Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, May 13, 2011

Hari Jumaat Lepas Peperiksaan

Peperiksaan semester 1 pun dah habis.....rasanya bukannya anak murid je yang lega....teacher pun lega sangat-sangat.....fuuhhh....hilang penat bersilat......mau taknye bersilat......nak layan budak-budak kecik bukannya senang....yang 6 tahun tu okey la jugak....5 dan 4 tahun yang banyak ragamnya....ye la kan..kebanyakan dari diorang tak pernah bersekolah lagi sebelum ni.....lain kita suruh lain yang dibuatnya.....sampai tercabut kertas periksa tu pun ada......


Sekarang ni teacher-teacher sibuk menyemak kertas soalan......hari ambil report kad sengaja saya buat lambat....sebab kebiasaannya ada pelajar yang tak sihat tak dapat datang ke sekolah pada hari peperiksaan sebenar kami akan buat pada hari lain.....kesian pulak pada diorang kalau tak ambil periksa kan...sebab ibu bapa nak tau jugak perkembangan pelajaran anak-anak mereka......



Dah belajar macam biasa.......tapi kelas 4 dan 5 tahun tak dapat mulakan pelajaran macam biasa lagi hari ni.....masih ramai yang tak bawak buku sekolah......


Pada hari sebelum peperiksaan kami bagi buku-buku sekolah untuk dibawa balik ke rumah sebab boleh la kalau nak buat ulangkaji.....tapi sepatutnya hari ni murid-murid kena serahkan balik buku-buku tu pada guru masing-masing....tapi masih ada yang datang sekolah cuma bawak alatulis je......harap-harap semua murid dapat hantar semua buku pada teacher hari Rabu nanti....sebab bermula dari hari Rabu minggu depan murid-murid akan belajar seperti biasa......

Kalau ramai juga yang tak pulangkan buku.....nampak gayanya kena la saya buat surat pekeliling......





No comments:

Post a Comment