Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 26, 2013

Happy Birthday Adam Haziq

Hari ni murid-murid di Tadika Islam Nur Haziq cawangan Bandar Saujana Putra menerima pemberian yang amat besar ertinya kepada kami semua dari ibu Muhammad Adam Haziq dari kelas 6 Amanah sempena hari ulangtahun Adam yang ke 6....ibu Adam bagi kami sejadah comel sorang sehelai....kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu Adam...

Bukan itu sahaja....kami juga dijamu dengan roti canai...

Besar dah Adam ye...tahun depan dah masuk darjah 1...dua tahun Adam menimba ilmu di Tadika Islam Nur Haziq.....


 Adam yang disebelah kiri...yang lagi sorang tu kawan sekelas dengan adam....


70 helai sejadah...cukup untuk sorang sehelai...niat ibu adam memberi sejadah ni supaya anak-anak di sini mudah untuk belajar solat menggunakan sejadah kecik ni...memang sesuai sangat la tu sebab badan diorang kan kecik-kecik...kalau pakai sejadah yang besar tu sehelai sejadah share 3 orang...

Memandangkan sejadah ni untuk digunakan masa belajar solat di tadika, jadi kami mengambil keputusan sejadah ini akan diberi kepada murid pada hari akhir persekolahan mereka nanti....


Roti canai yang masih panas....syukur alhamdulillah.....


Daniel suka makan roti canai....siap mintak kuah lagi...tu roti canai banjir namanya tu....

Tak sempat nak ambik gambar birthday boy masa tengah makan...sibuk melayan murid-murid kelas atas...bila saya turun bawah tengok diorang dah habis makan...

Semoga Adam menjadi anak yang bijak, taat pada agama, berjasa kepada ibu bapa, bangsa dan negara....Amin....






*

1 comment:

  1. As salam teacher 2 BSP...sy ibu adam, sorry ms hntr sejadah n roti canai hrtu x sempat nak sembang...

    Birthday adam bln 10 nnt...;-)

    Sy seronok tegok post2 murid2 TADIKA ISLAM NUR HAZIQ belajar solat, moga bila semua dpt sorang satu sejadah mereka akan lebih semangat belajar solat...

    Roti canai ni pulak mmg kegemaran adam...bila makan roti canai adam mesti cakap "nnt ibu n ayah beli byk2 roti canai, abg nak makan sama2 ngan kawan2 kat sekolah"

    Bila tengok budak2 ni gembira kita pn tumpang gembira sekali...;-)

    ReplyDelete