Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, June 14, 2011

Happy Birthday Hafiq Irfan

Isnin 13 Jun 2011......hari pertama untuk semester 2......datang tadika dengan semangat baru......ada juga yang menangis bila sampai depan pagar tadika....mungkin dah lama sangat cuti mood nak ke sekolah masih belum mari lagi pagi-pagi Isnin ni....tapi yang menangis cuma 3-4 orang je.....tapi bila dah jumpa kawan senyap je budak-budak tu.....

Termasuk le si birthday boy ni.....melekat peluk mama dia masa datang tadika pagi tadi......tapi bila dah jumpa geng okey je dia....lupa terus pada mama dia......

Mula je sekolah dah ada yang sambut birthday di tadika.....murah rezeki budak-budak ni......birthday Muhammad Hafiq Irfan dari 4 Mulia......



Tu dia yang tercongok duduk kat kerusi tu la birthday boynye.....tengah gentel sapu tangan......masing-masing macam dah tau-tau je bila saya masuk kelas bawak bonjot plastik besar mesti ada yang sambut birthday......bila ada sambut birthday mesti dapat jajan......


Berkumpul sorang demi sorang ambil goodys.......


Masuk kelas 5 Amal pulak......


Teacher Za kena pegang si Irfan tu....tak boleh diam....kejap ke depan kejap ke belakang.......


Terbongkok-bongkok teacher rubi ambik goodys.....yang si Irfan tu tau bagi je.....ni masa kat kelas 5 Taqwa......


Gambar goyang la pulak......tepek je la.........


"Meh datang sini cepat....Irfan nak bagi jajan" teacher rubi.........


Yeay.....seronok dapat jajan.......


3 kelas kat atas dah dapat goodys......masa ni bagi goodys kat kelas 6 Ilmu......masing-masing dah sandang beg nak balik......boleh makan jajan dekat rumah......

Terima kasih Irfan sebab bagi jajan pada kawan-kawan di tadika......teacher-teacher pun dapat juga......




*

Saturday, June 11, 2011

Bukan Jalan-jalan Cari Makan

Semalam lepas sembahyang Jumaat hubby ajak pegi jalan-jalan cari tempat baru untuk bukak tadika cawangan ke 3.....tadika sekarang adalah cawangan pertama iaitu di Jalan PP2/17.....insyaallah kalau tuan rumah bagi kami menyewa rumah beliau saya akan bukak cawangan ke 2 di Putra Perdana juga......kemungkinan besar di Jalan 7......jadi mana-mana murid dari kawasan berdekatan dengan SK Taman Putra Perdana 1 bolehlah masuk di Tadika Islam Nur Haziq Jalan 7......apa-apa pun saya berharap agar tuan rumah membenarkan saya menyewa rumah beliau......agak susah nak mencari rumah lot tepi yang berhalaman luas......

Cawangan ke 3 akan dibuka luar dari kawasan Putra Perdana......saya cadang bukak cawangan ke 2 di Putra Perdana sebab permintaan yang menggalakkan.....macam tahun ni saya terpaksa menolak permohonan dari ibu bapa yang mendaftar lambat sebab tadika dah penuh......jadi tahun hadapan saya tak nak mengecewakan mana-mana ibu bapa yang datang mendaftar di tadika ni.......rumah yang ada sekarang kecik tak dapat nak menampung pelajar yang ramai.....

Jadi mana-mana ibu yang berminat nak jadi guru tadika boleh contact saya ye.....saya akan bagi keutamaan pada mereka yang tinggal di Putra Perdana......kenapa saya letak syarat macam tu?......sebab saya tak nak ada alasan staff saya masuk lambat sebab jalan jem atau kenderaan rosak....kalau duduk dekat-dekat sini je tak mungkin sangkut dalam jem.....kalau kenderaan rosak boleh call kawan satu tempat kerja pastu tumpang je diorang.....tumpang saya pun boleh sekali-sekala sebab saya pun duduk kat Putra Perdana.....saya perlukan 5 orang guru untuk tahun depan......permohonan untuk menjadi guru di tadika ini dibuka mulai sekarang.......


