Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, June 29, 2011

Salam Israk Mikraj

Sejak pagi lagi hujan.....saya tak kisah....sebab hari ni kami warga tadika islam nur haziq cuti....jangan jeles.....kami cuti sempena hari Israk & Mikraj.....anak sulung saya pun cuti juga sebab dia kan sekolah agama......dengan cuaca yang sejuk bermalas-malasan la saya.....

Keluar dari bilik pikir nak masak apa ye hari ni....barang dalam peti ais pun dah habis...tinggal sayur kubis dengan sawi je....tak kan nak makan sayur je kan.....tengok dalam kabinet ada spageti, mi kering dengan makaroni....pegi stor pulak tengok ada sos cheese & herb prego....boleh la ni...buat makaroni cheese......ni makanan kegemaran anak-anak saya ni.....pagi-pagi makan makaroni cheese.....boleh la tu asalkan bahagia......


View dari balkoni rumah.......


Masa saya taip ni jam menunjukkan hampir pukul 11.20 pg....di luar masih hujan lagi.....bagi mereka yang tinggal di kawasan yang rendah sudah tentu bimbang sekiranya hujan begini berlarutan seharian....bimbang akan banjir melanda.....

Kalau hari ni bersekolah sudah tentu rehat dalam kelas....yang bagusnya sekiranya kerap hari hujan saya tak perlu la bayar bil elektrik yang tinggi sebab tak perlu pasang aircond dalam kelas pun dah sejuk....guna kipas je dah cukup.....kalau sejuk sangat alamatnya jem la tandas.....panjang barisan kat depan pintu tandas......kejap-kejap "teacher saya nak kencing".....silap hari bulan teacher pun join beratur sekali......

Esok hari Khamis tadika bersekolah seperti biasa.....best la minggu ni sekolah 2 hari lepas tu cuti.....sekolah 2 hari lagi pas tu cuti lagi.....

Haa...minggu depan jangan lupa ye teacher semua....kita nak bersilat....ada latihan sukan selama 2 minggu.....pastikan kuatkan mental dan vizikal.....kalau tak kuat stamina mau demam nanti.....latihan sukan tak le seberat mana pun cuma yang teruknya nanti kita kena mengawal budak-budak kecik tu.....lain yang disuruh nanti lain yang dibuatnya.....ada la bola yang terpelanting masuk ke halaman rumah jiran sebelah nanti.....

Okey sampai sini je cerita hari ni....nak pegi selongkar dapur jap...tengok makanan apa yang boleh di ngap....hujan-hujan camni lapar je la perut ni......








*

No comments:

Post a Comment