Ni cerita hari Jumaat sebelum cuti sekolah hari tu....sebelum cuti raya seperti biasa la kita bersalam-salaman.....saya memang amalkan perkara seperti ni sejak dari tahun pertama saya buka tadika lagi...saya nak terapkan nilai murni seperti ni sejak kecil lagi.....nak biasakan budak-budak kecik ni bila raya menjelang tiba bermaaf-maafan adalah perkara yang paling utama perlu kita lakukan....cium tangan orang yang lebih tua dari kita....DUIT RAYA....penting juga.....bagi budak-budak saat menerima duit raya adalah saat yang paling ditunggu-tunggu.....kadang-kadang tu yang tua macam saya ni pun menunggu jugak saat tu...heheh....
Assalamualaikum W.B.T
Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Tuesday, September 6, 2011
SeSi BeRsALaM-SaLaMaN
Kembali Bersiaran
Assalamualaikum semua....lama betul tak bersiaran...sebelum syawal menjelang sibuk buat persiapan raya...bila syawal dah tiba sibuk balik raya dan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah....alhamdulillah buat setakat ni syawal kami masih dalam keadaan yang meriah...masih ramai sanak saudara yang datang berkunjung dan kami juga berkunjung ke rumah mereka....
Sebelum raya hari tu ramai juga anak murid yang bagi kad raya...terima kasih...rasanya semua teacher sempat balas kan......
Sebelum raya hari tu ramai juga anak murid yang bagi kad raya...terima kasih...rasanya semua teacher sempat balas kan......
Friday, August 26, 2011
Coloring
Ni kiranya sambungan dari Entry Merdeka yang saya buat tadi.....
*
MERDEKA
Seperti biasa dalam bulan puasa tiada assembly....semuanya dilakukan dalam kelas......
Berdoa sebelum memulakan sesuatu.......'melentur buluh biarlah dari rebungnya'......
SeJuKnYa
Ni entry tertunda.....hari Selasa lepas dari pagi sampai la waktu balik hari hujan....hari ni datang tadika awal daripada biasa sebab ada perkara yang nak diselesaikan....
Sampai awal tak tau pulak nak buat apa....kalau bulan tak puasa, bersarapan le dengan teacher-teacher yang lain tapi ni bulan puasa.....teacher yang lain ada kelas iqra'....yang tak de ajar iqra' diorang panggil budak-budak untuk reading.....saya pun tak de buat apa-apa panggil la budak-budak 2 - 3 orang baca buku......
Waktu ni baru pukul 7.30 pagi...tengok cuaca dekat belakang tu masih gelap lagi....hujan pulak tu.....sepanjang hari ni cuaca memang tak panas...tak terasa lapar pun dahaga pun sikit je....anak-anak murid yang berpuasa pun nampak segar je.....anak saya yang sulung pun macam tu jugak walaupun balik dari sekolah pukul 5 petang tapi tak la nampak keletihan sangat.....cuaca yang dingin memang banyak membantu untuk anak-anak kecil meneruskan puasa sepanjang hari......
*
Monday, August 22, 2011
Jangan Ingkar
Hari ni hari Isnin....budak tadika pun tau hari ni hari Isnin.....tapi entry ni saya nak tulis cerita pasal hari Jumaat.....
Waktu pertama hari Jumaat di kelas 6 Ilmu adalah matapelajaran Sains.....minggu ni dah masuk topic Part Of The Animal......
Waktu pertama hari Jumaat di kelas 6 Ilmu adalah matapelajaran Sains.....minggu ni dah masuk topic Part Of The Animal......
Gambar atas tu si Aqila Nazeefa dan hasil lukisannya......
*
Friday, August 19, 2011
Kad Raya Untuk Mama Dan Ayah
Hari Khamis budak-budak tu berkreativiti lagi.....apa lagi, seronok la diorang......masing-masing diberi sekeping kad putih kosong untuk dibuat kad raya......
Budak 4 tahun ni memang teacher kena bantu...nanti takut bukan jadi kad raya, jadi benda lain pulak......
