Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 22, 2011

HASIL EKSPERIMEN & EKSPERIMEN 6 ILMU

JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 TAQWA

Dah menjadi-jadi tumbuhnya pokok toge tu....ni kalau tanam kat tanah boleh jadi pokok kacang hijau dah ni....senang nak buat bubur kacang......




Macam hutan dah.......






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 AMAL



Dah tumbuh tunas........






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 4 MULIA






Pandai anak-anak murid teacher bercucuk tanam...baru 4 tahun.....





Dah tinggi.....






JUMAAT = 6 ILMU






Murid 6 Ilmu baru nak buat eksperimen hari ni.....pukul 9.15 pagi pegi kantin.....awal sikit sebab diorang ramai.....pagi-pagi lagi dah sibuk tanya kat saya....jadi ke hari ni nak buat eksperimen....tak sabar-sabar dah gayanya.....



Tengah tunggu teacher bagi bekas.....bagus murid 6 tahun ni...dah faham apa yang kita cakap.....tupperware tu kebanyakannya diorang bawak sendiri.....cuma lebih kurang 10 orang je yang tak bawak.....yang tak bawak ni mungkin masa teacher pesan suruh bawak tupperware tu ada yang tak datang.....





Gambar ni kita fokus pada burung-burung tu ye....tengah budak-budak tu riuh rendah nak buat eksperimen tadi banyak pulak burung-burung gagak tu datang......




Burung gagak pun nak belajar sains sekali.....tak terbang pulak tu masa saya halau tadi....khusyuk mendengar penerangan teacher za......




Ramai pelajar lelaki.....berpeluh tau nak kawal diorang ni....budak lelaki ni ligat....kalau budak perempuan senang sikit nak dengar cakap......



Cepat la teacher.....tak sabar dah ni.....ini geng budak-budak perempuan yang sentiasa bersemangat kat dalam kelas.....





Disebabkan diorang ni dah besar....air letak sendiri.....






Wan Hawani Aqilah....susun biji benih tu satu persatu.....apa-apa je la Hawani.....






Yang ni pun sama......teacher tak suruh pun buat macam tu....tapi diorang cakap "nanti kalau susun macam ni boleh tumbuh cantikkan teacher"......teacher jawab "ye la, tak de la bersepah tumbuhnya nanti"....







JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 5 TAQWA




Sebelum balik hasil tanaman yang dah tumbuh subur diserahkan pada murid untuk di bawak balik......





Sayur-sayur.....tersipu-sipu malu pulak teacher za.......






Panggil nama.....sorang demi sorang datang ambil......






Ada jugak yang buat muka kecewa sebab tak dapat pokok tu.....tak dapat sebab masa buat eksperimen hari Isnin lepas diorang tak datang.....





Fatin Aliya....Wah gayanya macam terima anugerah kecemerlangan pulak.....




Semua bangga dengan hasil tanaman masing-masing......










Budak baik 2 orang ni tengah belek pokok.....yang sebelah kanan tu Aiman...yang sebelah kiri Iman....nama dah dekat-dekat...tersasul-sasul saya kalau nak memanggil budak bedua ni.....




Kakak Aiman tu tahun lepas pelajar terbaik tadika ni......Pelajar Terbaik Tahun 2010......Harap-harap Aiman pun boleh jadi macam kakak Mashitah Huda juga ye tahun depan.....




JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 4 MULIA




Masa ni pas kat teacher Intan bagi pokok tu pada murid-murid.....teacher za tak boleh tinggalkan kelas dia lama-lama....budak-budak tu kalau tak de teacher dalam kelas mula la buat bising....



Balik tanam ye Iffat, nanti senang mama Iffat nak buat bubur kacang.....petik je kat laman rumah....tak payah pegi kedai beli kacang hijau....heheh....



Wah....kagumnya....subur hasil tanaman saya......




Ehhhh....teacher ni....kacau je....orang nak belek pokok pun nak snap gambar.....


Seronok tengok gelagat budak-budak tu tadi......








