Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, May 10, 2013

HARI AKHIR EXAM DI LESTARI

Hari ni merupakan hari akhir exam di Lestari Putra dan juga Putra Perdana...pagi tadi saya singgah di Putra Perdana sekejap...tapi terlupa pulak nak snap gambar masa diorang tengah exam....tak pe lah...kita tengok je la gambar apa yang ada ni ye....



Luqman Hakim sedang membaca surah-surah hafazan dan doa sambil dinilai oleh Teacher Rubi kita....



4 Benar masih ada peperiksaan bertulis hari ni iaitu subject Jawi dan Bahasa Arab....


5 Harmoni ada hafazan dan doa....rilex ye damia...jangan gemuruh...teacher imah bukan nak marah awak pun...

Nampak tangan dia macam gigil-gigil sikit sebab mungkin tak berapa biasa dengan teacher imah sebab teacher imah baru je bertugas di Lestari Putra sebab menggantikan tempat teacher ros...teacher ros ditukar ke putra perdana atas arahan tokeh tadika...heheh....memandangkan teacher ros memang tinggal di putra perdana jadi lebih senang dia bertugas di tadika yang dekat dengan rumah dia....




Kawan-kawan yang lain tengah tunggu giliran nama mereka dipanggil....



Tenang...

"Hhhuuuhh...tenang teacher kata...dalam hati ni tuhan je yang tau" Syahirah....



Teacher rubi yang makin tembam...tak lama lagi nak cuti panjang tu....sebab nak dapat baby baru....

Selesailah sudah exam...hhmmm...tengah pikir ni...bila nak buat jamuan sempena sambutan hari guru.....





*

No comments:

Post a Comment