Kami pergi meninjau ke Taman Saujana Putra.....snap gambar dari dalam kereta......


Boleh tahan juga harga tol dari Putra Perdana ke Saujana Putra....tak la jauh mana pun.....RM2.20 kau......

Taman tu memang luas dan dari apa yang saya tengok memang mejoriti penduduknya orang Melayu......buat masa ni saya tengok penduduk kat situ masih tak ramai yang pindah masuk rumah diorang lagi......kebanyakan rumah pun masih dalam pembinaan lagi.....yang dah ramai penduduk dan rumah yang dah siap sepenuhnya adalah apartment.....

Nanti nak pegi survey tempat lain pulak......




*

Thursday, June 9, 2011

Servicenya Memang TERBAIKKKK.....

Lama juga saya tak update blog.....balik kampung lagi....cuti sekolah ni berulang alik ke kampung sebab abah sakit....sebulan lepas dia kena strok peringkat awal.....masa mula-mula dia kena waktu tu sepupu saya datang ke rumah abah, masa tengah sembang-sembang sambil abah tengah duduk dekat kerusi meja makan tiba-tiba seluruh badan abah jadi lemah dan terjatuh dari kerusi....keesokan harinya baru di bawa ke hospital sebab sebelah bahagian badan abah dah tak boleh bergerak dan tak boleh bercakap....sampai di hospital doktor mengesahkan abah kena strok peringkat awal.....abah ada sakit darah tinggi dan kencing manis yang kuat.....disebabkan itu darah abah jadi pekat dan buah pinggangnya juga dikuatiri akan jadi rosak......

Balik kampung kali ni saya tengok ada perubahan sikit pada abah....makin beransur sihat.....dah boleh gerakkan tangan sikit-sikit...dah boleh bercakap macam biasa.....minggu lepas lidahnya masih kelu lagi.....tapi masih tak de selera makan.....badan pun makin susut......

Disebabkan abah tak makan.....sembelit le jadinya.....bila dah sembelit kepala pening.....abah mintak saya pegi klinik kesihatan.....siap pesan tak nak ubat dari klinik swasta atau klinik lain.....nanti tak serasi....tu la kan, orang tua ni macam tu la perangainya....walaupun ubat tu sama tapi kalau dah klinik lain tetap dia kata tak sama.......

Jadinya saya dan kakak pegi la klinik kesihatan yang abah cakapkan tu....kali ni saya balik kg dengan kakak je masing-masing tinggalkan anak dengan suami di Puchong, yang kakak kat Shah Alam.....dah dia tinggal kat Shah Alam tak kan tinggalkan anak dengan suami kat Puchong pulakkan.....

Cakap dengan kakak "boleh ke kita pegi klinik ambik ubat je tak bawak abah sekali ni....kalau klinik swasta memang le boleh ni klinik kerajaan, cemana haaa"......kakak jawab "ntah le, kita try le dulu"........


Ni la kliniknya.....ni kali pertama saya jejakkan kaki di klinik ni.....mesti orang pelik kata kampung sendiri tapi apasal ni baru kali pertama jejak kan kaki di klinik ni...saya asal memang dari puchong....bila abah dah tak kerja dia pindah ke sana sebab nak tukar angin....tu la pasal selok belok kawasan tu saya tak berapa tau....abah pindah sana baru 11 tahun....


Masa kami sampai tu masih lagi lunch hour sebenarnya....konon-kononnya tak nak Q panjang......


Tapi apa yang mengejutkan saya, kat situ saya dilayan sepenuhnya dan layanannya memang terbaik....walaupun masa tu waktu lunch diorang tapi diorang tetap layan saya....dah la masa saya nak daftar tu tak bawak kad cuma bawak IC abah je tapi mereka bersusah payah mencari buku rekod abah.....cari punya cari tak jumpa pulak....pastu saya cakap la yang abah dirujuk dari hospital Teluk Intan ke klinik ni.....baru la nurse tu cari kadnya di kabinet lain....lepas tu saya pergi la duduk di tempat menunggu sebab diorang tak boleh bagi ubat sesuka hati..saya perlu jumpa dengan pegawai perubatan di situ dulu.......

