Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, April 5, 2011

Rehatkan Minda

Hari ni cuaca panas....alhamdulillah....kering kain baju yang saya sidai kat balkoni....kedatangan murid di tadika pun baik....cuma ada beberapa orang murid je yang tak datang....buat air milo tadi habis semua diminum...tak de lebih pun....kadang-kadang kalau ada lebih teacher yang bawak balik...tak kan nak buang.....sayang....lagipun tak baik membazir....membazir tu amalan syaitan.....
*
Saya tengok hari ni murid-murid 6 Ilmu agak agresif sikit....bersemangat pulak budak-budak ni belajar....dari pagi tadi sampailah tengah hari....masa reading tadi pun bersemangat sungguh....tak payah nak paksa-paksa....masing2 terang je hati membaca....mungkin pasal saya offer gula-gula pagi tadi kot....siapa boleh jawab soalan dengan betul dan baca jelas teacher bagi gula-gula....apa lagi budak-budak tu.....sampai meloncat-loncat nak jawab.....pastu waktu reading....saya cakap....siapa reading dengan teacher, teacher bagi kopok dengan gula-gula 2 biji....si Adam tadi sampai mengeluh sebab tak dapat baca buku dengan saya.....saya buat macam ni bukan nak mengajar diorang makan makanan ringan, tapi hanyalah sedikit imbuhan untuk bagi diorang sentiasa bersemangat untuk datang sekolah dan belajar.....
*

*
Gambar ni saya snap 10 minit sebelum waktu balik....sebelum baca doa perjalanan....teacher siti suruh budak-budak ni rehatkan minda kejap.....Ehhhh.....si Nurina tu tidur ke mengintai tu....lain macam je posing tidurnye....(Budak perempuan 3 dari kiri tu)
*

*

Senyap je masa ni...aman je....

No comments:

Post a Comment