Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, June 2, 2011

Bila Sekolah Cuti

Tadi masa tengah melepak dengan anak-anak kat rumah sambil tengok tv ada dua tiga ekor burung kecik-kecik tak tau pulak spesis apa datang bertandang kat balkoni rumah ni......

Terlintas di fikiran ni secara tiba-tiba teringatkan gagak yang selalu ada kat belakang kantin tadika tu....gagak-gagak tu bila nampak je budak-budak melepak kat kantin, datang la mereka ini beramai-ramai mengendeng-ngendeng....kalau ada rezeki dapat la makanan......masuk hari ni dah 6 hari cuti....dah 6 hari juga la gagak-gagak tu tak dapat makanan yang sedap-sedap.......



Gambar ni diambil masa sebelum cuti sekolah........3 ekor gagak tengah makan bihun goreng.......


Nasik lemak pun ada jugak........


Makin lama makin banyak......bawak geng makan sekali......

Masa jamuan hari guru hari tu lagi la mewah gagak-gagak ni dapat makanan......budak-budak makan tak habis kami bagi pada gagak-gagak tu......dari dibuang dalam tong sampah macam tu je.....

Ingat esok kalau rajin nak pegi jenguk tadika kejap.......nak ambik rekod kedatangan guru.....nak masukkan gaji......







*

1 comment: