Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Sunday, July 31, 2011

Sebelum Tibanya Ramadan

Sabtu malam ahad ada kenduri tahlil dan sempena menyambut tibanya Ramadan yang hanya tinggal sehari sahaja lagi......jiran blog depan buat kenduri ni.....


Sebelum membaca Yassin.....


Lepas selesai semuanya...apa lagi, makan time....kegemaran ku....pulut kuning dengan rendang daging pun ada....


Tadi saya ke pasar untuk membeli sedikit barang dapur untuk di masak esok.....masak untuk makan waktu berbuka......



Tengok tu punya la ramai orang membeli sayur mayur.....


Memang ramai orang di pasar tadi untuk membeli barang basah......tapi ada beberapa peniaga makanan yang cuti berniaga malam ni.....cadang nak beli popia kesukaan.....rupanya tak berniaga pulak budak tu.....


Di bahagian ikan, ayam dan daging.....

Esok kami di Tadika Islam Nur Haziq cuti sempena menyambut 1 Ramadan.....jangan jeles.......







*

Jumaat Yang Sejuk

Pagi Jumaat hujan turun dengan lebatnya....angin pun bertiup kemain kencang lagi....patah bunga kat rumah saya ditiup angin....nasib baik payung kat tadika tak terbang.....

Memang dari pukul 6 pagi lagi hujan dah turun mencurah-curah....disebabkan cuaca sejuk boleh la saya pakai baju kurung shifon yang ada lining tu...kalau cuaca panas pakai baju tu...fuhh...macam dalam sauna rasanya.....



Pukul 8.30 pagi hujan masih lebat di luar....jadi rutin pagi hanya dilakukan di dalam kelas masing-masing....


Lepas selesai Nyanyi Negaraku, senaman ringan sikit-sikit, berdoa dan hafazan teacher-teacher ambil kelas mengikut subject masing-masing.....saya pulak seperti biasa ke hulu ke hilir dengan kamera......


Apasal pulak berkerumun ni......


Buku 3 untuk subject Sains dah habis....jadi untuk ulangkaji apa yang telah dipelajari sepanjang belajar menggunakan buku 3, saya bagi cadangan dekat teacher za supaya adakan kuiz.....nak tengok diorang boleh jawab ke tidak apa yang teacher soal nanti......

Bila ada kuiz mesti ada pemenang.....jadi setiap pemenang akan ada la ganjarannya nanti....

Gambar kat atas tu ketua kumpulan tengah bacakan jawapan kepada teacher za......



Ni la dia hasil perbincangan secara berkumpulan tadi...ada 3 kumpulan....kuiz bermula dari pukul 8.50 pagi sehingga la pukul 10 pagi baru selesai.....nampak murid-murid sangat seronok bila kami adakan aktiviti macam ni...kami pun seronok bila tengok diorang bekerjasama....bila ada yang tersalah tulis ada kawan yang lain tolong betulkan.....

Eeehhh...tikus.....sapa la yang pelihara tikus tu...."siapa yang bela tikus kat rumah ni....?" saya tanya....."kat rumah saya ada tikus teacher" kata salah seorang dari murid saya....."kalau ada pun kat rumah tapi bukannya kamu bela kan...tikus tu datang tanpa diundang ke rumah kamu kan...."....mula-mula tercengang budak-budak tu...lepas tu berderai gelak tawa masing-masing....."haaa...haaa...haaa....ade ke bela tikus kat rumah"......


Tu dia muka ceria dari kumpulan yang menjadi juara...kumpulan C dengan tajuk yang diberi haiwan peliharaan......Si Omar bela ikan jaws.....saya cakap "kalau kamu bela ikan jaws, nanti bila ikan jaws tu tak cukup mkan dia lapar dia ngap kamu...kamu tu terselit kat celah gigi dia je".....semua pakat gelak.....saya sambung lagi "ikan jaws tak boleh bela ye.....ikan tu ganas dan besar...manusia pun dia makan...kalau ikan kecik-kecik boleh bela".....

Dengan cara ni kita juga boleh menambah pengetahuan diorang....kadang-kadang tu diorang ni main tulis je ikan jaws...tapi bukannya kenal sangat pun cemana rupa ikan jaws tu....mungkin diorang pikir ikan jaws tu macam ikan mas....bila diterangkan dan ditunjukkan gambar baru la diorang tau yang ikan jaws tu besar dan ganas.....



Tengah bagi hadiah kepada si pemenang...apa lagi...gula-gula la.....bulan puasa ni kosong la balang gula-gula tu nampaknya......







*

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Cerita hari Khamis lepas......seperti biasa hari khamis selepas rehat kami ada aktiviti bebas...disebabkan hanya tinggal 4 hari lagi bulan Ramadan menjelang tiba, kami ajarlah budak-budak tu niat berpuasa dan niat berbuka puasa.....sambil-sambil tu kami juga bercerita serba sedikit berkenaan dengan bulan ramadan.....

Siapa tak puasa tak boleh raya......itu sebahagian dari kata-kata ugutan yang sering kita dengar bila nak bagi anak-anak berpuasa.....


Niat puasa dan berbuka puasa.....


Alhamdulillah terang hati anak-anak dari kelas 6 Ilmu ni...tak sampai 1 jam teacher siti ajar niat berpuasa pada hari pertama dah ada yang boleh hafal.....


Teacher Siti tengah bercerita tentang Ramadan.....siap nyanyi lagu kumpulan Raihan lagi.....lagu niat puasa.....tak tau pulak saya apa tajuk lagu tu......


Walaupun gigih menghafal niat berpuasa dan berbuka puasa....ayat-ayat hafazan juga jangan dilupakan......Isyraf tengah baca Surah An-Nas......


Pergi intai kelas 5 Amal pulak.....masa ni tengah baca beramai-ramai......


Berpuasa Di Bulan Ramadan adalah salah satu dari rukun Islam....memang kebiasaannya setiap pagi kami akan ajar mereka tentang Rukun Islam dan Rukun Iman semasa waktu perhimpunan.......


Tekun mendengar penerangan dari Teacher Za.....

Waktu pagi dan waktu rehat pada bulan puasa kami tak benarkan murid-murid lepas bebas di halaman tadika...mereka akan duduk berehat di dalam kelas.....murid 4 tahun akan makan di dalam kelas mereka sendiri....tak nak nanti ada yang tergugat pulak iman tengok orang lain makan......







*

Wednesday, July 27, 2011

AkTiViTi BeRkUmPuLaN

Teringat masa zaman sekolah dulu.....cikgu selalu bagi tugasan yang perlu dilakukan secara berkumpulan......tujuannya agar kita bekerjasama antara satu sama lain....dan dapat mengeluarkan idea yang pelbagai.....

Tadi di tadika sebelum mulakan reading, teacher siti membahagi murid-murid kepada 3 kumpulan...setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan masing-masing....bukannya tugas berat pun....

Team 1 setiap seorang perlu nyatakan nama-nama bunga.....masa ni diorang tengah berbincang.....dah macam bunyi lalat hijau pulak masa tu.....


Tapi pandai jugak diorang ni...siap keluarkan buku lagi....teacher lagi suka...tu maknanya diorang bijak....diorang berbincang berpandukan bahan rujukan....

Semalam teacher siti suruh murid-murid namakan haiwan yang terdapat di atas muka bumi....ada 4 orang yang tak dapat jawab...tapi semalam bukan buat dalam kumpulan....tapi individu.....mungkin hari ni diorang dapat agak...."mesti teacher soal lagi hari ni".....jadi ada yang bawak kamus bergambar untuk jadikan bahan rujukan....

"Bunga Loceng"....kata si Aqila Nazeefa....teacher siti buat muka pelik...lepas tu saya pegi dekat budak-budak tu....diorang tunjuk la gambar bunga dan nama bunga tu sekali pada saya...."ooo...bunga tu ke bunga loceng.....yang warna kuning banyak getah tu".....kata saya....selama ni saya pun tak pernah tau apa nama bunga tu....memang selalu tengok orang tanam bunga tu jadi bunga disekeliling pagar.....dekat rumah mak mertua saya pun ada.....nanti saya akan masukkan gambar bunga tu di lain entry.....


Nampaknya hari ni murid yang ajar teacher.....kalau pandai membaca banyak info yang kita boleh dapat dari buku.....alhamdulillah....baru berusia 6 tahun mereka dah boleh membaca.....


Team 2...beri nama-nama haiwan......


Tengah semak buku......Izzun yang bawa buku tu.....ada juga yang bawa buku lain.....


Tekun berbincang......


Team 3.....nama kenderaan....


Penuh 1 white board......lepas tu diorang kena tulis dalam buku tulis masing-masing......"siapa tak siap tak boleh balik".....kata-kata ugutan dari teacher siti...biasa la tu.....kata-kata ugutan tu perlu diberi sekali-sekala.....kalau tak cakap macam tu, diorang ni kerjanya asyik nak menyembang je.....kerja tak siap.....bila ugut macam ni kerja dijamin siap.....






*

Monday, July 25, 2011

SAYA SUKA, SAYA SUKA

Sila sebut tajuk entry tu seperti Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin ye.....

Sampai je di tadika pagi tadi ada sesuatu di atas meja saya....



Fridge magnet.....ole-ole dari Bandung......Wan Mohamad Faris dari kelas 5 Taqwa pergi bercuti ke sana dengan keluarganya.....masa sukan hari tu pun dia tak dapat join sebab pergi bercuti......tapi ayahnya ada menyumbang duit kepada tadika dan saya belikan hamper dan hadiah untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah.....

Macam tau-tau je saya memang suka mengumpul fridge magnet.....hobi yang memberi faedah kepada saya.....sebab senang saya nak tempek segala mak nenek surat pekeliling sekolah anak, resepi, kalender dan sebagainya di pintu peti ais saya....

Kalender tu penting tau letak dekat dapur lebih-lebih lagi pintu peti ais...mana la tau kot-kot ada tersimpan barang tersangat le lama kat dalam peti ais tu.....jadi sebelum dingap sila tengok kalender dulu hari ni berapa hari bulan...karang ada pulak yang termakan makanan yang dah expired....

Sekian sajalah pesanan dari guru besau untuk hari ni......







*

Sunday, July 24, 2011

Sukan Daerah

Semalam ada meeting berkenaan dengan Sukan Daerah yang dianjurkan oleh Persatuan Tadika Swasta Sepang....Tadika Islam Nur Haziq adalah ahli persatuan tu.....diorang nak adakan sukan pada 24 September ni.....bermakna waktu tu adalah 25 Syawal kalau ikut bulan Islamnya.....ini adalah salah satu sebab yang membuatkan saya teragak-agak untuk turut sama menyertai sukan tu....bulan-bulan raya ni kalau hujung minggu tu dah tentu la berderet-deret open house...katakan saya ada masa, tapi macam mana pulak dengan teacher-teacher dan anak murid....lagipun tadika Nur Haziq baru je buat sukan 17 Julai hari tu...kalau ikut apa yang diorang rancangkan....rasanya lagi happening sukan tadika nur haziq tempoh hari.....


Demo acara sukan yang akan dipertandingkan....buat sukan yang lari-lari...bahaya betul la.....

Meeting dekat Stadium Bandar Baru Salak Tinggi.....sukan pun akan diadakan di sana....saya cadangkan buat dekat dalam dewan macam sukan yang saya buat untuk tadika saya....diorang tolak cadangan saya tu kononnya dewan tak boleh tampung peserta dan penonton yang ramai....tapi saya tengok kat dalam TV sukan badminton tu mampu je tampung penonton yang ramai kan....ntah apa-apa la diorang ni.....

Lagi satu diorang ni tak adil betoi la....buat la di tengah-tengah maksudnya di Puchong pun tidak di B B Salak Tinggi pun tidak......ambil kawasan pertengahan contohnya macam Putrajaya ataupun Cyberjaya ke...baru la adil...ni mana ahli yang dari puchong punyalah jauh nak ke sana.....diorang yang dari B B Salak Tinggi dalam 5 ke 10 minit je perjalanan dari tadika nak ke stadium tu....mana achi kan....kami yang dari Puchong ni lebih 45 minit kau.....

Hiiisshh...banyak betul la yang saya tak berkenan...habih tu nak join ke tidak ni....tak masuk karang nanti orang kata tak masuk masyarakat pulak......



Ni masa cabutan acara......acara sukan tak boleh pilih suka-suka hati kena buat cabutan.....dah macam cabutan bertuah masa sukan tadika islam nur haziq pulak....

Seorang murid satu acara...tak berbaloi betul datang jauh-jauh tapi boleh masuk satu acara je.....acara ibu bapa tak de...masa tak cukup kata diorang...kalau lebih dari pukul 12 tgh hr baru selesai nanti panas....haaa...tau pun panas suruh buat dekat dewan takmo......



Saya dapat acara Gorilla Kepit Belon dengan Terompah Tempurung.....hhmmm...saya dah try dekat Izzati dengan Qash tapi tak berjaya diorang nak jalan guna tempurung tu...diorang kata sakit kaki....saya pun try jugak...memang betul sakit kaki wooo.....

Rasanya saya dah tau akan jawapannya.....tapi apa-apa pun pikir la dulu dalam seminggu ni...

Ni kalau ada diantara diorang (ehh..ada ke?) yang baca blog ni mintak mahap je la yeee....saya cuma menulis apa yang saya rasa dalam blog saya......









*

Apa Yang Tenggelam, Apa Yang Timbul

Cerita hari Jumaat lepas......

Kalau dulu masa saya sekolah saya suka bila tiba subject Sains.....tu masa sekolah menengah....waktu sekolah rendah pula subject Alam Dan Manusia....sekarang subject tu dah tak de dah...dah tukar pada Sains.....

Kenapa saya suka bila tiba mata pelajaran sains.....belajar bukan di dalam kelas sendiri...pergi ke makmal...kebas punggung asyik dok dekat kerusi dalam kelas....

Selalu buat eksperimen.....tu yang paling best...tapi kalau nak tau masa saya tingkatan 1 -3 saya suka dengan subject sains tapi saya tak suka dengan cikgu mata pelajaran tu...ntah kenapa la agaknya....tapi dia ajar best....mungkin dia kerek kot....apekebendenye kerek tu....kerek tu aksyen la.....dengan anak murid tak mesra alam.....(apa le saya ni kan, ingat cikgu tadika ke nak mesra-mesra).....pada masa tu la saya tak berapa suka dengan dia...tapi sekarang kalau saya ada jumpa dengan dia saya nak berterima kasih padanya disebabkan dia saya sekarang jadi seperti sekarang ni...

Berbalik pada cerita budak-budak di tadika...apa yang mereka buat dengan teacher za pada waktu sains hari Jumaat lepas......


Haaa.....kerumun apa tu.....macam kerumun orang jual ubat dekat pasar malam je.....


Buat eksperimen rupanya.....benda apa yang tenggelam, dan apa yang timbul......









*

Friday, July 22, 2011

SI JUARA

Kita pulun minggu ni cerita pasal hari sukan je....mood sukan tak habis lagi......


Ni la piala yang menjadi rebutan.....dan inilah juga yang menjadi kebanggaan budak-budak kecik tu.....piala tak boleh besar-besar sangat....berat....buat leceh je nak pegang......


Ni la dia muka-muka pasukan rumah OREN dan teacher yang membimbing mereka iaitu teacher rubi.....kecut-kecut muka masing-masing....silau ye......


Yea....seronok bergelar juara......







*

Wednesday, July 20, 2011

Acara Ibu, Guru Dan Penyampaian Hadiah

Entry sebelum ni saya cuma masukkan gambar acara murid-murid, bapa dan beberapa acara sebelum sukan....kali ni saya masukkan pulak gambar acara ibu dan guru dan juga waktu penyampaian hadiah.....


Ni masa acara kerusi muzikal.....

Teringat pulak saya pada insiden masa hari sukan tahun lepas...acara ni ada juga dipertandingkan dalam acara ibu dan guru...sampai ada yang tergolek masa tu sebab masing-masing nak berebut 3 kerusi je yang tinggal waktu tu.....peserta masih ramai lagi...bila kerusi terpelanting ada 3 peserta yang tergolek....alah....nak malu apa kan....matlamatnya saya adakan hari sukan tadika ni sebab sama-sama nak berseronok...bukan anak murid je...ibu, bapa dan guru sekali....diorang bising apasal guru besau tak nak masuk sebab kali ni encik hubby masuk kedua-dua acara....tapi saya ada alasan yang kukuh...kalau saya masuk acara sapa yang nak jadi pengacara....heheh.....



Riuh rendah betul waktu ni...teacher siti awal-awal lagi dah terkeluar.....


Masa ni acara bola beracun.....siapa yang pegang bola dia terkeluar dari permainan ni.....eehhh....sapa pulak kat tengah-tengah yang tergelak besar tu......


Waktu penyampaian hadiah.....

Ntah macamana boleh terlupa nak letak lapik meja...padahal dari hari sabtu lagi saya dah siap letak dekat barang-barang yang nak dibawak ke dewan.....dah siap susun semua hadiah baru saya terperasan yang lapik meja tak letak...nak turunkan semula hadiah lepas tu nak letak balik malas pulak.....tak letak lapik meja pun majlis berlangsung dengan jayanya jugak.....(ayat nak sedapkan hati sendiri tu sebenarnya).....



Habis sukan hubby cakap "tu kasut sport tu bila lagi nak pakai"......"sukan tahun depan" saya jawab......


Yaaa......ini dia pasukan yang menjadi juara tahun ini....teacher rubi telah berjaya membawa pasukan rumahnya iaitu pasukan rumah OREN mengambil alih title juara dari pasukan rumah MERAH yang menjadi pemenang tahun lepas iaitu pasukan yang dipimpin oleh teacher za......nampak gayanya teacher rubi baru tahun pertama bertugas di tadika ni telah berjaya mengalahkan guru yang lama.....

Kalah menang adat bersukan.......









*

Tuesday, July 19, 2011

Gambar Ihsan

Di bawah ni ada beberapa gambar yang diemail oleh encik 'mikie zack' pada saya semalam....nama betulnya tak tau pulak saya....ni nama dari alamat emailnya.....nama glamour ni kot.....


Yang duduk tercongok dekat bucu pentas tu Ainin Syafila....

Masa ni waktu sebelum raptai....hamper belum banyak lagi.....menjelang pukul 9 pg hamper makin bertambah.....terima kasih lagi sekali kepada ibu bapa yang menyumbang......



Masih ramai lagi yang belum sampai....


Si pemegang bendera belum sampai lagi masa ni.....


Tunggu si pemegang sepanduk pulak.....


Semua ketua pasukan dah sampai baru boleh mulakan raptai....lebih kurang pukul 8.30 pg raptai kontinjen kecil ni pun bermula.....







*

Monday, July 18, 2011

Gambar Sekitar Hari Sukan

Ahad, 17 Julai 2011...masanya telah tiba....seawal pukul 7 pg lagi kami teacher-teacher dah sampai di dewan....sampai je terus kelam kabut buat apa yang patut...nak sarapan pun tak sempat.....


8 pagi kaunter pendaftaran dah mula sibuk.....makin ramai pelajar yang sampai.....ibu bapa juga diberi peluang untuk mengambil satu nombor cabutan bertuah....tapi pukul 8.30 pg kaunter pendaftaran terpaksa ditutup sebab teacher ada tugas yang perlu dilaksankan.....jadi bila kaunter dah tutup.....balang cabutan bertuah pun tutup la sekali.....mana-mana ibu bapa yang datang lewat tak dapat la nak mencabut nombor....tapi saya sangat-sangat berterima kasih kerana walaupun ada ibu bapa yang datang selepas kaunter pendaftaran ditutup, tapi mereka tetap menyumbang hamper kepada pihak tadika untuk dijadikan cabutan bertuah.....


Murid-murid beratur mengikut rumah sukan masing-masing.......


Ambil kedudukan masing-masing......


Tangan angkat....tangan jatuh......

Bagi memastikan barisan tak bengkang-bengkok.....


Sebelum memulakan sesuatu mesti baca doa dulu....walaupun bersukan....perkara ini sudah kami terapkan dari awal lagi mereka bersekolah di tadika ini.....


Masih baca doa......


Selesai baca doa muzik pun berkumandang dan bermula lah raptai dari kontinjen-kontinjen kecil kita.......


Berjalan dalam barisan....


Hati-hati longkang tu.....


Ketua paling hadapan Muhammad Rayyan Shah mengetuai perbarisan diikuti pemegang sepanduk Muhammad Omar dan Nila Natasya.....pemegang board rumah kuning Abid Muqri, rumah hijau Adam Haiqal, rumah merah Muhammad Ashraf Mohd Safhar dan rumah oren Wan Hawani Aqilah.....

Tapi masa saya snap gambar ni 3 rumah lagi tak sampai.....


Selesai raptai selepas buat tepuk semangat semua murid dan teacher mulakan senamrobik yang dipimpin oleh teacher intan.....


