Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, July 8, 2011

Dah Hari Jumaat.......

Minggu ni rasa macam pendek....kalau dekat tadika tu rasa masa yang berlalu tu sungguh pantas.....mungkin sibuk kot.....sibuk sebab hari sukan dah nak dekat....macam-macam nak diuruskan......hadiah dah order tapi ada lagi stok yang masih tak sampai.....masuk hari Isnin depan kalau masih ada lagi yang tak lengkap kena ambik je la mana stok yang ada....tapi leceh la kan, kalau apa benda yang kita nak tu tak dapat....hadiah untuk acara parents dah lengkap tapi hadiah tempat pertama dengan kedua acara murid yang tak dapat lagi.....piala pusingan pun dah siap....nak tunggu hubby ambik je.....piala pusingan tahun lepas tak pakai lagi....nak simpan kat rumah buat kenang-kenangan.....

Minggu depan lagi la macam-macam nak kena buat ni......nak pegi pemborong barang runcit lagi sebab nak beli air untuk budak-budak tu minum masa hari sukan nanti.....kalau beli kat supermarket mahal woo.....tak berbaloi.....dah la kos bayaran untuk hari sukan saya charge ciput je.....

Meh kita intai apa yang berlaku di tadika hari ni......


Kelas Iqra' pagi tadi....

Teacher Siti cuti......jadi Teacher Ita ganti tugasnya untuk hari ni.....teacher ita ni sebagai guru ganti...bila ada guru yang cuti dan saya rasa saya tak dapat nak ganti tugas mereka yang bercuti tu saya akan panggil teacher ita datang ke tadika.....



Seperti hari-hari sebelum ni......latihan sukan berjalan seperti biasa....hari ni murid 5 tahun pulak buat latihan di halaman tadika.....


Tengah tunggu giliran masing-masing......

Esok cuti.....ada kenduri kawin kat tanjung karang....hari ahad pun ada kenduri kawin jugak.....tak payah masak la saya hujung minggu ni.....makan nasi minyak kat rumah kenduri....biasanya bila cerita pasal kawin orang akan sebut makan nasi minyak, tapi sekarang ni saya tengok ramai yang jamu jemputan dengan nasi briyani.....nanti kalau saya buat kenduri nak jamu jemputan dengan nasi ambang pulak.....(apa yang melalut ni daaa.....anak sulung baru darjah 2)......








*

No comments:

Post a Comment