal dah....teacher pulak yang naik semput ni....lagi-lagi teacher emma....kaki yang kena simpul mengkarung tu masih sengal lagi ni.....






*

No comments:

Post a Comment