Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, April 21, 2011

HASIL EKSPERIMEN & EKSPERIMEN 5 AMAL

HARI KHAMIS = PERKEMBANGAN SEMAIAN 5 TAQWA



Sampai je di tadika terus terjah ke tapak semaian....wahhh.....dah tinggi dah pokok togenye.....saya pulak yang seronok menengoknye....budak-budak kat tadika pun seronok.....keluar masuk diorang ke bilik saya nak tengok pokok tu.....tumpang semai kat bilik saya....kalau letak kat luar takut tak sempat nak bertunas biji benih tu hancur nanti dibelek-belek budak-budak tu.....ada jugak yang tanya kat saya.... "teacher, pokok tu boleh masak kan...."pastu saya jawab...."kalau ikutkan boleh masak...tapi kalau dah jadi macam ni....ni dah dikira bukan sayur tauge ni....dah nak jadi pokok kacang dah...tak pasti la pulak teacher....."





Ni la dia hasilnya untuk hari yang ke 4.....tinggi dah pokoknye.....dah keluar daun pun dah......esok suruh diorang bawak balik......



Sejuk tangan anak-anak murid teacher.....boleh la jadi petani moden yang berjaya nanti bila dah besar.....





HARI KHAMIS = PERKEMBANGAN SEMAIAN 4 MULIA





Dah keluar tunas.....semua bekas bertunas....cantik je......





HARI KHAMIS = 5 AMAL



Kelas 5 Amal baru nak bercucuk tanam hari ni.....pukul 9.30 pg diorang turun ke kebun.....ehh..kantin la....masing-masing seronok..."yeay...yeay....nak tanam pokok".....mana tak nye....dah 4 hari ni asyik dok tengok tanaman orng lain je....hari ni baru le dapat buat sendiri....



Seperti sebelum ni....teacher za akan bagi penerangan dahulu.....sampai muncung-muncung si Syafuan mendengar apa yang teacher cakapkan.....



"Alamak zakwan....kepala hang ni besar sangat la...tak nampak lak apa yang teacher buat kat depan nuuu".....(yang sebelah kanan tu zakwan....tengah Harith Haikal....kiri Afif Farhan)



"Meh sini teacher yang letakkan air.....kalau awak semua yang letak sendiri, penuh pulak air satu bekas ni nanti".....





Esok kita tengok apa yang berlaku pada semaian 5 Amal......6 Ilmu pulak ada eksperimen.....




*

*

*

No comments:

Post a Comment