Thursday, April 21, 2011

HASIL EKSPERIMEN & EKSPERIMEN 5 AMAL

HARI KHAMIS = PERKEMBANGAN SEMAIAN 5 TAQWA



Sampai je di tadika terus terjah ke tapak semaian....wahhh.....dah tinggi dah pokok togenye.....saya pulak yang seronok menengoknye....budak-budak kat tadika pun seronok.....keluar masuk diorang ke bilik saya nak tengok pokok tu.....tumpang semai kat bilik saya....kalau letak kat luar takut tak sempat nak bertunas biji benih tu hancur nanti dibelek-belek budak-budak tu.....ada jugak yang tanya kat saya.... "teacher, pokok tu boleh masak kan...."pastu saya jawab...."kalau ikutkan boleh masak...tapi kalau dah jadi macam ni....ni dah dikira bukan sayur tauge ni....dah nak jadi pokok kacang dah...tak pasti la pulak teacher....."





Ni la dia hasilnya untuk hari yang ke 4.....tinggi dah pokoknye.....dah keluar daun pun dah......esok suruh diorang bawak balik......



Sejuk tangan anak-anak murid teacher.....boleh la jadi petani moden yang berjaya nanti bila dah besar.....





HARI KHAMIS = PERKEMBANGAN SEMAIAN 4 MULIA





Dah keluar tunas.....semua bekas bertunas....cantik je......





HARI KHAMIS = 5 AMAL



Kelas 5 Amal baru nak bercucuk tanam hari ni.....pukul 9.30 pg diorang turun ke kebun.....ehh..kantin la....masing-masing seronok..."yeay...yeay....nak tanam pokok".....mana tak nye....dah 4 hari ni asyik dok tengok tanaman orng lain je....hari ni baru le dapat buat sendiri....



Seperti sebelum ni....teacher za akan bagi penerangan dahulu.....sampai muncung-muncung si Syafuan mendengar apa yang teacher cakapkan.....



"Alamak zakwan....kepala hang ni besar sangat la...tak nampak lak apa yang teacher buat kat depan nuuu".....(yang sebelah kanan tu zakwan....tengah Harith Haikal....kiri Afif Farhan)



"Meh sini teacher yang letakkan air.....kalau awak semua yang letak sendiri, penuh pulak air satu bekas ni nanti".....





Esok kita tengok apa yang berlaku pada semaian 5 Amal......6 Ilmu pulak ada eksperimen.....




*

*

*

Wednesday, April 20, 2011

MINGGU SAINS EKSPERIMEN TADIKA ISLAM NUR HAZIQ

Minggu ni adalah minggu Teacher Za buat eksperimen dengan murid-murid.....exam dah dekat....jadi untuk memantapkan lagi pengetahuan budak-budak ni kita tak boleh belajar berpandukan buku je....kena buat eksperimen juga....


*

Kat bawah ni eksperimen yang dibuat kelas 5 Taqwa dan 4 Mulia.....lagi 2 kelas hari Khamis dan Jumaat nanti...yang tu saya akan masukkan dalam entry yang akan datang....Hari Rabu tak de subject Sains....


*
*
HARI ISNIN = 5 TAQWA



Ni masa dalam kelas lagi....pukul 9.30 pagi baru turun.....


*
*

Dah turun ke kantin....masing-masing keluarkan tupperware....yang tak bawak tu teacher akan bagi sorang satu......
*
*

Ni lah bahan-bahan untuk eksperimen tu.....saya ingat lagi masa sekolah rendah dulu cukup suka subject yang ada buat eksperimen macam ni....masa zaman saya dulu bukan sains...tapi ALAM DAN MANUSIA.....sapa yang masih lagi ingat subject ni.....subject ni dicampur sains, geografi dan sejarah dan jadilah Alam Dan Manusia......tapi semuanya diajar diperingkat asas.....
*
Okey......berbalik pada kisah anak murid saya semula....
*
*

Sebelum tu mesti kena dengar penerangan dulu...."adoi aiii...gatal kepala nih....teacher za ni pot pet pot pet bila nak start ni......tak sabar dah ni...."
*
*

"Tengok sini murid-murid....ni namanya biji kacang...bukan batu sungai tau......"
*
*


Lepas masukkan kapas tadi...kita letak air sikit pada kapas ni supaya jadi basah.....


