Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, June 11, 2011

Bukan Jalan-jalan Cari Makan

Semalam lepas sembahyang Jumaat hubby ajak pegi jalan-jalan cari tempat baru untuk bukak tadika cawangan ke 3.....tadika sekarang adalah cawangan pertama iaitu di Jalan PP2/17.....insyaallah kalau tuan rumah bagi kami menyewa rumah beliau saya akan bukak cawangan ke 2 di Putra Perdana juga......kemungkinan besar di Jalan 7......jadi mana-mana murid dari kawasan berdekatan dengan SK Taman Putra Perdana 1 bolehlah masuk di Tadika Islam Nur Haziq Jalan 7......apa-apa pun saya berharap agar tuan rumah membenarkan saya menyewa rumah beliau......agak susah nak mencari rumah lot tepi yang berhalaman luas......

Cawangan ke 3 akan dibuka luar dari kawasan Putra Perdana......saya cadang bukak cawangan ke 2 di Putra Perdana sebab permintaan yang menggalakkan.....macam tahun ni saya terpaksa menolak permohonan dari ibu bapa yang mendaftar lambat sebab tadika dah penuh......jadi tahun hadapan saya tak nak mengecewakan mana-mana ibu bapa yang datang mendaftar di tadika ni.......rumah yang ada sekarang kecik tak dapat nak menampung pelajar yang ramai.....

Jadi mana-mana ibu yang berminat nak jadi guru tadika boleh contact saya ye.....saya akan bagi keutamaan pada mereka yang tinggal di Putra Perdana......kenapa saya letak syarat macam tu?......sebab saya tak nak ada alasan staff saya masuk lambat sebab jalan jem atau kenderaan rosak....kalau duduk dekat-dekat sini je tak mungkin sangkut dalam jem.....kalau kenderaan rosak boleh call kawan satu tempat kerja pastu tumpang je diorang.....tumpang saya pun boleh sekali-sekala sebab saya pun duduk kat Putra Perdana.....saya perlukan 5 orang guru untuk tahun depan......permohonan untuk menjadi guru di tadika ini dibuka mulai sekarang.......


Kami pergi meninjau ke Taman Saujana Putra.....snap gambar dari dalam kereta......


Boleh tahan juga harga tol dari Putra Perdana ke Saujana Putra....tak la jauh mana pun.....RM2.20 kau......

Taman tu memang luas dan dari apa yang saya tengok memang mejoriti penduduknya orang Melayu......buat masa ni saya tengok penduduk kat situ masih tak ramai yang pindah masuk rumah diorang lagi......kebanyakan rumah pun masih dalam pembinaan lagi.....yang dah ramai penduduk dan rumah yang dah siap sepenuhnya adalah apartment.....

Nanti nak pegi survey tempat lain pulak......




*

1 comment:

  1. wahhh congrats to both of u...!!! memang berbaloi caiyok2!! bkakla satu branch kt usj21 dekat2 MOY tu ok what...bole aku anta anak kesana nnt!

    ReplyDelete