Bukan main semangat lagi si Abid beraerobik pegang pom pom siap dengan mimik muka sekali....


Penuh dengan ibu bapa yang mengambil gambar....


Bersemangat teacher intan.....semua teacher sporting hari tu.....


Qash dengan gaya pemakaian tudungnya yang tersendiri.....reben pada setiap tangan murid mewakili rumah sukan mereka....kalau kuning maknanya mereka rumah kuning.....


Selesai beraerobik murid-murid diarah ke tempat menunggu iaitu di pintu paling hadapan dewan dan acara sukan dimulakan.....

Acara pertama murid lelaki 6 tahun lari kepit belon di kaki.....


Murid 4 tahun...gorila kepit belon.....masa lari ada belon yang terbang pegi ke tempat lain....dalam dewan ada kipas...belon tu ringan...apa lagi terbang tinggi le belon tu bila kena angin kipas....


Masing-masing suka dapat belon...masa ni diorang tak tau lagi yang belon tu kejap lagi teacher mintak balik....bukannya kedekut tapi kalau dah main belon siapa pulak yang nak bersukan nanti.....


Amboi teacher siti macam tengah memeriksa perbarisan kawat tentera je.....


Murid 6 tahun perempuan lari masuk gelung.....ataupun ada yang panggil sukan ni gelung berhalangan.....


Tarik jangan tak tarik.......


Ehhh...macamana pulak gambar ni boleh tersesat kat sini pulak...acara ni acara yang pertama sekali tadi.....


Ni team ke 2....acara tarik bola guna gelung......


Baling bonjot masuk dalam bakul sampah......


Murid perempuan 5 tahun pulak bersedia untuk acara baling bonjot masuk dalam bakul sampah...


Sampai tergolek bakul sampah tu.....tak silap saya Anissa juara dalam acara ni....yang buat bakul sampah jadi tergolek tu la....


6 tahun perempuan susun tin jadi piramid.....mencabar acara ni sebab bila budak-budak tu dah susun tin tu elok-elok tiba-tiba tumbang lepas tu kena susun lagi sekali......


Acara 5 tahun susun tin 3 tingkat....diorang ni tak susun tinggi....sebab susah nak menjadi.....jadi 3 tingkat cukup la.....


6 tahun lelaki susun tin jadi piramid....Iman Asyraf pemenangnya tak silap saya....budak yang dekat sebelah kiri tu....


Acara terakhir untuk murid-murid....ini acara yang paling syiok sekali....4 tahun kutip gula-gula......lepas kutip, gula-gula tu boleh ambik terus.....yang best tu, sepatutnya bila bunyi wisel yang ke 2 diorang kena lari ke garisan penamat.....tapi masih ada lagi yang leka kutip gula-gula....diorang buat tak tau dengan bunyi wisel tu....

Tak kisah la...janji semua enjoy.....anak-anak pun seronok.....



Waktu rehat......Ustazah Liza tengah edarkan makanan pada murid-murid.....ustazah ni saya kidnap dari sekolah agama KAFA.....jadi guru bantuan......tak cukup kakitangan...kena ambil tenaga kerja dari luar.....


Lepas rehat selama lebih kurang 30 minit acara guru,ibu dan bapa pun bermula.....


Haahh...amek kau...pijak lagi......


2 finalis sedang bertarung bagi merebut hadiah paling lumayan.....hadiahnya...rahsia.....


Gelung muzikal.....diorang ni mengelat betul tau...permainan ni sepatutnya pusing keliling gelung tu sambil menari...tapi semua pakat tak nak menari.....adooiihh...letih mak suruh menari nak ooiii.....

Ni cuma beberapa gambar dari kamera saya....ntah cemana boleh pulak kehabisan bateri....tak dapat nak snap gambar yang lain-lain.....nanti esok upload gambar dari handphone hubby.....gambar masa penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan pemenang keseluruhan.....masa nak ambik gambar yang penting ni pulak bateri kamera boleh habis....

Tadi ada parent yang email pada saya gambar masa hari sukan tu...nanti esok saya masukkan.....


**Pada ibu bapa yang ada gambar-gambar yang menarik bolehlah email pada saya....boleh kita kongsi gambar sama-sama dan saya masukkan dalam blog ni.....









*