*

Tengok tu selipar semua colour pink......budak perempuan.....


*

*

Masukkan biji benih pulak.....

*
*



Ni la hasil semaian biji benih pelajar 5 Taqwa.....


*



HARI SELASA = PERKEMBANGAN SEMAIAN 5 TAQWA




Sampai je tadika lepas letak bag saya ambil kamera.....terus gi skodeng biji kacang semalam....


*
*


Tengok tu.....dah bertunas dah....


*
*

HARI SELASA = 4 MULIA



Sama seperti kelas 5 Taqwa semalam...pukul 9.30 pagi kelas 4 Mulia turun ke kantin untuk buat eksperimen.....masing-masing tak sabar.....9 orang je...tapi meriahnya mengalahkan kelas 5 Taqwa semalam.....


*

*

Khusyuk mendengar penerangan dari teacher......

*

*

Bersungguh-sungguh teacher za.....

*

*

Beria-ia si Alisa mendengar......tudung dah nak tertutup semua muka tu.....

*

*
Mendengar dengan penuh minat.....

*

*


Okey dah selesai.....esok kita tengok apa yang jadi......
*
Masa balik ada yang bising suruh ibu diorang tanya kat teacher mana pokok yang tanam tadi...nak bawak balik.....pastu saya jawab la....."dah tinggi pokoknya nanti baru boleh bawak balik.....sekarang tak boleh lagi sebab tumbuh pun belum.....nanti kalau dah jadi pokok suruh ibu masak ye......"tersengih-sengih si ibu bila dengar saya cakap macam tu.....


*



*



*

Tuesday, April 19, 2011

BiLa AnAk MuRiD MeLaRaM

Anak murid melaram....melaram ke mana la tu ye....melaram datang ke tadika la.....baru 6 tahun...bukan main lagi...mengalahkan teacher bergayanya.....tak pe....teacher emma tak kisah...asalkan kemas....


*


Tengok la gambar yang sempat saya snap hari ni....ada beberapa orang lagi yang suka melaram datang tadika tapi tak sempat nak ambil gambar diorang......hari ni sibuk sikit susun jadual periksa pastu semak kertas periksa yang teacher buat.....kena semak dulu takut nanti ada terlepas pandang takut ada soalan peperiksaan yang lari tajuk pulak.....




*


*



An Nur Fitrisya....dia ni kalau datang tadika lip lap-lip lap tiap-tiap hari....kemain lagi...macam-macam bentuk pin yang dipakainya....ni mesti dia rembat mama dia punya ni......tu tengok la kat bawah dagu dia tu....tudung pun dia tak pakai tudung yang memang dah datang sekali dengan uniform tadika....tudung tu tudung dia sendiri.....macam tudung yang selalu saya pakai....cuma bezanya dia pakai warna putih....tak pe janji kemas....anak murid kemas dan cantik berseri le tadika......


*


*




Ku Nurfatin Nisrina......panjang betul nama....kadang-kadang saya panggil Fatin...kadang-kadang saya panggil Nisrina...kadang-kadang Ku Nurfatin.....ntah nama mana satu yang nak lekat pun tak tau le....asal nak panggil je mesti tersasul-sasul mulut ni.....
*


Lawa inner skaf dia....siap ada batu permata lagi.....malu-malu dia masa saya nak snap gambar dia tadi....


*


*




Monday, April 18, 2011

Rezeki Gagak

Kawasan tadika saya ni memang banyak burung....berbagai-bagai spesis burung ada....yang kecik yang besar......tapi burung gagak paling banyak.....kalau parking kereta kat bawah pokok mmg selalu ada bahan buangan dari mereka ini.....sabar je la....kekadang tu baru je gi cuci kereta dah kena bahan buangannye.....
*
Tapi dah namanya pun haiwan....tak gi sekolah.....mana nak paham bahasa.....cari makan je kat sekolah......memang dah jadi kebiasaan...bila waktu rehat tiba....beramai-ramai le burung ni berlegar-legar kat belakang kantin tu......kekadang tu kalau ada makanan yang tak habis dimakan kat rumah....bawak ke tadika...kami bagi kat burung-burung tu.....paling mewah burung ni dapat makan waktu tadika buat jamuan.....makanan yang budak-budak tak habis makan memang jadi habuan burung-burung kat belakang tu la.....dari membazir dibuang dalam tong sampah lebih baik bagi burung tu makan.....



