Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 25, 2011

SAYA SUKA, SAYA SUKA

Sila sebut tajuk entry tu seperti Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin ye.....

Sampai je di tadika pagi tadi ada sesuatu di atas meja saya....



Fridge magnet.....ole-ole dari Bandung......Wan Mohamad Faris dari kelas 5 Taqwa pergi bercuti ke sana dengan keluarganya.....masa sukan hari tu pun dia tak dapat join sebab pergi bercuti......tapi ayahnya ada menyumbang duit kepada tadika dan saya belikan hamper dan hadiah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah.....

Macam tau-tau je saya memang suka mengumpul fridge magnet.....hobi yang memberi faedah kepada saya.....sebab senang saya nak tempek segala mak nenek surat pekeliling sekolah anak, resepi, kalender dan sebagainya di pintu peti ais saya....

Kalender tu penting tau letak dekat dapur lebih-lebih lagi pintu peti ais...mana la tau kot-kot ada tersimpan barang tersangat le lama kat dalam peti ais tu.....jadi sebelum dingap sila tengok kalender dulu hari ni berapa hari bulan...karang ada pulak yang termakan makanan yang dah expired....

Sekian sajalah pesanan dari guru besau untuk hari ni......







*

No comments:

Post a Comment