Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, July 27, 2011

AkTiViTi BeRkUmPuLaN

Teringat masa zaman sekolah dulu.....cikgu selalu bagi tugasan yang perlu dilakukan secara berkumpulan......tujuannya agar kita bekerjasama antara satu sama lain....dan dapat mengeluarkan idea yang pelbagai.....

Tadi di tadika sebelum mulakan reading, teacher siti membahagi murid-murid kepada 3 kumpulan...setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan masing-masing....bukannya tugas berat pun....

Team 1 setiap seorang perlu nyatakan nama-nama bunga.....masa ni diorang tengah berbincang.....dah macam bunyi lalat hijau pulak masa tu.....


Tapi pandai jugak diorang ni...siap keluarkan buku lagi....teacher lagi suka...tu maknanya diorang bijak....diorang berbincang berpandukan bahan rujukan....

Semalam teacher siti suruh murid-murid namakan haiwan yang terdapat di atas muka bumi....ada 4 orang yang tak dapat jawab...tapi semalam bukan buat dalam kumpulan....tapi individu.....mungkin hari ni diorang dapat agak...."mesti teacher soal lagi hari ni".....jadi ada yang bawak kamus bergambar untuk jadikan bahan rujukan....

"Bunga Loceng"....kata si Aqila Nazeefa....teacher siti buat muka pelik...lepas tu saya pegi dekat budak-budak tu....diorang tunjuk la gambar bunga dan nama bunga tu sekali pada saya...."ooo...bunga tu ke bunga loceng.....yang warna kuning banyak getah tu".....kata saya....selama ni saya pun tak pernah tau apa nama bunga tu....memang selalu tengok orang tanam bunga tu jadi bunga disekeliling pagar.....dekat rumah mak mertua saya pun ada.....nanti saya akan masukkan gambar bunga tu di lain entry.....


Nampaknya hari ni murid yang ajar teacher.....kalau pandai membaca banyak info yang kita boleh dapat dari buku.....alhamdulillah....baru berusia 6 tahun mereka dah boleh membaca.....


Team 2...beri nama-nama haiwan......


Tengah semak buku......Izzun yang bawa buku tu.....ada juga yang bawa buku lain.....


Tekun berbincang......


Team 3.....nama kenderaan....


Penuh 1 white board......lepas tu diorang kena tulis dalam buku tulis masing-masing......"siapa tak siap tak boleh balik".....kata-kata ugutan dari teacher siti...biasa la tu.....kata-kata ugutan tu perlu diberi sekali-sekala.....kalau tak cakap macam tu, diorang ni kerjanya asyik nak menyembang je.....kerja tak siap.....bila ugut macam ni kerja dijamin siap.....






*

No comments:

Post a Comment