Burung gagak tu tengah makan nasi lemak yang Izham makan tak habis tadi.....nasi lemak, mihun goreng, donat, biskut tiger, roti dan macam-macam lagi le menu gagak tu setiap hari.....


*


*



Sunday, April 17, 2011

Mama....Ada Telur Dinasour

Haahhh....telur dinasour.....biar betul....memang tak betul pun.....

*

Anak-anak saya le tu...ada ke dia kata batu bulat tu telur dinasour.....petang tadi sebelum hantar MIL ke Kajang menyempat lagi singgah kat D'Island...ada perumahan baru nak buka berdekatan dengan Putra Perdana.....baru launching 2 atau 3 hari lepas tak silap saya....gi le tengok....besar betul rumahnya....dah macam apartment 3 tingkat.....tepi tasik....pasal tu la namanya D'Island......betul-betul macam kat pulau la...dikelilingi tasik.....tak tanya pun kat SP tu berapa harganya....dah tentu juta-juta tu.....


*

*

Tu la dia telur dinasournye.....menetas telur dinasour tu kang.....yang 2 orang tu jap lagi jadi ibu dinasour.....

*

*

*

BrEaKfAst ApA HaRi Ni

Memang dah bercadang dari semalam lagi, pagi ni nak buat breakfast....(breakfast pukul 12 tgh hr...makanan breakfast tapi waktu lunch.....)tak sarapan kat luar....sebab petang nanti nak keluar hantar MIL ke Kajang rumah kakak ipar......jadi makan malam je la kat luar.....

*

Cekodok ikan bilis.....tu le menunya....tapi tetiba pagi tadi rajin pulak nak snap gambar nak masukkan dalam blog....saya rasa ramai yang tau buat cekodok kan...tapi mungkin resepinya sedikit berbeza.....jadi kat sini saya nak share sikit resepi cekodok saya......

*

*

Bahan utama mesti la kena ada tepung gandum kan.....gambar kat atas tu tepung gandum, sedikit garam dan ajinomoto dengan daun sup saya dah masukkan semua sekali kat dalam besen tu.....

*

*

Ikan bilis.....guna yang lembut....warnanya agak cerah dan nipis....kalau yang tebal tu keras...nanti bila cekodoknye dah digoreng ikan bilisnya jadi liat.....kalau tak kunyah kuat silap hari bulan tercekik pulak kang......jadi, kesimpulannya gunalah ikan bilis yang lembut.....

*

*

Bawang merah.....nak guna bawang besar pun boleh juga....saya selalu guna bawang besar tapi hari ni guna bawang kecik sebab bawang besar dah tinggal 2 biji...bawang kecik banyak lagi.....

*


*

Kentang dipotong dadu.....yang ni anak saya suka...kekadang tu dikorek kentangnye aje.....tepungnya diorang bagi kat saya.....

*

*

Cili api.....potong kecik-kecik....

*

*

Cili kisar atau ada jugak orang panggil cili boh....jangan masukkan teh boh ye.....jadi lain pulak kang......

*

*

Lepas tu semua bahan tadi dicampurkan sekali kat dalam 1 besen.....cili api tu saya letak kat tepi dulu.....

*

*

Masukkan air....gaul rata....gaul kalau tak betul-betul nanti tepungnya beketul pulak...bancuhan jangan terlalu keras nanti cekodoknye jadi keras baling kat dinding mau runtuh dinding....jangan lembik sangat...nanti menitis-nitis pulak masa kita cedok nak goreng tu....jadi kena sedang-sedang elok je ye....yang kat atas ni saya tak letak cili api lagi....saya goreng separuh dulu sebab kat rumah ni yang suka cekodok taruk cili api suami saya....saya makan sikit-sikit je.....


*

*

Yang separuh lagi ni baru saya letak cili api....kiranya bahagi 2 la......yang 1 tak pedas.....yang 1 lagi ada cili api.....


