Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, June 23, 2011

KeSaBaRaNkU TeRuJi

Pagi ni saya ke tadika dengan mood yang seperti biasa (maknanya mood baik le tu)......apa-apa pun sebelum ke tadika mesti singgah di mana-mana beli sarapan dulu....tu penting untuk mengecas bateri saya supaya bertenaga untuk main kejar-kejar dan main tarzan-tarzan dengan budak-budak kat tadika ni......

Lebih kurang 2-3 minit sebelum waktu beratur....tengah parent sibuk berdoyon-doyon menghantar anak-anak ke tadika...ada dalam 4-5 orang budak-budak lelaki 6 tahun bukan main galak lagi nak jadi buruh binaan......

Waktu tu saya memang dah ada di luar......tapi tak perasan pulak yang budak-budak tu buat kerja kat belakang bersebelahan dengan kantin......hiiiyyyy......geram betul saya masa tu......nasib baik tak jadi hijau.....apa la yang suka sangat main pasir kat situ.....banyak kali dah dipesan dan diberitahu jangan main pasir nanti masuk mata, nanti berkudis, pasir banyak kuman....macam-macam lagi la kata-kata azimat....tapi tu la kan dah namanya budak.....cakap sepuluh dan berpuluh-puluh kali pun tak paham......

Dalam perhimpunan tadi peringatan dan amaran diberi lagi sekali untuk kali yang keberapa pun saya dah tak tau dah......kali ni saya tulis di blog ni nak mintak mana-mana ibu atau bapa yang membacanya tolong la bantu kami untuk menasihati anak-anak di rumah juga......berikan sedikit kesedaran tentang kebersihan....waktu di tadika singkat.....kami cuma dapat mengajar mereka hanya 3 jam 15 minit sebelum ditolak 30 minit waktu rehat......

Bukannya semua murid suka main pasir....cuma ada beberapa orang murid je.....kiranya 1 group la.....geng main pasir......ada dalam 4-5 orang je.....agaknya budak ni jarang keluar rumah kot....balik rumah terus terperuk dalam rumah main game dan tengok tv je.......tu pasal bila nampak pasir jadi jakun......angin 1 badan pulak saya dengan budak-budak tu hari ni.....nasihat yang bertubi-tubi, itu je la yang boleh kami lakukan.....

Okey la, cukup la tu cerita pasal penyebab angin yang masuk badan saya......

Pagi.....pembelajaran seperti biasa........



Si Omar sampai meniarap atas lantai buat latihan matematik......lantak la asalkan jangan main pasir sudah......ehh.....pasir lagi......macam tak de kena mengena je matematik dengan pasir.....masa ni tengah buat latihan addition......

*
*

Masa rehat tadi ada sorang ibu datang nak daftar untuk anak dia tahun depan.....awal sungguh datang untuk mendaftar.......takut penuh katanya....tapi tu la....saya dah bagi tau dekat hubby buatkan borang cepat-cepat dia tak buat lagi......yang tahun lepas tak boleh pakai lagi sebab ada beberapa perubahan dalam yuran dan ada sedikit penambahan untuk butir peribadi.....masuk ni ada lebih kurang 10 parents yang datang nak mendaftar untuk kemasukan tahun 2012....belum pun gantung banner tapi dah ada yang nak daftar......alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan pada kami warga Tadika Islam Nur Haziq.......

*
*
Lepas rehat aktiviti bebas.....semua kelas nak menyanyi hari ni......preparation untuk persembahan hari ihtifal nanti.......berkobar-kobar teacher kali ni....kemain awal buat persediaan......sesekali menyanyi-nyanyi ni seronok juga......teacher pun sebelum ni kat rumah menyanyi masa tengah masak kat dapur je....bila sekali-sekala menyanyi depan murid-murid best juga.......minggu depan buat latihan solat pulak.......minggu lagi satu belajar Fardu Ain/Pendidikan Islam......






*

No comments:

Post a Comment