Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, June 1, 2011

CuTi SeKoLaH DaTaNg LaGi

Dah 5 hari cuti baru nak cerita pasal cuti sekolah......tak kisah lah......nak update jugak pasal cuti sekolah......walaupun dah ramai yang balik dari bercuti.......termasuk la saya sendiri dah balik dari kampung baru nak cerita pasal cuti sekolah......



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieZKGxBXoYLcsNVkFzFaAtw6IDWYaD38fWfOB6KH1ffWszzYBMXn4TBPtb6HRa2_jdZAlf5SS65cDoeNVev80Q0m_sTHS5TPuk1VqU2vZ3DIoA1E3YVjVge0hM09y-04ojaKF8InBKr9LJ/s320/early+holiday+cartoon.jpg
***gambar sumber dari google***

Mesti ramai yang seronok bila cuti sekolah....budak sekolah dah tentu la seronok......cikgu -cikgu pun seronok jugak......tapi ada juga sesetengah para ibu yang tak berapa nak seronok.....apasal pulak......pasal rumah jadi serabut.....anak-anak dok buat bising kejap-kejap gaduh, kejap-kejap mengadu kakak buat la, adik kacau la, macam-macam la lagi aduan.....yang pastinya setiap hari pagi-pagi lagi dah kena masak.....bila anak-anak bangun je selalunya terus mintak makan tanya mama masak apa.....perkara seperti ini akan dihadapi oleh para suri rumah sepenuh masa
......

Bagi ibu-ibu yang bekerjaya mungkin akan rasa seronok pada musim cuti sekolah ni sebab bila balik kerja tak payah nak bising-bising suruh anak tengok time table, buat homework dan tak payah nak gosok baju sekolah yang menimbun....cuma gosok baju sendiri dengan baju hubby je.....jalan pun tak berapa sesak......macam kakak saya dia cukup suka kalau cuti sekolah sebab jalan kat depan rumah dia tak sesak.....sebab rumahnya betul-betul berhadapan dengan sekolah menengah......nak keluar dari depan rumah sendiri pun ambil masa sampai 15-20 minit baru lepas ke jalan besar.....sebelum ke pejabat kena tempuh jem kat depan rumah sendiri dulu......




http://www.picturesof.net/_images_300/Cartoon_Child_Doing_Math_Homework_Royalty_Free_Clipart_Picture_090819-230024-861048.jpg
***gambar sumber dari google***


Pada murid-murid jangan lupa ye, cuti....cuti jugak......homework yang teacher bagi kena la siapkan.....

Selamat bercuti pada semua.......






*

No comments:

Post a Comment