Beberapa ketika, datang seorang nurse bagi saya nombor giliran.....terkejut saya....nurse tu datang pada saya dan bagi nombor giliran pada saya.....kalau klinik kesihatan kat sini ntah la.....nak ke diorang buat camtu....dah la datang lunch time....kena bebel lagi ada la agaknya....saya memang dilayan sebaiknya....staff disitu memang ramah dan ringan tulang.....memang tak mengecewakan......patut la umi dengan abah tak pegi klinik swasta sebab survice kat klinik kerajaan di situ memang cekap dan mesra......saya memang kagum dan agak jakun pulak.....saya pernah juga beberapa kali sebelum ni pergi dapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan di sini....tapi amatlah mengecewakan.....selain daripada survice mereka yang lembab staff nya pulak sombong........


Ni kaunter ambil ubat.....masa mula-mula saya sampai saya terus terjah kaunter ni....lepas tu nurse kat sini siap bawak saya pegi kaunter pendaftaran......bukan suruh saya pegi sendiri......sungguh baik nurse di situ (jakun lagi)......


Saya jumpa dengan pegawai perubatannya di bilik nombor 3 tu.....namanya Encik Fadil kalau tak silap saya......ramah dan tak jemu melayan pertanyaan saya......masa dia tunjukkan rekod perubatan abah pada saya.....saya suruh dia explain......ye la kan mana saya faham istilah-istilah perubatan ni.....dia melayan saya dan kakak dengan mesra dan berbudi bahasa.......


Kaunter pendaftaran....saya snap gambar ni waktu nak keluar dari klinik...ubat pun dah dapat.....tak ramai lagi orang sebab jam kat dinding baru menunjukkan pukul 2.25 petang....lama jugak saya jumpa pegawai perubatan tu tadi dari sebelum pukul 2..

Apa pun saya amat-amat berterima kasih pada kakitangan di situ.....menurut abah Encik Fadil tu pernah datang sendiri merawat abah di rumah sebab masa lepas keluar hospital abah tak larat nak pegi klinik sendiri jadi En. Fadil tu yang datang......

Saya begitu kagum dengan layanan yang mereka beri pada saya......kalau la semua klinik kerajaan dan hospital kerajaan mengamalkan sikap seperti kakitangan klinik kesihatan langkap ni alangkah bagusnya......tak payah la keluarkan duit banyak-banyak untuk dapatkan rawatan yang terbaik di klinik atau hospital swasta....





*

Monday, June 6, 2011

Makan Je La Kerjanya.....

Saya dengan suami memang suka makan....kalau hari Ahad rancangan yang dinanti-nanti adalah Jalan-jalan Cari Makan....tapi minggu ni dah tak de dah rancangan tu....dah ditukar dengan rancangan deco-deco ruang tamu tu....apa ke tajuk rancangan tu eekkk.....sentuhan selebriti kot.....kalau pegi bercuti pun suka cari tempat makan yang best-best......sebelum makan tak ingat apa....tapi bila dah lepas makan baru rasa menyesal......takut bertambah gemuk la, takut kena banyak penyakit la....tapi masa tengah ngap makanan tu tak ingat.....

Dari Puchong kami pergi sampai ke Nilai mencari makanan...sanggup tu.....tapi bukan semata-mata pasal makan je ke sana.....sebenarnya saya nak ke PPD Sepang ada kerja sikit.....tapi apa-apa hal kena isi perut dulu....PPD Sepang dengan Nilai memang tak jauh....walaupun dah kira lain negeri tapi tak sampai 10 minit dari Sepang kita dah boleh sampai ke Nilai......


Ni la nama restorannya......Nasi Kandar Lawood.......nasi kandar bercitarasa selera Melayu....ni bukan nasi kandar mamak tau......


Kami sampai lebih kurang pukul 1.30 tgh hr.....tempat duduk dah penuh.....


Melilau mata mencari tempat duduk....akhirnya dapat juga.....kat tepi dinding....tak kisah la tu janji dapat tempat....hubby tengah beratur ambik makanan....nak ambik makanan beratur......nak cuci tangan pun beratur.....memang ramai betul pelanggan kat restoran ni.....tak payah nak deco dalam restoran pelik-pelik pun....pelanggan berduyun-duyun datang.......


