Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 29, 2011

KeRtAs PeRiKsA

Hari ni cuaca mendung sampai ke tengah hari....pagi tadi hujan lebat.....bahang cuti hujung minggu dah terasa...kali ni cuti 3 hari sebab hari pekerja jatuh pada hari ahad...jadinya hari isnin adalah cuti tambahan....sebelum balik seperti biasa teacher akan berpesan-pesan kepada anak murid yang esok, lusa dan hari Isnin cuti.....bukan murid je yang seronok...teacher pun seronok juga ye tak....boleh rehat lama.....tapi ada homework untuk teacher dah menanti.....ingat murid je ada homework.....teacher pun ada jugak......



Masa ni murid 6 Ilmu tengah berkemas-kemas nak balik....teacher siti berpesan cuti 3 hari....balik rumah buat homework, baca buku sebab exam tinggal seminggu je lagi...minggu depan minggu ulangkaji.....




Dalam pukul 10.30 pg tadi saya pergi ambik kertas exam kat kedai fotostat.....hantar hari Isnin hari tu...ingatkan semalam sempat siap...pegi kedai budak kat kedai tu cakap tak siap lagi...masih dalam proses....jadinya pagi tadi kelam kabut la saya pegi ambik....kedai bukak pukul 10 pg....kena ambik hari ni jugak sebab teacher nak bawak balik tulis nama murid atas kertas exam tu....lepas tu report kad nak kena tulis butiran anak murid lagi...yang teruk tu sebab nak kira kedatangan murid....haaa...ni la dia homework yang saya bagi kat teacher semua.....




Jenuh la teacher siti.....anak murid dia ada 37 orang......yang lain tak ramai...teacher rubi 22 orang, teacher za 14 orang & teacher intan 12 orang......bilangan murid ni berbeza sebab ikut saiz keluasan kelas...



Kertas exam sedang dikeluarkan dari kotak.....berat wooo satu box tu.....sakit pinggang saya mengangkatnya keluar dari kereta tadi...ada 5000 pcs kesemuanya.....



Singsing lengan teacher intan....pilih jangan tak pilih.....teacher intan paling banyak kertas examnya sebab dia ajar 3 subject....Bahasa Arab 4,5,6 tahun, Jawi 4,5,6 tahun dan Bahasa Melayu 4 tahun.....teacher lain ajar 2 subject je.....




No comments:

Post a Comment