*

*

Yang ni pulak bukan resepi saya ye......Si Qash la ni sibuk nak tolong saya masak kat dapur...mana la boleh...bahaya....awak tu kecik lagi...nanti kena minyak panas kan susah.....bila saya dah tak bagi tolong tu, dia pun apa lagi keluarkan le alat-alat memasak dia pulak....yang kat dalam mangkuk tu bukannya tepung tapi bedak dia....


*


*


Bersungguh-sungguh tu masak...kalau macam tu le caranya masak...abeh la tebakar muka...


*

*


Ni la hasilnya setelah siap digoreng.....yang sebelah kiri tu ada cili api...yang sebelah kanan tu yang tak de cili api....makan cicah dengan sos cili thai kimball....saya suka cekodok tu leper-leper baru la rangup....kalau nak jadikan cekodok tu leper masa nak goreng cedok guna sudu.....


*

*

Yang ni pulak sarapan untuk kakak....dia ni tengok angin....kekadang tu dia makan cekodok ni...kekadang tu tak nak....tadi saya memang dah siap-siap buat roti sosej ni untuk dia.....memang dia tak makan pun cekodok tu tadi.....yang Qash pulak apa je dia makan....petai je yang dia tak makan sebab busuk katanya......


*


*


Ni la sarapan pukul 12 tgh hr kami sekeluarga.....makan tengah hari tadi pukul 5 ptg kat sate kajang haji samuri...(makan tgh hr waktu minum petang....)balik tadi singgah pasar malam beli popia goreng....tu kira makanan untuk makan malam la tu....pukul 10 mlm baru makan......tak snap pulak gambar popia tadi...gemuk-gemuk popianye.....


*


*


*


Friday, April 15, 2011

LUPA

Pernah ke agaknye orang lain pun jadi macam saya....dalam sehari tu jadi pelupa....kenapa la dengan saya hari ni......asyik terlupa je......

*

Kebiasaannya pagi je sampai di tadika handphone dan kamera benda yang pertama saya akan ambil dari handbag saya.....memang kedua-dua benda ni akan sentiasa tergantung di leher saya....pagi tadi benda pertama yang saya lupa ialah kamera.....kamera dah tertinggal kat rumah....ni gara-gara malam tadi charge bateri la ni.....pagi tadi lupa nak sumbat masuk dalam bag yang penuh dengan sampah sarap tu.....

*

Alahhhaaiii....tak dapat le nak jadi paparazzi hari ni......

*

*

Pagi tadi masa ajar Arif baca buku saya boleh betul-betul jadi blank....terlupa tarikh hari ni....terpinga-pinga tetiba.....selak muka surat yang dah baca semalam....baru le teringat balik yang hari ni 15 April.....(Gambar kat atas tu koleksi memang yang dah ada kat dalam kamera saya).....

*

*

*

Dah petang tadi baru saya teringat....yang saya tak ambik surat pekeliling yang saya hantar kat kedai fotostat semalam.....dah janji kat budak kedai tu tengah hari ni saya datang ambik...dah pukul 6 ptg baru saya ingat....malas pulak nak keluar petang ni....hujan kat luar tu.....

*

*

*

Kat rumah pulak baru je terjadi tadi....nak pegi mandi....tengah hari tadi saya ada beli benda alah kat atas tu nak buat gosok badan......elok je saya lalu kat sebelah tu tadi sebelum masuk dalam bilik....benda tu ada kat atas meja makan....boleh saya terlupa nak ambik.....

*

*

Tu lah...orang tua-tua ada cakap....jangan makan kepala ikan...nanti jadi pelupa.....tapi seingat saya tak de pulak saya makan kepala ikan....tapi tak tau le kalau saya dah lupa......

*

*

*

Thursday, April 14, 2011

KaKaK & UpIn IpIn

Lepas ambik kakak kat sekolah tadi terus pegi pasar tani kat B B Bangi.....beli makanan untuk malam ni....cadang nak beli tudung barang selai....mak aaaiihhh.....mahalnye.....tak jadi nak beli....sebab rasanya kat putra perdana tak le semahal tu.....saya ni tak kisah....tudung pasar malam ke, butik ke semua saya pakai....janji lawa....ehhh...apasal lari tajuk lak ni.....tajuk entry kat atas nu pasal kakak dan upin ipin...ni dah kelain pulak.....

