Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, May 23, 2011

PeRsIaPaN SeBeLuM CuTi SeKoLaH

Cuma tinggal minggu ni je lagi hari persekolahan......bermula dari 28 hb ni sekolah cuti.....semua seronok bila sebut pasal cuti sekolah.....bukan murid-murid je teacher pun seronok juga....malahan saya percaya ada juga para-para ibu yang merasa sedikit lega bila cuti sekolah tiba.....pasal apa pulak.....pasal tak payah nak gosok baju sekolah anak yang melambak.....kalau anak sorang tak de terasa la sangat kan....cuba kalau dah ada 3 atau 4 orang anak yang sekolah....berapa puluh helai pakaian yang kena gosok.....baju sekolah agama dicampur dengan baju sekolah kebangsaan lagi.....

Yang saya pulak....saya ambil kesempatan cuti ni nak balik kampung jengok orang tua.....

2 minggu....lama juga tu....jadi bagi mengelakkan masa yang terbuang begitu saja......tadika ada menyediakan buku sempena cuti sekolah untuk murid-murid.....tak mahal pun....cuma RM6 untuk 1 set.....dalam 1 set tu ada Bahasa Malaysia, Matematik, English, Sains dan IQ.....tapi pembelian buku ni tidak wajib.....hanya kepada ibu bapa yang berminat untuk membelinya sahaja......


Saya percaya tak rugi membelinya......banyak latihan yang menarik dalam setiap mata pelajaran.....banyak gambar-gambar yang boleh menarik minat anak-anak......setiap soalan adalah dari apa yang telah diajar di tadika......si Qash sambil tengok tv buat latihan.....


Set 1a yang warna oren untuk pelajar 4 & 5 tahun.....set 2a warna purple untuk pelajar 6 tahun....dalam 1 set 5 subject harga RM6.oo......(siaran ulangan sebab kat atas tadi pun saya dah explain)


Lepas rehat ada reading....saya panggil beberapa orang murid 6 tahun uji tahap bacaan diorang......


Ashraf dah baca sampai buku 6.....bacaannya lancar.....bagus......


**Hari Khamis ni ada hari terbuka......ambil report kad pelajar.......hari sibuk kami sebelum cuti sekolah.....



*

No comments:

Post a Comment