Hidangan untuk kami sekeluarga......


Yang ni saya punya.......mak aiihhhh.....setimbun........masa makan tadi macam tak perasan pulak....tu ayat nak sedapkan hati sendiri sebenarnya tu.....


TENGOOOKKKK.......yang tinggal tulang tu pinggan saya.......tu pun tadi rembat 3 jemput nasi Qash & seketul ayam kakak dengan alasan sayang jangan membazir......

Bbbrrrppp......alhamdulillah.......



Yang ni pun ada jual kat situ.....ambik jugak nak rasa.....sepeket RM2.80.....kira murah la sikit dari kedai mesra petronas........


Jam MILO kat dinding tu dah menunjukkan pukul 2.45 ptg....tapi masih ramai lagi yang beratur untuk mengambil makanan......memang laris betul perniagaannya.....nak bayar pun kena beratur panjang jugak.....

Dan dan encik suami nak bukak restoran nasi kandar jugak......"alah ayah (ni panggilan manja saya panggil suami) tahun depan kan nak bukak 2 branch sekali gus, ada ke masa nak handle restoran pulak" saya kata kat dia....dia jawab"ikut saya semua saya nak buat"......"ye la tu" saya jawab balik......



Ni masa dah nak balik....melenggang-lenggang kangkung membawa perut yang berat berisi nasi kandar......meyempat lagi tu snap gambar....agaknya orang yang ada kat situ pelik apa kena la dengan dia ni tangkap gambar sana, tangkap gambar sini.....aahhh....lantak la...diorang bukan tau kegilaan saya.....

Restorannya di bawah rumah flat je.....di bawah memang deretan kedai...kat atas rumah.....saya cakap kat hubby "huuiiisshhh....jenuh orang atas tu menghidu bau masakan nasi kandar tiap-tiap hari"......agaknya dah terlampau kenyang, suami saya tak jawab apa-apa cuma mengangguk je.....


Kat sini la tempatnya......mana la tau kot-kot ada yang teringin nak pegi.....

****Intan....ni dah tak jauh dari rumah baru ko tu.....sambil-sambil kalo nak nengok rumah boleh la try makan kat sini....



Sekolah ni betul-betul berhampiran dengan rumah flat tu......


Lepas makan terus pegi PPD Sepang.....salam dengan pegawai kat situ tadi tangan bau kari daaa......memang melekat bau karinya....punya la lama cuci tangan tadi tapi tak tanggal baunya.....

Sementara tu hubby dengan anak-anak pegi masjid dulu, solat.....


Lepas selesai urusan saya kat situ terus berdesup pegi Cyberjaya......



Pegi sini......tujuannya nak booking dewan untuk sukan pada 17 Julai nanti......kat sini tak lama....kejap je....anak-anak pakat tido dalam kereta jadi hubby sorang yang naik ke pejabat.....


Masa nak keluar dari situ ternampak pulak penguatkuasa majlis tengah berkawat......sambil hubby drive sempat jugak tu saya snap gambar.....nasib baik gambar tak goyang tapi kecik sebab jauh....dah habis zoom dah ni......suruh hubby berentikan kereta dia tak nak pulak.....


Rupa-rupanya diorang pun kena berkawat jugak ye.....kalau polis dengan askar tu memang la berkawat....budak tadika pun tau......ke orang lain memang dah tau saya je yang baru tau......




*

Saturday, June 4, 2011

Apa Cer Hari Ni.....

Keluar tengah hari......macam-macam benda yang nak dicari....mula-mula cari kain ela dulu nak buat uniform tadika yang baru untuk Qash.....saiz yang ada dah tak cukup besar....kena tempah kat mak ngah dia....perkara pertama dah sattle.....

Lepas tu pegi bank.....bank in gaji staff....

Perut dah berbunyi-bunyi.....bukan lagu keroncong je...macam-macam lagu dah keluar.....pagi tadi cuma breakfast potato wedges je......tengok jam dah pukul 3 ptg mana taknye kelaparan......

