Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, June 20, 2011

Jalan-jalan Tengah Malam

Jumaat malam Sabtu lepas (17 Jun) hubby ajak pegi jalan-jalan.....seronok juga kalau malam-malam keluar pegi jalan-jalan ni, fikir saya....jadi saya okey kan je.....kami keluar pada pukul 10.30 malam.....esoknya tak sekolah tak pe lah......anak-anak pun pelik nak kemana la malam-malam buta ni...saya cuma cakap nak pegi pasar malam je....kalau cakap benda pelik-pelik jenuh nak menjawabnya nanti........


Alamak gambar macam tak senonoh pulak......ni saya snap kat tempat makan......lepas pekena ayam Uncle Bob.....kenyang makan ayam tu.....


Ni la nama tempatnya......Bazaar Malam Reko Sentral.......dekat RM50 juga la melayang, kena pau dengan budak-budak ni.....luas juga kawasan bazaar ni....letih juga le bejalan.....tu pun tak pusing semua tempat.......


Dan akhirnya inilah yang Qash dapat......lepas balik dari bazaar terbatuk-batuk macam susah nak bernafas.....tidur pun tak lena.....kat rumah bagi ventolin pun tak jalan......tak pasal-pasal diserang asma pulak....letih dan kat kawasan tu udara macam tak berapa segar....ramai sangat yang merokok.....masa kitorang lepak makan-makan tu pun ada yang merokok.....hubby saya tak merokok.....lepas tu kena embun tengah-tengah malam......

Pukul 1.30 pg baru sampai rumah.....

Pada sesiapa yang suka shopping malam-malam boleh la cuba pegi bazaar ni.....nak beli barang untuk persiapan raya pun okey jugak kat sini.....baju kurung ready made banyak juga saya tengok.......





*

No comments:

Post a Comment