Betul ke ejaan nama Haifa tu...saya terkeliru pulak sebab di cawangan yang lain pun ada juga murid nama HAIFA, tapi ejaan berbeza.....tak kisah la ye haifa...janji ada bunyi sudah....nama budak sekarang ni...bebelit lidah kekadang tu nak menyebutnya....
OK...berbalik kita pada tajuk entry...hari ni Haifa menyambut hari lahirnya yang ke 6 tahun di tadika...
Bergambar dulu dengan kawan...birthday girl yang disebelah kanan tu....
Gambar makanan...terlupa pulak nak snap gambar kek yang comel tu.....pegang kamera sampai 2...kamera sendiri satu yang lagi satu kamera ibu si haifa....saya rasa saya dah tangkap gambar kek tapi mungkin di kamera ibu haifa.....
Suapan dari teacher rubi....yang lain tu teringin nak di suap jugak ke?....nanti cakap dengan mama, nak buat birthday kat tadika jugak yeee.....
Waktu yang ditunggu-tunggu......
Bagi goodies pada kawan-kawan.....
Thank you haifa.....
Adik-adik dekat kelas atas pun dapat juga...semua dapat.....
Terima kasih kami ucapkan kepada ibu haifa yang sudi menjamu kami dengan makanan yang sedap di tadika....semoga haifa menjadi anak yang bijak, berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara...jangan nakal-nakal tau....
Teringat saya masa murid kelas 6 Damai menjawab kertas soalan Bahasa Melayu...Haifa datang pada saya dan dia cakap "Teacher...boleh tak saya nak jawab soalan ni dekat rumah...penat la nak tulis je".....heheh....budak-budak.....
*
salam..terima kasih pada cikgu-cikgu tadika islam nur haziq kerana sudi melayan karenah ank sy nur haifa yg beria nak buat sambutan hari jadinya di sekolah..maaf sebarang kekurangan kerana last minit prepared..haifa anak yang baik tapi dia agak slow..terima kasih pada cikgu kerana banyak membantu haifa dalam pelajaran..
ReplyDelete