Pegi la restoran nasi arab dekat bandar baru bangi......dah beberapa kali baca di blog rakan-rakan yang mengatakan nasi arab sedap.....tadi pegi la try.....tapi bagi tekak saya dan suami kami sebulat suara mengatakan nasi arab ni biasa-biasa je....kami lebih suka lagi makan kat restoran nasi beriani ghazal.....sedap dan harga juga berpatutan......mungkin kami ni biasa makan makanan yang pedas....bila makan nasi arab rasa macam makanan yang tak de rasa......tapi tak tau la kalau nasi arab kat restoran lain sedap........


Ni yang saya order......lupa pulak apa namanya.......lauknya kat dalam alumunium foil tu.....ayamnya di stim.....tak berapa kena dengan selera saya...ayamnya terlampau lembik.....bukan lembut tapi dah sampai ke tahap lembik.......


Ni yang kami makan.......suami saya ambik lauk kambing....kambingnya dimasak sekali dengan nasi......kambingnya rasa tawar.....Qash dengan kakak punya ayam di bakar......yang ni ayamnya tak lembik tapi masih rasa tawar juga.....tawar yang saya maksudkan tu bukannya tawar garam sahaja tapi tak terasa langsung rempah ratusnya.....seperti ayam yang dibakar atau distim tak diletak apa-apa perasa......

Sudah tentu penyakit darah tinggi tak de dalam kamus hidup tuan punya dan ahli keluarga pemilik restoran ni.......



Apa pun alhamdulillah......kenyang juga kami sekeluarga makan makanan tawar kat situ.....memang kami tawar hati nak datang situ lagi.....

Lepas makan kami terus pegi cari barang hubby.......kehulu kehilir....pusing sana pusing sini...sampai anak-anak boring dan merungut....bila sampai waktu solat, singgah masjid untuk solat......pastu sambung pencarian lagi......

Hampir pukul 8 malam baru selesai pencarian......dan saya pun tak pasal-pasal juga terbeli......memang dah lama merengek kat hubby suruh belikan sebab tahun lepas beli sendiri tapi tak sesuai......apa benda lah yang saya terbeli tu agaknya......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ni la dia bendanya........tahun lepas beli sendiri brand lain......tak selesa pakai......hujung kaki dan tapak kaki jadi sakit......pergelangan kaki pun jadi sakit bila pakai lama.....kali ni hubby cakap kalau nak beli biarlah brand yang elok sikit......brand tu tak jadi hal juga sebenarnya tapi apa yang penting kalau nak beli kasut sukan ni kita mesti tau tujuannya untuk apa....kalau untuk aerobik.....belilah yang sesuai untuk aerobik...macam hubby saya dia nak guna untuk main badminton jadi dia beli yang untuk main badminton......yang saya beli ni sesuai untuk dua acara iaitu aerobik dan jogging.....yang sebelum ni saya beli main bantai beli je ikut yang berkenan di hati konon-kononnya....sekalinya pakai lama sikit kaki jadi sakit......

Ni apa hal pulak saya beli kasut sukan......insyaallah tadika akan adakan sukan pada 17 Julai nanti.....pasal tu la saya dok sibuk beli kasut sukan ni......

Kepada ibu bapa yang mengikuti blog saya ni bersiap sedia la ye beli kasut sukan jugak sebab nanti bukan anak-anak je yang bersukan....mak bapak pun kena turun padang sekali ye....acara untuk parents lagi mencabar......tahun lepas ada acara isteri gendong suami kat belakang.....tahun ni tengok pada undian teacher-teacher....kalau mereka bersetuju makanya acara tu akan diteruskan.......mula pada hari ni bolehla suruh cik abang kurangkan makan supaya ringan badan tu nanti.....jadi tak la patah tulang belakang isteri nak gendong encik suami......kalau ibu-ibu rasa nak pakai high heel tunggu masa hari konvo nanti ye.....heheh......

Apa-apa pun tunggu surat pekeliling dari saya........







