Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, July 20, 2011

Acara Ibu, Guru Dan Penyampaian Hadiah

Entry sebelum ni saya cuma masukkan gambar acara murid-murid, bapa dan beberapa acara sebelum sukan....kali ni saya masukkan pulak gambar acara ibu dan guru dan juga waktu penyampaian hadiah.....


Ni masa acara kerusi muzikal.....

Teringat pulak saya pada insiden masa hari sukan tahun lepas...acara ni ada juga dipertandingkan dalam acara ibu dan guru...sampai ada yang tergolek masa tu sebab masing-masing nak berebut 3 kerusi je yang tinggal waktu tu.....peserta masih ramai lagi...bila kerusi terpelanting ada 3 peserta yang tergolek....alah....nak malu apa kan....matlamatnya saya adakan hari sukan tadika ni sebab sama-sama nak berseronok...bukan anak murid je...ibu, bapa dan guru sekali....diorang bising apasal guru besau tak nak masuk sebab kali ni encik hubby masuk kedua-dua acara....tapi saya ada alasan yang kukuh...kalau saya masuk acara sapa yang nak jadi pengacara....heheh.....



Riuh rendah betul waktu ni...teacher siti awal-awal lagi dah terkeluar.....


Masa ni acara bola beracun.....siapa yang pegang bola dia terkeluar dari permainan ni.....eehhh....sapa pulak kat tengah-tengah yang tergelak besar tu......


Waktu penyampaian hadiah.....

Ntah macamana boleh terlupa nak letak lapik meja...padahal dari hari sabtu lagi saya dah siap letak dekat barang-barang yang nak dibawak ke dewan.....dah siap susun semua hadiah baru saya terperasan yang lapik meja tak letak...nak turunkan semula hadiah lepas tu nak letak balik malas pulak.....tak letak lapik meja pun majlis berlangsung dengan jayanya jugak.....(ayat nak sedapkan hati sendiri tu sebenarnya).....



Habis sukan hubby cakap "tu kasut sport tu bila lagi nak pakai"......"sukan tahun depan" saya jawab......


Yaaa......ini dia pasukan yang menjadi juara tahun ini....teacher rubi telah berjaya membawa pasukan rumahnya iaitu pasukan rumah OREN mengambil alih title juara dari pasukan rumah MERAH yang menjadi pemenang tahun lepas iaitu pasukan yang dipimpin oleh teacher za......nampak gayanya teacher rubi baru tahun pertama bertugas di tadika ni telah berjaya mengalahkan guru yang lama.....

Kalah menang adat bersukan.......









*

No comments:

Post a Comment