Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, June 1, 2011

Haziq Aiman Pindah

Ni cerita hari Jumaat lepas 27 Mei 2011......lambat update pasal hari Sabtu hingga Selasa balik kampung.....

Hujan lebat dari awal pagi lagi......dalam hati saya berkata, alamatnya ramai la yang tak datang sekolah hari ni.....memang betul pun.....

Esok dah mula cuti sekolah....nampak gayanya hari ni adalah hari akhir Muhammad Haziq Aiman bersekolah di sini....dia berpindah ke Johor disebabkan ayahnya akan bertugas di sana.....kurang seorang hiro kelas 6 Ilmu.......


Pemberian dari ayah Haziq Aiman......cukup untuk semua teacher.......


Mula-mula mesti bagi pada guru kelas sendiri dulu......


Lepas tu bagi pada principal pulak.......


Bagi pada teacher intan.......


Teacher Rubi pun dapat........


Teacher Za......

Haziq ni sebenarnya murid yang memang aktif dan tak boleh duduk diam bila di tadika....tetapi pada hari akhir dia di sini saya nampak kelakuannya berubah....dia pun dah besar dan faham yang dia tak akan bersekolah di tadika ni lagi......ntah bila la agaknya dapat jumpa lagi dengan teacher dan kawan-kawannya......jelas kelihatan muka sedihnya.......


Sebelum balik, bersalam-salaman dengan kawan-kawan.......masing-masing ucapkan selamat jalan pada haziq aiman......


Salam dengan Omar.......ni kawan baik dia ni.......sama-sama balik ke taska sebelah bila lepas waktu sekolah........


Adam yang pening kepala......siap berkoyok-koyok bagai......


Salam dengan kawan-kawan kelas 5 Taqwa pulak.....


Eehh.....tadi sedih.....ni apasal gelak ria pulak........


Salam dengan kawan-kawan kelas 5 Amal......


Salam dengan kawan-kawan kelas 4 Mulia.....mula-mula salam teacher intan dulu.....


Ni la dia cenderahati dari Haziq Aiman......lilin wangi......terima kasih teacher ucapkan.......

Teacher harap Haziq Aiman belajar rajin-rajin walau di mana juga haziq bersekolah....kalau rindu dengan kami semua di Tadika Islam Nur Haziq rajin-rajin la datang bertandang ke blog teacher ni yee......





*

No comments:

Post a Comment