*

Friday, June 3, 2011

Bila Rasa Marah

Bagi mereka yang bekerja bukan sebagai guru.....cuti sekolah adalah seperti hari-hari biasa juga....tetap kena pergi kerja seperti biasa.......bagi cikgu-cikgu masa cuti sekolah adalah waktu rehat sepenuhnya......bagi kaum wanita masa begini sudah semestinya diluangkan untuk mengemas rumah dan bersama anak-anak......macam saya tadi saja bawak anak-anak pegi giant sambil beli barang lepas tu bawak diorang main kat playground kat giant tu.....saja nak happy kan diorang....kalau duduk rumah tengok tv, main game, main internet......tu je la kerjanya.....lepas tu menyepah......

Sebut pasal menyepah ni, memang dah menjadi perkara biasa kan....bila ada anak kecik susah nak tengok rumah kemas......macam saya ni 2 orang anak perempuan.....bila diorang mula main masak-masak habis satu rumah bersepah dengan mainan masak-masak diorang tu.....nak main keluarkan segala harta benda pandai....lepas tu bila dah habis main masing-masing tak reti nak kemas.....tu yang nak membebel je jadinya.....kadang-kadang membebel je tak jalan dah...keluar hanger baru kelam-kabut nak kemas......sabar je la......gertak je tu.......


Pagi tadi tengah mengemas buku-buku yang disepahkan si Qash, saya terpandang pada satu majalah ni.....ada tertulis disitu doa menghilangkan marah......sesuai betul untuk saya masukkan dalam entry saya kali ni.....ye la kan waktu cuti sekolah ni saya rasa ramai para-para ibu yang nak menyinga je setiap hari....jadi boleh la amalkan doa ni.....saya dapat doa ni dari majalah aulad....tapi bukan bulan ni punya......anak-anak saya memang suka majalah kanak-kanak islamiah macam ni......ada macam-macam lagi majalah kanak-kanak yang bercirikan keislaman di pasaran.....kita yang dewasa ni pun boleh tumpang sekaki baca.....banyak doa-doa yang ditulis dalam majalah tu.......setiap bulan doa-doanya berlainan.......




Apa pun jangan cepat marah nanti lekas tua......

Jangan marah aaaaa....nanti kena jual......(3 Abdul).....




*

Thursday, June 2, 2011

Bila Sekolah Cuti

Tadi masa tengah melepak dengan anak-anak kat rumah sambil tengok tv ada dua tiga ekor burung kecik-kecik tak tau pulak spesis apa datang bertandang kat balkoni rumah ni......

Terlintas di fikiran ni secara tiba-tiba teringatkan gagak yang selalu ada kat belakang kantin tadika tu....gagak-gagak tu bila nampak je budak-budak melepak kat kantin, datang la mereka ini beramai-ramai mengendeng-ngendeng....kalau ada rezeki dapat la makanan......masuk hari ni dah 6 hari cuti....dah 6 hari juga la gagak-gagak tu tak dapat makanan yang sedap-sedap.......



Gambar ni diambil masa sebelum cuti sekolah........3 ekor gagak tengah makan bihun goreng.......


Nasik lemak pun ada jugak........


Makin lama makin banyak......bawak geng makan sekali......

Masa jamuan hari guru hari tu lagi la mewah gagak-gagak ni dapat makanan......budak-budak makan tak habis kami bagi pada gagak-gagak tu......dari dibuang dalam tong sampah macam tu je.....

Ingat esok kalau rajin nak pegi jenguk tadika kejap.......nak ambik rekod kedatangan guru.....nak masukkan gaji......







*

Wednesday, June 1, 2011

CuTi SeKoLaH DaTaNg LaGi

Dah 5 hari cuti baru nak cerita pasal cuti sekolah......tak kisah lah......nak update jugak pasal cuti sekolah......walaupun dah ramai yang balik dari bercuti.......termasuk la saya sendiri dah balik dari kampung baru nak cerita pasal cuti sekolah......



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieZKGxBXoYLcsNVkFzFaAtw6IDWYaD38fWfOB6KH1ffWszzYBMXn4TBPtb6HRa2_jdZAlf5SS65cDoeNVev80Q0m_sTHS5TPuk1VqU2vZ3DIoA1E3YVjVge0hM09y-04ojaKF8InBKr9LJ/s320/early+holiday+cartoon.jpg
***gambar sumber dari google***

Mesti ramai yang seronok bila cuti sekolah....budak sekolah dah tentu la seronok......cikgu -cikgu pun seronok jugak......tapi ada juga sesetengah para ibu yang tak berapa nak seronok.....apasal pulak......pasal rumah jadi serabut.....anak-anak dok buat bising kejap-kejap gaduh, kejap-kejap mengadu kakak buat la, adik kacau la, macam-macam la lagi aduan.....yang pastinya setiap hari pagi-pagi lagi dah kena masak.....bila anak-anak bangun je selalunya terus mintak makan tanya mama masak apa.....perkara seperti ini akan dihadapi oleh para suri rumah sepenuh masa
......

Bagi ibu-ibu yang bekerjaya mungkin akan rasa seronok pada musim cuti sekolah ni sebab bila balik kerja tak payah nak bising-bising suruh anak tengok time table, buat homework dan tak payah nak gosok baju sekolah yang menimbun....cuma gosok baju sendiri dengan baju hubby je.....jalan pun tak berapa sesak......macam kakak saya dia cukup suka kalau cuti sekolah sebab jalan kat depan rumah dia tak sesak.....sebab rumahnya betul-betul berhadapan dengan sekolah menengah......nak keluar dari depan rumah sendiri pun ambil masa sampai 15-20 minit baru lepas ke jalan besar.....sebelum ke pejabat kena tempuh jem kat depan rumah sendiri dulu......




http://www.picturesof.net/_images_300/Cartoon_Child_Doing_Math_Homework_Royalty_Free_Clipart_Picture_090819-230024-861048.jpg
***gambar sumber dari google***


Pada murid-murid jangan lupa ye, cuti....cuti jugak......homework yang teacher bagi kena la siapkan.....

Selamat bercuti pada semua.......






*

Haziq Aiman Pindah

Ni cerita hari Jumaat lepas 27 Mei 2011......lambat update pasal hari Sabtu hingga Selasa balik kampung.....

Hujan lebat dari awal pagi lagi......dalam hati saya berkata, alamatnya ramai la yang tak datang sekolah hari ni.....memang betul pun.....

Esok dah mula cuti sekolah....nampak gayanya hari ni adalah hari akhir Muhammad Haziq Aiman bersekolah di sini....dia berpindah ke Johor disebabkan ayahnya akan bertugas di sana.....kurang seorang hiro kelas 6 Ilmu.......


Pemberian dari ayah Haziq Aiman......cukup untuk semua teacher.......


Mula-mula mesti bagi pada guru kelas sendiri dulu......


Lepas tu bagi pada principal pulak.......


Bagi pada teacher intan.......


Teacher Rubi pun dapat........


Teacher Za......

Haziq ni sebenarnya murid yang memang aktif dan tak boleh duduk diam bila di tadika....tetapi pada hari akhir dia di sini saya nampak kelakuannya berubah....dia pun dah besar dan faham yang dia tak akan bersekolah di tadika ni lagi......ntah bila la agaknya dapat jumpa lagi dengan teacher dan kawan-kawannya......jelas kelihatan muka sedihnya.......


Sebelum balik, bersalam-salaman dengan kawan-kawan.......masing-masing ucapkan selamat jalan pada haziq aiman......


Salam dengan Omar.......ni kawan baik dia ni.......sama-sama balik ke taska sebelah bila lepas waktu sekolah........


Adam yang pening kepala......siap berkoyok-koyok bagai......


Salam dengan kawan-kawan kelas 5 Taqwa pulak.....


Eehh.....tadi sedih.....ni apasal gelak ria pulak........


Salam dengan kawan-kawan kelas 5 Amal......


Salam dengan kawan-kawan kelas 4 Mulia.....mula-mula salam teacher intan dulu.....


Ni la dia cenderahati dari Haziq Aiman......lilin wangi......terima kasih teacher ucapkan.......

Teacher harap Haziq Aiman belajar rajin-rajin walau di mana juga haziq bersekolah....kalau rindu dengan kami semua di Tadika Islam Nur Haziq rajin-rajin la datang bertandang ke blog teacher ni yee......





*