Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 15, 2011

LUPA

Pernah ke agaknye orang lain pun jadi macam saya....dalam sehari tu jadi pelupa....kenapa la dengan saya hari ni......asyik terlupa je......

*

Kebiasaannya pagi je sampai di tadika handphone dan kamera benda yang pertama saya akan ambil dari handbag saya.....memang kedua-dua benda ni akan sentiasa tergantung di leher saya....pagi tadi benda pertama yang saya lupa ialah kamera.....kamera dah tertinggal kat rumah....ni gara-gara malam tadi charge bateri la ni.....pagi tadi lupa nak sumbat masuk dalam bag yang penuh dengan sampah sarap tu.....

*

Alahhhaaiii....tak dapat le nak jadi paparazzi hari ni......

*

*

Pagi tadi masa ajar Arif baca buku saya boleh betul-betul jadi blank....terlupa tarikh hari ni....terpinga-pinga tetiba.....selak muka surat yang dah baca semalam....baru le teringat balik yang hari ni 15 April.....(Gambar kat atas tu koleksi memang yang dah ada kat dalam kamera saya).....

*

*

*

Dah petang tadi baru saya teringat....yang saya tak ambik surat pekeliling yang saya hantar kat kedai fotostat semalam.....dah janji kat budak kedai tu tengah hari ni saya datang ambik...dah pukul 6 ptg baru saya ingat....malas pulak nak keluar petang ni....hujan kat luar tu.....

*

*

*

Kat rumah pulak baru je terjadi tadi....nak pegi mandi....tengah hari tadi saya ada beli benda alah kat atas tu nak buat gosok badan......elok je saya lalu kat sebelah tu tadi sebelum masuk dalam bilik....benda tu ada kat atas meja makan....boleh saya terlupa nak ambik.....

*

*

Tu lah...orang tua-tua ada cakap....jangan makan kepala ikan...nanti jadi pelupa.....tapi seingat saya tak de pulak saya makan kepala ikan....tapi tak tau le kalau saya dah lupa......

*

*

*

No comments:

Post a Comment