Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, April 14, 2011

Mari Belajar Solat

Sebelum ni dah diajar ayat-ayat, rakaat solat dan cara mengambil wuduk....hari ni belajar cara-cara mengerjakan solat pulak.....macam-macam ragam saya tengok....mungkin sebelum saya masuk elok je diorang ni kot....tapi bila nampak saya datang pegang kamera masing-masing mata dah tak pandang teacher za...mata dok nak ngintai kat kamera saya je.....

*

*

*



Zaim jadi imam....pandang apa tu Danish....lepas saya snap gambar ni tadi teacher za sergah dia....

*

*


Allahuakbar....
*
*


Rukuk......
*
*


Zaim dah termasuk kat barisan belakang .....keluasan kelas terhad....kat belah depan dia tu dah tersusun meja.....
*
*


Bagi salam pandang kanan dan kiri ye murid-murid.....bukan pandang kamera ye Anissa......
*
*


"Ni kaki ni salah ni....bukan macam duduk katak tau....meh teacher betulkan".....bersungguh-sungguh teacher za....di harap apa yang mereka belajar di tadika dapatlah diamalkan dirumah....tentu bangga ibu ayah kecik-kecik lagi anak mereka pandai solat....

*

*

Saya skodeng kelas lain tadi mereka tengah menghafal beberapa surah.....exam dah dekat ni...teacher pulak yang risau....ye la kan...hafazan salah satu subject penting kat tadika ni.....kang keputusan hafazan murid tak berapa memberangsangkan...diorang pulak yang kena menjawab dengan saya.....
*
Pernah terjadi pada tahun lepas...masa tu hari perjumpaan dengan ibu bapa....ambil report kad anak....ada sorang ibu ni dia cerita dengan kami....ada satu hari tu dia solat dan anaknye duduk di sebelahnye....dipenghabisan solat dia menadah tangan dan berdoa...lepas tu dia terdengar anaknye pun berdoa membaca doa untuk kedua ibu bapa siap dengan makna dalam Bahasa Melayunye sekali.....(Mmg di tadika saya setiap doa diajar terjemahan dalam Bahasa Melayu sekali).....masa tu ibu tu berkata sebaknye tak tertahan...dia tak menyangka anaknye pada masa tu berumur 4 tahun baca doa untuknya.....

*

Bak kata pepatah...melentur buluh biarlah dari rebungnya....
*

*
*





No comments:

Post a Comment