Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, June 9, 2011

Servicenya Memang TERBAIKKKK.....

Lama juga saya tak update blog.....balik kampung lagi....cuti sekolah ni berulang alik ke kampung sebab abah sakit....sebulan lepas dia kena strok peringkat awal.....masa mula-mula dia kena waktu tu sepupu saya datang ke rumah abah, masa tengah sembang-sembang sambil abah tengah duduk dekat kerusi meja makan tiba-tiba seluruh badan abah jadi lemah dan terjatuh dari kerusi....keesokan harinya baru di bawa ke hospital sebab sebelah bahagian badan abah dah tak boleh bergerak dan tak boleh bercakap....sampai di hospital doktor mengesahkan abah kena strok peringkat awal.....abah ada sakit darah tinggi dan kencing manis yang kuat.....disebabkan itu darah abah jadi pekat dan buah pinggangnya juga dikuatiri akan jadi rosak......

Balik kampung kali ni saya tengok ada perubahan sikit pada abah....makin beransur sihat.....dah boleh gerakkan tangan sikit-sikit...dah boleh bercakap macam biasa.....minggu lepas lidahnya masih kelu lagi.....tapi masih tak de selera makan.....badan pun makin susut......

Disebabkan abah tak makan.....sembelit le jadinya.....bila dah sembelit kepala pening.....abah mintak saya pegi klinik kesihatan.....siap pesan tak nak ubat dari klinik swasta atau klinik lain.....nanti tak serasi....tu la kan, orang tua ni macam tu la perangainya....walaupun ubat tu sama tapi kalau dah klinik lain tetap dia kata tak sama.......

Jadinya saya dan kakak pegi la klinik kesihatan yang abah cakapkan tu....kali ni saya balik kg dengan kakak je masing-masing tinggalkan anak dengan suami di Puchong, yang kakak kat Shah Alam.....dah dia tinggal kat Shah Alam tak kan tinggalkan anak dengan suami kat Puchong pulakkan.....

Cakap dengan kakak "boleh ke kita pegi klinik ambik ubat je tak bawak abah sekali ni....kalau klinik swasta memang le boleh ni klinik kerajaan, cemana haaa"......kakak jawab "ntah le, kita try le dulu"........


Ni la kliniknya.....ni kali pertama saya jejakkan kaki di klinik ni.....mesti orang pelik kata kampung sendiri tapi apasal ni baru kali pertama jejak kan kaki di klinik ni...saya asal memang dari puchong....bila abah dah tak kerja dia pindah ke sana sebab nak tukar angin....tu la pasal selok belok kawasan tu saya tak berapa tau....abah pindah sana baru 11 tahun....


Masa kami sampai tu masih lagi lunch hour sebenarnya....konon-kononnya tak nak Q panjang......


Tapi apa yang mengejutkan saya, kat situ saya dilayan sepenuhnya dan layanannya memang terbaik....walaupun masa tu waktu lunch diorang tapi diorang tetap layan saya....dah la masa saya nak daftar tu tak bawak kad cuma bawak IC abah je tapi mereka bersusah payah mencari buku rekod abah.....cari punya cari tak jumpa pulak....pastu saya cakap la yang abah dirujuk dari hospital Teluk Intan ke klinik ni.....baru la nurse tu cari kadnya di kabinet lain....lepas tu saya pergi la duduk di tempat menunggu sebab diorang tak boleh bagi ubat sesuka hati..saya perlu jumpa dengan pegawai perubatan di situ dulu.......

Beberapa ketika, datang seorang nurse bagi saya nombor giliran.....terkejut saya....nurse tu datang pada saya dan bagi nombor giliran pada saya.....kalau klinik kesihatan kat sini ntah la.....nak ke diorang buat camtu....dah la datang lunch time....kena bebel lagi ada la agaknya....saya memang dilayan sebaiknya....staff disitu memang ramah dan ringan tulang.....memang tak mengecewakan......patut la umi dengan abah tak pegi klinik swasta sebab survice kat klinik kerajaan di situ memang cekap dan mesra......saya memang kagum dan agak jakun pulak.....saya pernah juga beberapa kali sebelum ni pergi dapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan di sini....tapi amatlah mengecewakan.....selain daripada survice mereka yang lembab staff nya pulak sombong........


Ni kaunter ambil ubat.....masa mula-mula saya sampai saya terus terjah kaunter ni....lepas tu nurse kat sini siap bawak saya pegi kaunter pendaftaran......bukan suruh saya pegi sendiri......sungguh baik nurse di situ (jakun lagi)......


Saya jumpa dengan pegawai perubatannya di bilik nombor 3 tu.....namanya Encik Fadil kalau tak silap saya......ramah dan tak jemu melayan pertanyaan saya......masa dia tunjukkan rekod perubatan abah pada saya.....saya suruh dia explain......ye la kan mana saya faham istilah-istilah perubatan ni.....dia melayan saya dan kakak dengan mesra dan berbudi bahasa.......


Kaunter pendaftaran....saya snap gambar ni waktu nak keluar dari klinik...ubat pun dah dapat.....tak ramai lagi orang sebab jam kat dinding baru menunjukkan pukul 2.25 petang....lama jugak saya jumpa pegawai perubatan tu tadi dari sebelum pukul 2..

Apa pun saya amat-amat berterima kasih pada kakitangan di situ.....menurut abah Encik Fadil tu pernah datang sendiri merawat abah di rumah sebab masa lepas keluar hospital abah tak larat nak pegi klinik sendiri jadi En. Fadil tu yang datang......

Saya begitu kagum dengan layanan yang mereka beri pada saya......kalau la semua klinik kerajaan dan hospital kerajaan mengamalkan sikap seperti kakitangan klinik kesihatan langkap ni alangkah bagusnya......tak payah la keluarkan duit banyak-banyak untuk dapatkan rawatan yang terbaik di klinik atau hospital swasta....





*

No comments:

Post a Comment