Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, June 15, 2011

Lepas Cuti 2 Minggu

Ni cerita pasal hari Isnin hari tu....sepatutnya buat entry ni hari Isnin tapi disebabkan dah masukkan cerita pasal birthday Irfan....jadi entry ni dimasukkan hari ni.....

Ada beberapa murid tak hadir.....demam sebab pergi bercuti kot.....biasa la kan budak-budak antibody bukan kuat sangat....bila dah pegi bercuti ke pantai atau tempat peranginan bila balik je jadi tak sihat.....ada juga yang saya tengok masa sebelum cuti elok je kulit cerah...tapi bila lepas cuti kulit dah terbakar.....tu mesti pegi pantai tu......


"Haaiippp.....baca doa jangan bersembang" teacher siti....

Dah 2 minggu tak jumpa.....banyak le cerita tu.....

8.30 pagi.....beratur dan seperti biasa selepas menyanyi lagu Negaraku baca surah hafazan dan doa......



Matahari dah mula memancar.......cuaca baik......mood teacher pun baik lepas 2 minggu berehat....

8.45 masuk kelas dan bermulalah pembelajaran seperti biasa.......


Ni kelas 5 Taqwa......subject sains......teacher za buat eksperimen kat kantin......objek apa yang menyerap air dan objek apa yang tidak menyerap air.....minggu sebelum cuti tu ada juga buat eksperimen tapi tak ambik gambar pulak.....eksperimennya objek yang tenggelam dalam air dan yang tak tenggelam......


Tekun mendengar apa yang diterangkan teacher za.....dari apa yang saya lihat budak-budak memang suka subject sains sebab banyak eksperimen......pada diorang benda tu belajar sambil main-main.....boleh dikatakan semua murid dapat markah tinggi dalam matapelajaran sains......

Tadi dah cerita pasal murid.......ni nak cerita pasal gagak pulak......sekolah dah buka semula.......
mula pada hari ni si gagak makan mewah semula la nampaknya......waktu rehat tadi makanan belum pun dikeluarkan lagi tapi gagak dah standby kat luar pagar menunggu rezeki dari kami......seperti biasa menu utamanya nasi lemak.....menu sampingan biskut mery.....

Selamat bersekolah semula.....




*


No comments:

Post a Comment