Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Ibu

Lambat masukkan entry ni di sebabkan sindrom pelupa saya datang......kalau nak tau kisahnya boleh baca entry saya yang lepas.......

Kebetulan pula masa sambutan hari ibu hari tu jatuh pada hari peperiksaan, jadinya aktiviti nak buat hasil kraf sempena hari ibu terpaksalah ditangguhkan kehari lain......sepatutnya sambutan hari ibu dulu baru hari guru......tapi tak pe...walau macamana pun kita tetap akan buat.....

Apa yang budak-budak tu buat.....mari kita layan gambar......


Mula-mula kita terjah kelas 5 Amal dulu.....dah siap gunting......masing-masing tengah sibuk mewarna bahagian luar 'heart' tu.......


Bersungguh-sungguh si Ainy.....bewarna-warni......


Zakwan yang kidal.......


Masa ni saya masuk bilik saya kejap.....dengar pintu diketuk.....rupa-rupanya Ainy datang nak tunjukkan heart yang dibuatnya.....


Intai-intai kat kelas 5 Taqwa......masing-masing khusyuk mewarna......kertas lukisan tu dah siap diguting.....teacher rubi tolong guntingkan semua.....kalau suruh diorang gunting sendiri takut kena tangan katanya......


Ucapan yang Siti Aisyah tulis untuk ibunya......


Tak nampak pulak apa yang Aiman tulis pada kad dia.......


Lepas mengintai kelas 5 Taqwa tadi saya masuk kejap kelas 4 Mulia......ada yang tengah mewarna ada yang tengah tunggu heart diorang di potong oleh teacher intan......tak boleh bagi budak-budak 4 tahun ni pegang gunting.....bahaya.....tak pasal-pasal putus jari nanti......nauzubillah......


Turun bawah pulak......


Haikal Izwan.....budak 6 tahun yang paling kecik badannya....tapi lincahnya bukan main lagi....saiz badan macam budak 4 tahun......murid 4 tahun pun ada yang besar lagi dari dia......tapi hatinya terang.....tahun lepas masa usianya 5 tahun tak sampai 5 bulan kami ajar membaca, dia dah boleh membaca dengan lancar......


Apa saja la yang awak lukis tu Adam.....


Aqila Nazeefa......dia ni pantang jumpa kamera......mesti suruh saya snap hasil kerja dia.....


Diorang ni kan, apa yang teacher cakap itu je la yang diorang tulis......ye la kan...pemikiran budak 6 tahun......walaupun diorang dah pandai menulis dan membaca dengan lancar.....tapi mana reti nak mengarang surat lagi......


Warna jangan tak warna.......


Hasil kerja murid 6 Ilmu.......Kebanyakan ucapan ikut idea teacher......masing-masing tak sabar nak bagi pada ibu balik nanti.....




*

No comments:

Post a Comment