Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, May 7, 2011

Sains Eksperimen Kat Rumah Pulak

Minggu lepas adalah minggu sains eksperimen di tadika....semai biji kacang hijau.....


Beli kacang hijau sepeket....guna cuma setengah peket....jadi ada lebih banyak lagi....tak kan nak simpan sampai eksperimen untuk tahun depan pulak kan.....kebetulan pulak santan dan gula melaka ada kat rumah (kenapa orang panggil gula melaka ye....gula ni asalnya dari melaka ke)...santan dalam kotak pun ada...lepas masak nasik dan lauk pauk tadi terus la memulakan operasi untuk memasak bubur kacang......



Lepas cuci bersih-bersih, masukkan air pastu tenggekkan periuk atas api.......

Bila kacang dah kembang dan pecah-pecah....masukkan gula melaka, sedikit garam dan santan.....


Haaa...dah mendidih pun......




Siap dah sains eksperimen saya.....bubur kacang....kalau ada durian lagi terangkat ni....pastu apa lagi...KITA BEDAL DAAA......








No comments:

Post a Comment