Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, July 2, 2011

Karnival SRAI B B BANGI part 1

Pagi tadi anak-anak saya bangun dengan rasa teruja.....tak payah susah-susah nak gerak....reti je bangun awal dengan sendirinya.......soalan pertama yang keluar dari mulut kakak "mama....pukul berapa nak pegi....nanti habis pulak karnival tu"......"lambat lagi nak habis karnival tu....kan mula pukul 8.30 pg habis nanti pukul 11.30 malam.....kejap lagi kita siap-siap.....pegi tengah hari baru la best.....pagi-pagi ni orang tak ramai lagi kot" jawab saya.....

Ayah diorang sejak dari hari Jumaat lagi dah sibuk nak uruskan hal dia di tapak karnival tu.....Jumaat malam Sabtu pukul 1 pg baru balik.....belum pukul 7.30 pg tadi dia dah keluar rumah.....suami teacher siti jadi pembantunya......

Tengah hari saya dan anak-anak sampai di sana.......



Ni la bendanya yang suami saya bawak di karnival tu.....sekali masuk RM3 untuk main selama 20 minit kat dalam tu....masa ni budak ramai pastu badan besar-besar godang.....sampai senget belon tu jadinya......


Tahun 2009.....masa tu tahun pertama tadika saya beroperasi....disebabkan nak menarik orang ramai datang mendaftar dan sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan tadika kami.....kami adakan karnival seperti karnival hari keluarga....kebetulan pula masa tu bulan Ogos....jadi kami namakan karnival tu Karnival Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52......suami saya bawak belon ni masa karnival tu....tapi bentuk castle.....


Pegi jenguk kat gerai lain pulak.....macam-macam adaaaa.......


Ni apa ke namanya ntah....basikal baring.....sekali naik RM4 untuk 20 minit rasanya.....


Penyampaian hadiah Kuiz Bijak Jawi Bersama Asuh......ni majalah ASUH yang anjurkan kuiz ni.......


Masa ni dah redup sikit kat tempat belon ni....dah petang...cahaya matahari tu dilindung oleh pokok besar kat tepi padang tu.....


Tengok la ini budak...tudung dah bertukar jadi telinga rabbit....brother baju maroon tu hubby teacher siti......


Tengah syiok-syiok bebudak tu main tetiba elektrik terputus pulak.....motor yang supply angin tu tak berpusing lembik belon tu jadinya.......


Kejap je tak de elektriknya......ada masalah teknikal sikit tadi tu......lepas tu belon dah keras, sambung la main balik.....

***Sesapa yang nak buat karnival.....kalau nak bawak masuk belon ni kat karnival tu boleh la contact suami saya.......








*

1 comment: