Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Sunday, July 31, 2011

Jumaat Yang Sejuk

Pagi Jumaat hujan turun dengan lebatnya....angin pun bertiup kemain kencang lagi....patah bunga kat rumah saya ditiup angin....nasib baik payung kat tadika tak terbang.....

Memang dari pukul 6 pagi lagi hujan dah turun mencurah-curah....disebabkan cuaca sejuk boleh la saya pakai baju kurung shifon yang ada lining tu...kalau cuaca panas pakai baju tu...fuhh...macam dalam sauna rasanya.....



Pukul 8.30 pagi hujan masih lebat di luar....jadi rutin pagi hanya dilakukan di dalam kelas masing-masing....


Lepas selesai Nyanyi Negaraku, senaman ringan sikit-sikit, berdoa dan hafazan teacher-teacher ambil kelas mengikut subject masing-masing.....saya pulak seperti biasa ke hulu ke hilir dengan kamera......


Apasal pulak berkerumun ni......


Buku 3 untuk subject Sains dah habis....jadi untuk ulangkaji apa yang telah dipelajari sepanjang belajar menggunakan buku 3, saya bagi cadangan dekat teacher za supaya adakan kuiz.....nak tengok diorang boleh jawab ke tidak apa yang teacher soal nanti......

Bila ada kuiz mesti ada pemenang.....jadi setiap pemenang akan ada la ganjarannya nanti....

Gambar kat atas tu ketua kumpulan tengah bacakan jawapan kepada teacher za......



Ni la dia hasil perbincangan secara berkumpulan tadi...ada 3 kumpulan....kuiz bermula dari pukul 8.50 pagi sehingga la pukul 10 pagi baru selesai.....nampak murid-murid sangat seronok bila kami adakan aktiviti macam ni...kami pun seronok bila tengok diorang bekerjasama....bila ada yang tersalah tulis ada kawan yang lain tolong betulkan.....

Eeehhh...tikus.....sapa la yang pelihara tikus tu...."siapa yang bela tikus kat rumah ni....?" saya tanya....."kat rumah saya ada tikus teacher" kata salah seorang dari murid saya....."kalau ada pun kat rumah tapi bukannya kamu bela kan...tikus tu datang tanpa diundang ke rumah kamu kan...."....mula-mula tercengang budak-budak tu...lepas tu berderai gelak tawa masing-masing....."haaa...haaa...haaa....ade ke bela tikus kat rumah"......


Tu dia muka ceria dari kumpulan yang menjadi juara...kumpulan C dengan tajuk yang diberi haiwan peliharaan......Si Omar bela ikan jaws.....saya cakap "kalau kamu bela ikan jaws, nanti bila ikan jaws tu tak cukup mkan dia lapar dia ngap kamu...kamu tu terselit kat celah gigi dia je".....semua pakat gelak.....saya sambung lagi "ikan jaws tak boleh bela ye.....ikan tu ganas dan besar...manusia pun dia makan...kalau ikan kecik-kecik boleh bela".....

Dengan cara ni kita juga boleh menambah pengetahuan diorang....kadang-kadang tu diorang ni main tulis je ikan jaws...tapi bukannya kenal sangat pun cemana rupa ikan jaws tu....mungkin diorang pikir ikan jaws tu macam ikan mas....bila diterangkan dan ditunjukkan gambar baru la diorang tau yang ikan jaws tu besar dan ganas.....



Tengah bagi hadiah kepada si pemenang...apa lagi...gula-gula la.....bulan puasa ni kosong la balang gula-gula tu nampaknya......







*

No comments:

Post a Comment