Cerita hari Khamis lepas......seperti biasa hari khamis selepas rehat kami ada aktiviti bebas...disebabkan hanya tinggal 4 hari lagi bulan Ramadan menjelang tiba, kami ajarlah budak-budak tu niat berpuasa dan niat berbuka puasa.....sambil-sambil tu kami juga bercerita serba sedikit berkenaan dengan bulan ramadan.....
Siapa tak puasa tak boleh raya......itu sebahagian dari kata-kata ugutan yang sering kita dengar bila nak bagi anak-anak berpuasa.....
Waktu pagi dan waktu rehat pada bulan puasa kami tak benarkan murid-murid lepas bebas di halaman tadika...mereka akan duduk berehat di dalam kelas.....murid 4 tahun akan makan di dalam kelas mereka sendiri....tak nak nanti ada yang tergugat pulak iman tengok orang lain makan......
*
No comments:
Post a Comment