Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 26, 2013

Selamat Panjang Umur Nuqman Baihaqi

 Hari ni ada dua orang murid yang sambut birthday di tadika islam nur haziq cawangan Bandar Saujana Putra...Nuqman Baihaqi dari kelas 5 Bestari dan Adam Haziq....murah rezeki anak-anak di tadika pada pagi Jumaat yang indah ni.....teacher-teacher pun tumpang sekaki.....


Susah nak ambik gambar Nuqman...dia ni malu-malu bila kat depan kamera...asyik nak tundukkan muka je...ni masa tengah snap gambar ni...bising mulut saya suruh angkat muka....
 

Ultraman datang menyerah diri di tadika islam nur haziq....


Mihun goreng.....


Goodies....satu bag plastik yang amat besar....kemain berat....bedua angkat dengan teacher ina...semput....


Teacher Ina suap kek pun dia tunduk juga....


Yang ni tangkap gambar curi-curi...dia tak perasan...kalau tak mau tunduk jugak tu...selera semua makan....teacher-teacher pun selera jugak.....
 

Rezeki kami hari ni....alhamdulillah.....


Semua seronok dapat goodies dari Nuqman..."thank you nuqman" kata kawan-kawan....

Semoga Nuqman sejahtera dunia dan akhirat...harapnya jangan pemalu sangat lepas ni yeaa....yang pasti si Nuqman ni sebelum balik suka salam dengan teacher.....








*

1 comment:

  1. Salam tu jadi rutin dia dengan keluarga dan rutin Nuqman masa di sekolah lama. Cikgu di sana juga elok kalau terapkan perkara yang sama. Setiap kali balik dan datang sekolah dia salam.

    ReplyDelete