Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, March 21, 2011

HUJAN

Sejuk.....dari subuh sampai tgh hr hujan.....
*
*

Dalam gambar tak nampak titisan air hujannya...tapi masa saya snap gambar ni mmg tgh hujan....tapi tak la lebat sgt.....
*
*
Berpayung-payung ibu-ibu menghantar anak....
*
*

Apasal Haziq...melekat je kt mak tu.....nama anak murid saya ni sama pulak dgn nama tadika ni....
*
*
Hari ni Ain baik kan...dah tak nangis-nangis lagi....asal bergambar je mesti nak buat PEACE.....tgk tu bersepah-sepah selipar dgn kasut....sebab hari hujan....sampai tadika je murid2 terus masuk kelas....tak beratur kat luar pun....biasanya lepas beratur murid2 disuruh susun selipar masing-masing.....
*
*

Ada parent yg masuk ke halaman tadika terus...sng tak payah nak berpayung-payung....kat atas tu Fahrin Shahlan tgh tutup pintu kereta....
*
*

Disebabkan tak beratur kat luar...murid-murid bersenam la kat dlm kelas lepas nyanyi lagu negaraku, baca hafazan dan doa...."Okey semua ikut Omar ye...angkat tangan pusing 10 kali dlm Bahasa Arab"......
*
*

"Lari setempat pulak ye anak-anak".....Lari jugak ke teacher rubi tu......
*
*

"Tarik nafas...lepas".....Teacher Emma pun ada gak kat sebelah tu sebenarnye....sambil bersenam sambil snap gambar....
*
*

Lepas bersenam, teacher bg buku.....topik Bahasa Inggeris hari ni Part Of The Body......
*
*
Kat luar masih hujan lg.....waktu dah dekat pukul 10 pg....hari ni makan kat dlm kelas je la...nak keluar ke kantin nanti basah pulak budak-budak tu....
*
*
Menu kita hari ni.....roti jem strawbery dan kacang merah.....yg gegirl suka yg warna pink tu....diorang ni bukan kira jem apa...tapi disebabkan colour PINK tu...makanya budak perempuan mmg dah cop roti pink tu......
*
*

Yang ni masa nak balik...tgk si Haida tu jambul dah terkeluar dari tudung....senyum melebar sebab nak balik la katakan....."Duduk elok-elok mak cik nak jalan dah ni....teacher ni menyempat lagi nak tangkap gambar....gambar mak cik van tak masuk sekali ke?".....masuk Kak Yati jangan risau....

No comments:

Post a Comment