Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, April 28, 2011

SENI & ESTETIKA

Hari ni semua kelas terlibat dengan aktiviti seni....sebab minggu depan dah tak boleh nak main-main lagi....minggu depan adalah minggu ulangkaji.....tinggal seminggu je lagi nak exam.....biasanya kalau buat aktiviti seni teacher mesti kelam kabut punya....jadi kelas 6 Ilmu buat pagi....yang 3 kelas lagi lepas rehat....bolehla saya tolong....



Ni baru lepas bagi salam....tengok jam kat dinding tu belum pukul 9 pg lagi......


Teacher Siti tengah menerangkan pada murid cara-cara nak buat rantai gegelang tu....murid-murid ni kalau buat estetika mesti semua beri perhatian....elok je...tak payah teacher nak kuat kan suara....tapi kalau belajar guna buku macam-macam perangai yang keluar...ada yang bersembang, ada yang khayal.....


Masing-masing bawak gam sendiri....bagus....cuma ada beberapa orang murid je yang lupa....."sebelum kertas yang dah digunting tu nak dicantum...kita mesti lukis dulu keratan kertas tu bagi cantik ye murid-murid" kata teacher siti.....


Dengan penuh rasa bangganya Hawani Aqilah menunjukkan hasil kerjanya.....


Yang si Aqila Nazeefa pun nak tunjuk juga......


Apa yang penting kerja sama......dah macam wonder pet pulak.....Aqila tolong pegangkan masa si Haziqah nak cantumkan gegelang tu....


Tekun....


Dah siap...semua bangga dengan hasil kerja masing-masing.......


Semua happy.....ye la kan...belajar je sekali-sekala buat benda-benda macam ni seronok la budak-budak tu.....tapi teacher siti ada banyak kerja la lepas tu.....


Haaa....tengok tu atas meja....habis terconteng....bersememeh dengan gam....tapi dalam gambar kesan gam tu tak nampak....habis semua meja melekit.....biasa la tu budak-budak buat kerja...anak saya pun kalau buat kerja guna gam habis meleleh gam tu ke lantai......masa rehat tadi gigih le teacher siti mengelap meja tu....



Yang ni masa lepas rehat......kelas 5 Taqwa....nampak ke tu Alin....mata dah tertutup dengan skaf tudung tu......


Pandai Alin.....dia faham apa yang teacher terangkan.....cuma ada juga beberapa murid yang mula-mula tu tak berapa faham...gegelang tu diorang tak cantumkan, jadi tercerai......tapi bila teacher explain balik diorang faham......


Skodeng kelas 4 Mulia pulak....jenuh Teacher Intan asah pensel warna tu....


Tolak semua kerusi meja ketepi...senang sikit nak buat kerja.....ada yang meniarap....yang baring pun ada...sukahati le janji buat kerja.....


5 Amal tengah mewarna.....


Dah siap mewarna teacher za terangkan pulak langkah seterusnya.....



Iffat dari kelas 4 Mulia....lebar-lebar gegelangnya....cantik....nampak kemas....


Airiel dengan gegelangnya....


4 tahun punya gegelang Teacher Intan buat lebar-lebar....takut kalau buat kecik nanti koyak.....






No comments:

Post a Comment