*

Sampai rumah pukul 5.40 ptg....suruh la si kakak ni mandi...nanti dulu katanya penat.....baring-baring la dia kat depan tv....sampai la ke pukul 6.30 ptg....pastu terdengar la bunyi muzik upin ipin....berdesup sepantas kilat terus bangun.....aaiiihhhh...tadi melepek kepenatan kononnya....penat turun naik tangga sekolah 3 tingkat katanya.....

*

*


Tersengeh-sengeh kat depan tv...

*

*


Kalau boleh nak dekat lagi tu.....tak heran la kalau satu hari nanti mata tu rabun...dah gaya tengok tv cam tu kan....
*
*

Tak berkedip biji mata....kalau le belajar kat sekolah pun khusyuk macam ni kan ke bagus ye kakak.....
*
*


Ishhh....isshhhh....iisshhhh....budak ni kan....

*

Anak-anak saya minat sangat dengan upin ipin ni tapi tak pulak diorang ni sibuk nak pakai barangan upin ipin....yang ada pun bag pack je sorang satu.....kalau powerpuff girl & barbie kalau boleh semua barangnya nak dibeli.....nak buat koleksi kononnya.....mungkin upin ipin ni budak lelaki kot.....nasib baik la...selamat duit mama dan ayah...dah banyak dah dilaburkan untuk beli barang barbie dengan powerpuff girl....dalam ipad pun movie barbie dengan powerpuff girl.....itulah ubat nak bagi diorang diam....kalau tak tu dalam kereta nak begaduh je kejenya...kalau layan movie tu senyap le diorang.....
*
*
*



Mari Belajar Solat

Sebelum ni dah diajar ayat-ayat, rakaat solat dan cara mengambil wuduk....hari ni belajar cara-cara mengerjakan solat pulak.....macam-macam ragam saya tengok....mungkin sebelum saya masuk elok je diorang ni kot....tapi bila nampak saya datang pegang kamera masing-masing mata dah tak pandang teacher za...mata dok nak ngintai kat kamera saya je.....

*

*

*



Zaim jadi imam....pandang apa tu Danish....lepas saya snap gambar ni tadi teacher za sergah dia....

*

*


Allahuakbar....
*
*


Rukuk......
*
*


Zaim dah termasuk kat barisan belakang .....keluasan kelas terhad....kat belah depan dia tu dah tersusun meja.....
*
*


Bagi salam pandang kanan dan kiri ye murid-murid.....bukan pandang kamera ye Anissa......
*
*


"Ni kaki ni salah ni....bukan macam duduk katak tau....meh teacher betulkan".....bersungguh-sungguh teacher za....di harap apa yang mereka belajar di tadika dapatlah diamalkan dirumah....tentu bangga ibu ayah kecik-kecik lagi anak mereka pandai solat....

*

*

Saya skodeng kelas lain tadi mereka tengah menghafal beberapa surah.....exam dah dekat ni...teacher pulak yang risau....ye la kan...hafazan salah satu subject penting kat tadika ni.....kang keputusan hafazan murid tak berapa memberangsangkan...diorang pulak yang kena menjawab dengan saya.....
*
Pernah terjadi pada tahun lepas...masa tu hari perjumpaan dengan ibu bapa....ambil report kad anak....ada sorang ibu ni dia cerita dengan kami....ada satu hari tu dia solat dan anaknye duduk di sebelahnye....dipenghabisan solat dia menadah tangan dan berdoa...lepas tu dia terdengar anaknye pun berdoa membaca doa untuk kedua ibu bapa siap dengan makna dalam Bahasa Melayunye sekali.....(Mmg di tadika saya setiap doa diajar terjemahan dalam Bahasa Melayu sekali).....masa tu ibu tu berkata sebaknye tak tertahan...dia tak menyangka anaknye pada masa tu berumur 4 tahun baca doa untuknya.....

*

Bak kata pepatah...melentur buluh biarlah dari rebungnya....
*

*
*