Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, June 28, 2011

GaYa TuDuNg QaSh

Beberapa tahun dulu.....lebih 10 tahun kalau tak silap saya...Waktu Wardina mula-mula mengenakan tudung......gaya pemakaian tudungnya menjadi ikutan ramai.......lepas tu muncul pula gaya tudung Wahida Wassini......dan yang terkini tudung Yuna pula.....ni adalah sebahagian gaya tudung artis yang menjadi ikutan......

Kenapa la saya cerita pasal tudung pulak ni.....adakah saya nak buka satu lagi perniagaan.....perniagaan tudung....oohhhh tidak.....

Ni sebenarnya cerita pasal gelagat anak murid saya.....kalau sesiapa yang masih ingat beberapa minggu yang lepas saya pernah buat satu entry berkenaan dengan hal tadika....saya ada selitkan tentang gaya Qash memakai tudung......tak sangka pulak ada yang ikut gayanya......



Ni la buktinya.....Ainnur Zahra dari kelas 5 Amal.....tergelak saya menengoknya.....design cekak pun sama cuma cekak Ainnur warna pink pekat......Wahh....Qash sudah ada pengikut.....tak payah jadi artis pun sudah ada yang mengikut style Qash.....saya tak kisah....lantak la asalkan diorang mahu bertudung......ada juga teacher yang cakap kat saya nanti masa konvo diorang nak buat persembahan, tudung murid perempuan nak buat gaya ni......BIAR BETUL......

Hari ni teacher za tak datang...ada appoitment jumpa doktor kat hospital putrajaya......jadi kelasnya saya yang ambil alih......seronok juga sekali-sekala turun mengajar dan bermain-main dengan budak-budak kecik ni.....pagi tadi matapelajaran sains kat kelas 4 Mulia......sambil belajar sambil menyanyi.....saya ni memang suka kalau belajar diselang seli dengan menyanyi lagu-lagu yang berunsurkan nasihat ataupun pengajaran.......tak la budak-budak kecik tu tension dipaksa menulis dan belajar je.....lepas menyanyi biasanya saya akan terangkan apa nasihat atau pengajaran yang terkandung dalam lagu tu.......budak kecik ni biasanya diorang akan cepat belajar melalui nyanyian......

Lepas rehat saya masuk kelas 5 Amal.....panggil sorang demi sorang murid untuk reading.....umpan sebalang gula-gula.....berebut-rebut diorang nak baca buku.....tak payah susah-susah dah saya nak panggil....masing-masing beratur tak sabar nak baca.......






*

1 comment:

  1. hmmmm..mmg practic cara cikgu tu..mmg bebudak suke di reward nk wat camne kann??? aku kt umah pun slalu sogok ank ngan mcm2 tuk soh belajar...kkdg xyah kite ckp dia plak yg bg suggestion kt kite mcm "mama klu nurin bole jwb sume soalan ni nnt mama nk bagi ape kt nurin????" what?????

    ReplyDelete