Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 8, 2011

SaLaM JuMaAt SeMuA

Apa yang berlaku hari ni di tadika....jom kita tengok....

*

*

Pasal Anak Murid


* Bagus....macam ni la kalau nak jadi pandai....tak kira masa dan tempat perlu sentiasa rajin belajar.....gambar ni saya snap waktu pagi.....dekat kantin....waktu lebih kurang pukul 8.00 pagi....Qurratun yang tengah menulis tu dan yang tukang tengok tu si Irdina Iwani....Si Qurratun ni mmg sentiasa bersemangat ke sekolah....tahun lepas kakak dia pun macam tu jugak....teacher sampai je tadika....lepas tu tersembul la dia kat depan pintu....Qurratun ni transit kat taska sebelah tadika saya je...biasanya pukul 7 pg mmg parent dia dah hantar kat taska....


*
Saya masih ingat lagi...kejadian ni bulan 12 tahun 2010 (tahun lepas).....ibu bapa Qurratun ni masih belum daftarkan dia kat tadik saya lagi.....tapi yang paling best nye dengan selamba je si Qurratun ni blh datang kat tadika tumpang sekaki belajar reading......masa tu cikgu kt taska dia ingat memang dia ada join reading class kat tadika saya.....bulan 12 tadika saya tak cuti....kami ada reading class.....nasib baik penyelia saya ni kenal yang dia tu sapa....pastu saya call la mama dia...terus mama dia register.....
*
Pada hari pertama persekolahan murid-murid masih tak de lagi....sebab pada masa tu kami teacher semua sibuk melayan ibu bapa yang masih register dan nak sattlekan yuran saat-saat akhir.....tapi si Qurratun ni memang bagus...awal pagi lagi dia dah datang.....tolong teacher kat tadika....tolong kacau pun ada gak.....pastu budak-budak lain pun siap tumpang sekaki.....taska dengan tadika cuma bersebelahan je....
*

*

*

Pasal Teacher


*

Apa kena dengan teacher.....

*

*

Teacher rubi tengah membebel suruh budak-budak tu beratur....

*

*

Tengok tu.....melaram teacher hari ni ye.....macam nak gi kenduri kawin pulak.....semangat hari Jumaat le tu kot.....

*

*


Waktu Rehat Tadi

*
Tinggal budak bedua ni je yang masih makan lagi.....yang lain semua dah habis makan....tengok tu kerusi kat belakang tu dah angkat naik atas meja dah.....Yang sebelah kiri tu Danial Danish....sebelah kanan tu Haziq Adham.....Haziq ni baru je baik dari demam.....2 minggu demam panas....tak de selera nak makan ibu dia cakap.....dah 3 hari ibu dia sponsor kawan-kawan anak dia makanan....hari tu bihun....hari ni nasi lemak....sebab kat rumah langsung tak nak makan....kat tadika sebab ada kawan...makan ramai-ramai....pastu kena paksa dengan teacher...makan le jugak dia....Begitulah kan....seorang ibu berusaha nak bagi anak dia sihat....
*

*

*

Pasal Saya


*


Biasanya hari Jumaat hari kelam kabut saya....terkejar-kejar nak ke Bangi ambik anak dara yang sulung tu....dia keluar pukul 12 tgh hr....murid tadika keluar pukul 11.15...pukul 11.35 baru dapat keluar dari tadika biasanya.....


*


Tapi hari ni hubby mc....sakit perut....jadi dia yang ambik anak....


*

*

*

No comments:

Post a Comment