Tak pegi intai kelas atas pun masa diorang buat kad raya tu tadi....bulan puasa ni tak larat le nak turun naik tangga.....dah la rumah tingkat 4....balik dari tadika nanti nak kena memanjat anak tangga yang banyak tu lagi.....
*
BuBuR LaMbOk
Puasa kali ni jarang saya ke pasar ramadan....bukan sebab selalu masak...tapi biasanya lauk saya order je di kedai tomyam....call dari rumah, 30 minit lepas tu pegi ambik.....mudah dan pantas......lauk pauk pun dijamin panas dan baru dimasak....tak de la risiko terbeli lauk basi.....
*
Monday, August 15, 2011
LeBaR SeNyUmAn
Pekeliling untuk bulan Ogos keluar lagi......saya ni kalau buat surat pekeliling suka kumpul semua sekali berita untuk 1 bulan.....ada juga parents yang terlupa apa akan isi kandungannya....masa baru baca ingat la apa aktiviti yang akan berlangsung untuk minggu pertama....tapi bila dah masuk minggu ke 2, ke 3 dan seterusnya ramai yang lupa.......jadi untuk mengelakkan terlupa rajin-rajin la jenguk blog ni ye.....selalu la baca BERITA TIBA-TIBA tu......
** Esok sekolah.....lusa cuti......yea....yea....
*
Thursday, August 11, 2011
KoLaJ KeTuPaT
Hari Khamis menjelang lagi......
Masa snap gambar ni kertas yang berterabur tu dah dikutip.......riuh rendah kelas jadinya....kipas dah 'off' baru la senang nak buat kerja.....
(Nak tau potongan kolaj tu teacher-teacher ambik dari mana....dari katalog avon teacher emma le....dealer avon sejak dari lepas sekolah lagi ni...memang berangan dari dulu lagi nak bukak butik avon tapi masa kerja pulak panjang....operasi butik dari pagi sampai malam....tak jadi lah...akhirnya buka tadika....pukul 1 tgh hr dah balik rumah...dapat luangkan banyak masa dengan anak-anak dan suami)
*
Tadika Islam Nur Haziq 2
Bulan puasa ni waktu nak berblog sedikit terhad.....pasal tu la entry dalam seminggu cuma ada 2 - 3 ketul je......
Ni cerita hari Isnin lepas.....saya dan hubby pegi tengok rumah yang bakal jadi tadika cawangan ke 2 kami...Tadika Islam Nur Haziq 2 di Bandar Saujana Putra......lokasinya betul-betul bersebelahan dengan highway SKVE.....
Tadika yang ada sekarang kecik sikit pada ni.....ada 80 student.....tapi ruang agak terhad sikit.....
Memandangkan bulan ni bulan puasa, jadi proses mekap memekap tadika akan dijalankan pada bulan 9 nanti.....bulan 10 dah mula buka....bulan 12 reading class start.....
Pendaftaran kedua-dua cawangan dah dibuka dari sekarang.....kepada ibu bapa yang nak sambung anak belajar di tadika ini untuk sesi tahun 2012, boleh la datang ke tadika ambil borang dan isi borang untuk kemasukan tahun depan.....borang baru kena diisi sebab borang tahun ini tak boleh dibawa ke tahun depan ye.....
*
Saturday, August 6, 2011
Siapa Puasa Dapat Star
Kami tak memaksa murid-murid di tadika berpuasa tapi siapa yang puasa kami bagi STAR....
Pada hari pertama puasa, kami di Tadika Islam Nur Haziq cuti....jadi tak tau la siapa yang betul-betul puasa kan....pada hari ke 2, tadika bersekolah seperti biasa.....pada hari ke 2 ni ramai juga yang tak puasa sebab diorang masih tak tau lagi siapa yang puasa dapat star.....pada hari ke 3 murid yang berpuasa dah bertambah ramai.....alhamdulillah...berkesan juga cara ni.....biasa la kan budak-budak.....seronok bila dapat STAR....kalau dapat star kat dalam buku pun kemain seronok lagi....cuba kalau teacher letak perkataan BAIK atau GOOD, sikit pun diorang tak heran....kalau letak 2 - 3 bijik star.....kecoh sampai balik ke rumah......
Pada hari pertama puasa, kami di Tadika Islam Nur Haziq cuti....jadi tak tau la siapa yang betul-betul puasa kan....pada hari ke 2, tadika bersekolah seperti biasa.....pada hari ke 2 ni ramai juga yang tak puasa sebab diorang masih tak tau lagi siapa yang puasa dapat star.....pada hari ke 3 murid yang berpuasa dah bertambah ramai.....alhamdulillah...berkesan juga cara ni.....biasa la kan budak-budak.....seronok bila dapat STAR....kalau dapat star kat dalam buku pun kemain seronok lagi....cuba kalau teacher letak perkataan BAIK atau GOOD, sikit pun diorang tak heran....kalau letak 2 - 3 bijik star.....kecoh sampai balik ke rumah......
Masa saya update blog ni dah hari ke 6 puasa....alhamdulillah si Qash dapat 5 hari puasa penuh....
Gambar dekat bawah ni puasa pada hari ke 3.....
Gambar dekat bawah ni puasa pada hari ke 4......
Kami akan bagi STAR ni pada murid yang berpuasa di tadika....waktu rehat diorang tak pegi join budak-budak tak puasa makan.....haa tu maknanya diorang puasa la kan....tapi kalau dekat rumah diorang tak puasa tu adalah tanggungjawab ibu bapa mereka....kami akan tetap bagi star selagi mereka tak makan sebarang makanan di tadika dari pagi hingga waktu balik....lepas tu terserah pada mereka sama ada nak teruskan puasa atau tidak tetapi star yang dah ditampal pada rekod puasa tu akan tetap kekal......
Ni adalah salah satu cara saya nak menggalakkan murid-murid tu berpuasa selain dari janji nak bagi duit raya....
Ada juga parent yang call saya dan bertanya "teacher emma, bulan puasa ni tadika tak de sediakan makanan ke...?"....saya jawab "ada, tapi kami akan bagi star pada mereka yang berpuasa...tapi kami tak memaksa diorang berpuasa....kalau larat puasa la...kalau tak larat waktu rehat boleh pegi makan"....parent tu cakap lagi "Ooo...patut la bila sebelum pegi sekolah saya nak bagi anak saya minum susu tapi dia tak nak...dia kata dia puasa...lepas tu dia cakap dekat tadika dia tak makan waktu rehat....saya ingat tadika tak de sediakan makanan waktu bulan puasa"...."sebenarnya anak puan tu nakkan star yang macam kawan-kawan lain dapat.....ni salah satu cara saya nak mengajar mereka berpuasa" saya jawab lagi...."kalau macam tu bagus la teacher, sekurang-kurangnya tadika dapat mendidik dia berpuasa".....parent tu cakap lagi.....
Mungkin pada asalnya parent tu nak tanya tadika ada sediakan makanan ke tidak waktu bulan puasa.....dan pada masa yang sama dia terkejut yang anak dia betul-betul puasa masa di tadika.....dapat puasa separuh hari pun dah bagus bagi anak-anak yang baru berusia 5 tahun kan.....
*
Wednesday, August 3, 2011
Murid Dan Puasa
Semalam hari pertama bersekolah dalam bulan Ramadan.....Sejak pagi lagi cuaca panas.....
Sepanjang bulan ramadan tak de beratur di luar....aktiviti yang biasa dilakukan di halaman tadika dilakukan dalam kelas je.....senaman pun buat yang mudah dan ringan sahaja, buat syarat bagi hilang rasa mengantuk....teacher pun ngantuk juga kekadang tu.....ye la kan, pukul 4 pagi dah bangun sahur....pukul 7 pagi mesti dah ada kat tadika.....jadi bila waktu tidur tu dah kurang...siapa pun akan rasa mengantuk.....
Cuma kelas 4 Mulia je yang ada makan waktu rehat....tapi mana-mana murid dari kelas lain yang tak puasa nak makan, pegi la join kelas 4 tahun tu.....
Dah 3 hari puasa...belum ke pasar ramadan lagi ni....apa yang menarik dekat Pasar Ramadan Putra Perdana ni ye...?
*
Subscribe to:
Posts (Atom)