Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Sunday, May 15, 2011

Hubby Ku Kata Baju Melaram

Ni cerita semalam......kononnya sibuk sangat la tu kan sampai tak sempat nak update blog malam tadi.....apasal pulak malam kena update blog?....sebab bajunya baru dapat petang semalam.....dekat pukul 6 ptg semalam supplyer hantar kat tadika......malam tadi asyik dok layan tengok tv je kerjenye blog tak update, kain baju yang cadangnya nak gosok pun tak bergosok.....paling malas nak menggosok baju......


Semalam juga baru saya order baju sukan budak-budak tadika....baju murid dengan baju teacher lain supplyer.....sebab si Francis tak buat baju t.shirt muslimah......awal bulan July siap....Insyaallah kalau tak de masalah dan dewan tak de orang lain booking mugkin sukan akan diadakan pada pertengahan July nanti.....



Ni la dia baju sukan untuk teacher.....

Saya : Amacam....okey tak baju sukan kitorang tahun ni.....(sambil
menggayakannya dan berpusing-pusing depan hubby gaya mirip-mirip
seperti model Amber Chia)
Hubby : (Diam sambil buat macam muka pelik)
Saya : Okey tak......ingat nak warna biru macam baju budak-budak tu.....tapi tak
de saiz saya (almaklum la...saya ni kan gebu)......
Hubby : Ni baju sukan ke baju nak pegi melaram.....berbunga-bunga bagai....
Saya : Abeh tu...nak buat camana....ni yang lawa......yang lain tu macam tak best
je......apasal...nampak tak sporty ke.....
Hubby : Ha...ahhh.....
Saya : Alah...apa-apa je lahh.....kitorang bersukan sambil melaram....


Lantak la Teacher Emma ooiiii.....asal bahagia.....kepada sesapa yang nak beli t.shirt muslimah boleh contact saya....supplyer tu bagi sebeban kat saya suruh jual.....harga tak mahal....ikut harga saya RM28 selai.....jualan tunai......

No comments:

Post a Comment