Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 8, 2011

Kamus Bahasa Arab

Bahasa Arab adalah salah satu mata pelajaran di tadika saya.....Bahasa Arab juga digunakan ketika memberi beberapa arahan apabila hendak beratur, bersenam dan bertanya khabar....Ia juga adalah mata pelajaran kegemaran murid-murid di tadika....mungkin kebiasaannya di rumah bertutur dalam Bahasa Malaysia dan dicampur dengan Bahasa Inggeris...apabila datang ke tadika mereka diajar satu lagi bahasa baru....iaitu Bahasa Arab....tapi di peringkat tadika kami hanya mengajar asas sahaja.....walaupun hanya asas tapi saya tengok anak saya yang darjah 2 tu pun masih lagi belajar apa yang kami di tadika ajar.....
*

*

*
Disebabkan tak semua ibu bapa yang tahu berbahasa arab walaupun ada yang pada peringkat sekolah rendah mereka bersekolah agama...tetapi disebabkan tidak menggunakannya ramai yang dah terlupa....salah satu penyelesaiannya saya "merekemenkan" pada mereka kamus di atas....anak saya yang bersekolah rendah tu pun kalau nak buat homework bahasa arab saya suruh rujuk kamus ni....pada mulanya ibu bapa yang bertanya pada saya, mereka ada masalah sikit bila nak ajar anak buat homework bahasa arab....diorang tanya ada tak kamus atau apa-apa bahan rujukan bahasa malaysia-bahasa arab....jadinya memang setiap tahun saya akan mengesyorkan kamus ni pada ibu bapa....tapi pembeliannya bukanlah wajib.....
*

*

*

Pada zaman saya sekolah kebangsaan dulu tak de pun subject Bahasa Arab....tapi saya tengok sekarang budak sekolah kebangsaan pun ada belajar subject ni.....makin lama....semakin banyak mata pelajaran budak-budak sekarang....kalau beg sekolah besarnya dah macam beg balik kampung....beratnye sama berat dengan badan sendiri.....

*

*

*

No comments:

Post a Comment